Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Jerebu 2013

Salam Pemandangan dari dapur. Mak aii, da macam apa je. Bau asap sana sini. Lemas macam org bakar sampah dalam umah. Amboi. Tips semasa jerebu: 1- kurangkan aktiviti luar 2- bnyk minum air masak 3- pakai mask 4- banyak mandi 5- basuh tangan Pesanan khidmat masyarakat. Terima kasih

Muhasabah Diri

Kadangkala, Tuhan tak berikan apa yang kita mahu. Bukan kerana tuhan tak sayang kita Tapi kerana kita tidak pernah 'meminta' dalam doa dan sujud pada-Nya. Kadangkala, Tuhan uji kita dengan pelbagai masalah dan musibah Bukan kerana tuhan itu tidak pedulikan kita Tapi kerana tuhan tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka Kadangkala,  Tuhan uji kita dengan tidak memberikan rezeki pada kita Bukan kerana kita pemalas Tapi tuhan nak ajar kita berusaha sendiri tanpa harap ehsan orang lain Kadangkala, Tuhan hanyut kita dgn duniawi Bukan kerana kita lemah iman Tapi tuhan nak uji kita mampu atau tidak menahan godaan syaitan Kadangkala, Kita diuji dgn bala bencana alam Bukan kerana suka-suka Tapi nak manusia sedar semua di dunia adalah hak Allah dan pinjaman semata-mata. Jgn rosakkannya. Maaf. Hanya untuk renungan sahaja. -aku pompuan dan sesuatu- 21 Jun 2013; 8.46am

Renung-renungkan

Salam, Apa kabar korang semua? Ai da rasa nak demam ni. Gara-gara jerebu. So make sure korg minum air masak banyak-banyak k. Hari ni nak cerita pasal ada satu caller ni. Kawan ai terima satu call. So kami pun share la pengalaman. Ada yg kelakar, scary, gila sex dan macam-macam lagi la karenah manusia ni. Unecpected. Kawan ai ni dapat satu panggilan dari Mr A (bukan nama sebenar) dan tinggal di Selangor. Pemanggil ni nak buat aduan. Dia cakap bulan depan dah nak masuk Ramadhan. Speaker surau bising sgt. Tak tahan katanya. Dia dah buat aduan sebelum ni. AJK surau pun da ambil action. Perlahan sekejap. Pastu ni nak masuk Ramadhan bising lagi la. Tu dia kata. Wat de hell. Apa yang ai nak highlightkan di sini ialah bukan nak salahkan sesiapa. Bukan juga nak racist. Jauh sekali nak kutuk kaum bangsa pemanggil. Sebelum ai kupas lebih lanjut ai minta maaf kalau terkasar bahasa. Apa yg ai nampak, mereka-mereka ini tidak bersyukur jadi warganegara Malaysia. Apa lagi la yang diaora

Selamat Hari Bapa

Salam, Masih belum terlambat utk ai ucap selamat hari bapa utk semua bapa-bapa di dunia. You're the best! Apa yang ai nak kongsikan di sini ialah satu kisah yg diharap mampu membuka mata masyarakat. Tadi ai nak ke kedai sebelah blok ai. Kebetulan nak turun, ai bawak turun sekali sampah. Ada dua plastik. Satu plastik berisi botol air mineral, satu lagi sampah basah. Sampai kat tempat sampah ai nampak ada sebuah motosikal. Dah dua tiga kali jugak ai nampak motosikal ni. Ex5 biru. Dalam pada itu, ai ternampak sesusuk tubuh lelaki. Kurus. Tua. Layaknya umur begitu berehat sahaja di rumah bersama anak dan melayan keletah cucu. Tambahan pula hari ini hari bapa. Dia tgh korek sampah. Ai tak tahu apa dia cari. Bersungguh-sungguh. Ai senyum pada pakcik itu. Selepas meletakkan sampah ke dalam tong, ai pun berlalu menuju ke kedai runcit. Dalam perjalanan menuju ke kedai runcit berhampiran, ai terfikir. Apa pakcik tu buat? Untuk apa dia melakukannya? Ai tersedar, bukan sem

Jogging time!

Bukti Salam Semangat bangun awal ari ni nak g jogging kononnya. Mlm td da bgtaw tan suruh kejut ai awal. Pukol 7.30 kuar umah. Tak lari jauh pon, kat bawah umah tu je. Camne nak lari, dlm sweater ada kunci umah ngan henpon. Tapi rasa puas sebab dpt kuarkan peluh. Route jogging Balik umah bukak aircond sebab nak sejukkan badan katanya. Layan skipping ngan squad. Tak larat hoihhh.. Berapa kali je buat, tak daya da. Takpe, ptg ni atau esok pagi kota kuarkan peluh lg k. Baru lah taf.

JJCM: Kenny Rogers Roaster

Salam, Alhamdulillah kenyang. Tadi semangat g lunch kat Kenny Rogers. Boring kot dah la rehat 11.00am. dah jadi antara pengunjung terawal di Alamanda. Jalan-jalan jap pastu baru makan. Order set nih ngan Iced Lemon Tea. Sory malu la nak snap. Ai tabik spring sape yang snap pakai DSLR canteeeeek punye pic food. Sbb ai pakai iphone pon naik segan kot! Siap makan singgah Guardian beli barang sikit. Oh ya kat parkson ada sale bedsheet ngan pillow case bagai. geram je tgk. Tapi da aim da nak yang mana. tungguuuu~

Fobia

Salam, Hari ketiga bertugas di Perbadanan Putrajaya. So far semua ok. Nanti ai update pasal tempat kerja baru ai. Lif transparent Hari ni nak cerita pasal lif. Fobia hoihhhhhhh.....!!!(eh ada ke fobia naik lif?) Jgn tgk bawah, pejam mata je k Ai da pernah naik lif ni dulu masa ada urusan di PPj awal tahun ari tuh. Terdetik juga di hati camne la staf dia naik tetiap hari. Tak seriau ke?Last-last, ai ditakdirkan bertugas di PPj so ari-ari la menghadap lif ni. Nak tahu kenapa ai fobia? Sebab lif ni mengingatkan ai roller coaster kat Universal Studio Singapore, si cyclone tuh! Huwaaa nak nangis rasa! Tiap kali naik mesti ai pegang besi tepi tu, sebelah lagi tangan pegang perut. Time naik tak rasa sangat tp time turun tu perghhhhh nak menangis rasa. Da la transparent, agak laju jugak la. Memang luka lama berdarah kembali la camni. Takpe, nanti lama-lama ok la. Tutup mata je k. Hihi.

Butter Chicken

Salam, Ari tu teringin nak makan Butter chicken. So gugel resepi balik terus masak. Jangan tanya nape kuning sgt. Ai pakai tepung segera Adabi tu yg kunin tu. Sodap, lima kali tambah. Korang cuba la.