Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Karipap a.k.a curry puff

Assalamualaikum.. Alahai teringinnya nak makan Karipap. Korang suka yang mana? Karipap biasa or Karipap Pusing? I prefer Karipap kulit licin tuh. Hah camni la maksud I kulit licin tu. I kn naif hahaha. Inti dia opcos la Kentang kalau letak daging perghh lagi sedap la.. Tapi tula, nak buat ikut taste sendiri memang tak pandai la. I kan pandai makan je. Tang kulit tu I fail sebenarnya sebab I tak reti nk kelim karipap. Kalau guna acuan bimbang terbuka masa goreng. Yang ni pulak namanya Karipap Pusing. Tapi I tak berapa gemar sangat. sebab berminyak kot. Tapi depends pada cara org tu goreng la for sure. Hehe tapi kalau g kedai, nampak ada 2 jenis karipap ni memang I automatik akan beli yang kulit licin la hehe. Tetapi..... Ada sejenis Karipap kalau dapat memang boleh menerbitkan amukan dan kemarahan dihati. Nak tau Karipap apa? Karipap Oksigen namanya. Kalau terkono yang ni, sumpah lillah memang dah repeat dah la... kuikuikui

Be kind to others

Assalamualaikum.. Lama tak bersiaran kat sini.. Rasa nya lepas ni nak aktifkan semula blog ni. Bukan apa kadang-kadang kita tak tahu nk bercerita dekat siapa dan camne nak luahkan perasaan. So kat sini ibarat diari digital la. phuii konon. Itupon klo rajin hahahaha. Harini I nk share pasal berbuat baik dengan semua orang tanpa kira siapa pun orang tu tanpa diskriminasi. Trust me, once korang dah buat, korang akan rasa happy sgt. Small little thing camni akan buat hari korang seperti pelangi. Dah la dapat pahala pulak tu kan. Contoh paling mudah camni:- 1) Tolong tahan pintu lif utk org masuk/keluar 2) Tolong buka pintu kalau nampak orang nak mask 3) Tolong buang sampah (kalau ternampak) 4) Tolong tutup air sinki kalau nampak tak tutup rapat 5) Sedekah beli axion kat pantry 6) Sedekah beli handwash letak kat toilet Insyaallah mende simple camni je tapi ada sentimental value pada org lain. Mungkin harini hari dia, esok hari kita pulak kan? Tak salah buat baik kat orang. Y

Tolonglah bertanggungjawab

Assalamualaikum wbt.. Sekarang kan tengah menular penyakit HFMD (hand foot mouth disease) tu. Bukak je berita mesti pasal tu, bukan facebook pun pasal tu, mana-mana pun semua pasal tu. As a parent, siapa tak risau kan. Of course la risau sebab penyakit ni berbahaya dan menyerang bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa pun tak terlepas. Instead I baca paper last few days, ada kes yang meninggal pun. Apa yang I nak bangkitkan disini is kesedaran parent yang anak nya SUDAH disahkan menghidap HFMD ni. Kenapa masih ada parent yang selfish eh? Dah tahu anak tu sakit or tak sihat dibawa nya juga ke tempat public? Dia bukan tak tahu bahawa tindakan bodoh dia tu akan menyebarkan penyakit kat orang lain? watdepak. Akai mana akai. I nak highlight bukan HFMD je, mana2 penyakit berjangkit lah. Waima batuk, demam, selsema dan sebagainya. Kadang-kadang rasa annoying gila tengok mak pak yang jenis ambil ringan pasal kesihatan anak. Still berfoya-foya pergi playground, pergi mall, serious xle

