Assalamualaikum
Pencarian makanan di petang hari diteruskan. Perut dah berkeroncong minta diisi. Kami pun keluar di sekitar hotel mencari port makanan yang sedap-sedap dan best di Krabi. Semestinya yang Halal lah ya.
Kami berjalan kaki sahaja dari hotel. 5 minit camtu je. Landmarknya bersebelahan dengan Krabi Resort Hotel. Dari jauh dah boleh nampak gerai makcik-makcik meniaga atas motosikal. So situlah yang kita tuju ya kawan-kawan.
Yaminla Pancake
Kalau datang Krabi jangan pernah skip merasa pancake ni tau. Dulu kat Phuket pernah makan, so haruslah repeat. Mende sedap,kan? hahaha. I order Banana+Nutella. Sedap. Masa kami terjah ni dalam pukul 6 lebih. So ramai juga lah orang. tapi kalau dah rezeki tak ke mana ye dak? Harga pancake Banana+Nutella 50baht. Macam-macam perisa ada. Cheese pun ada. Boleh pilih ikut selera anda.
I tgk macam senang je makcik ni buat pancake ni. Tepung ala-ala roti canai, dicanai dan diletakkan pisang sebelum dilipat ala-ala roti telur. Bila dah masak, diangkat atas kertas minyak dan disapu dengan nutella di permukaan atas nya. Kemudian dipotong dan diletakkan lidi. gitu terperinci sungguh. Enak dimakan masa panas. Rasa nutella dan pisang tu,perghh...menusuk jiwa betul.
Selesai di Gerai Yaminla Pancake, kami pergi ke Gerai sebelah. Abam Jejai order Pad Thai. Ala-ala suhun yang digoreng atau bahasa lebih senonohnya adalah Glass Noodle. Makanan akan dimasak bila kita order. Yang cucuk-cucuk pun akan digoreng semula. Macam sotong bakar atau ikan bakar juga akan dibakar pada masa itu juga. Tiada istilah makanan sejuk semasa dihidangkan. Gitu.
Puas hati. Sedap sesangat. Harga pun berbaloi. Boleh tahan la.. Korang yang datang wajib try k. Disebabkan sudah kekenyangan, tak order pun dessert Pulut Mangga. Kena repeat la ni nampak gayanya. Hehehe. Dah kenyang perut, jom ronda-ronda menghabiskan baki wang yang ada. Shopping time!
Bersambung...
p/s: Next entry I cerita pasal kejadian kelakar masa pergi massage.

Comments
Post a Comment