Dilema mak mak

Assalamualaikum.. Masih lagi mood hari raya. hahaha bila nak datang aura rajin ni xtaw la. Minggu lepas kan kecoh pasal kes pengasuh yang perangai cam setan tu. Adoila... I memang sejenis yang tak suka baca kisah2 pengasuh buat onar ni kan. Sebabnya nanti mula la terpikir2 terbayang2 yang bukan-bukan. I sebagai salah seorang wanita yang bekerja dan menghantar anak ke pengasuh memang sikit sebanyak memang tercuit dengan insiden ini. Sedih la hoi... Netizen pon boleh tahan mulut, siap cakap itu ini. Ni antara makcik-makcik bawang yang selalu jaga tepi kain orang,: Ibu bekerja, hantar anak ke pengasuh = tak sayang anak ke, hantar ke pengasuh Ibu tak bekerja, jaga anak sendiri = ada kemahiran, belajar tinggi2 tak keje ke? Dah tu camne? Kerja salah, tak kerja salah. wtf. Ingat kami suka-suka ke nak hantar pengasuh? Anak tu hoiii, bukan anak patung. Korang tau tak yang hati kami ni tak pernah tenteram dan aman bila teringat anak kat rumah pengasuh tu time kami bekerja? Korang yang j

Mitos vs Fakta

Assalamualaikum Lama tak bersiaran maklumlah bz menyelamatkan dunia.Huhuhu. Dah macam blog mak mak pulak skarang ni. Terasa kertu pulak.adoii.. Harini nak share pasal isu mak mak yang suka compare anak-anak. i cerita based on pengalaman I sendiri dan orang disekeliling I. kisah benar tau bukan rekaan semata-mata untuk jaga hati. Phuii I tak hipokrit. Disclaimer: Lain org lain cara dan lain tempat lain kepercayaan. respect each other punya opinion.Jangan ingat kau je betul dan orang tu salah. Yang baik kita ikut yang tak elok kita tinggal. faham ya... 1) "eh knp kau tak minum soya? minumlah soya masa pregnant bagus taw." wtf. Ingat I xtau ke keburukan minum soya masa pregnant? Bukan la I ni naif sangat sampai takleh nak beza mana baik dan mana buruk. Daripada minum soya baik I minum susu fresh or susu kambing. Ni tak abis-abis nk suruh minum Air Soya macamlah kulit anak kau cantik sangat. Kalau elok, kau je lah yang minum.Ni end up aku dengar anak kau ada asthma, G6P

Orang sekarang der....

Assalamualaikum.. Kejap je dah nk beraya dah kita. Pejam celik pejam celik dah puasa hari ke 22. Alhamdulillah. Tapi puasa kali ni cam pelik sikit. I kan sejenis yang tak bangun sahur. Tapi kalau Abam Jejai balik, I bangunla siapkan sahur dia. Cumanya I x lalu nak makan pagi-pagi subuh camtu. Pernah sekali, masa balik kampung. Mak I pulak buat Sambal Tempoyak Udang. Manalah I mampu menepis godaan itu. Lantas I amik pinggan dan join depa sahur. hahaha. Lemah betul dengan tempoyak. Pastu...... memang lembik badan I siang hari tu. Eh eh kalau tak sahur tu lek lek je siap leh tawaf mall patblas kali. Betapa powernya energy I klo tak sahur. Sejak dari itu memang I tak sahur. cukup minum air. Siap! Actually nk cerita pasal mende lain. Haritu pergi pasaraya Hero kat sebelah bangunan office ni. Hero memang best sebab barang yang tak dapat kat Aeon Alamanda dan Mydin, ada kat sini. Yang brand dari luar pon ada. so memang interesting sgt. I suka. Ada sekali tu lalu kat bahagian freezer. terp

Beza ramadhan dulu dan sekarang

Assalamualaikum Tengok orang pasang khemah dekat bazar Ramadhan depan opis ni, teringat pulak masa zaman kanak-kanak I dulu. Masa I kecik,I tinggal dengan Wan. Then masuk Form 1-5 I tinggal kat hostel(padahal jarak rumah dengan hostel dekat je actually kalau nak berulang), so memang best la. Sebab merasa pengalaman berpuasa, bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan. Ok, I cerita pengalaman masa kanak-kanak dulu. Selalunya persiapan nak sambut Ramadhan sama meriah macam nak sambut raya i tell u. Sebab apa? Sebab Ramadhan kn bulan mulia, fokus ibadat. So Sebelum Ramadhan lagi dah buat kenduri sambut Ramadhan. Meriah uols. Pastu, Wan punya preparation nak puasa memang kemain la... siap buat rendang, beli lauk segala jenis haiwan ada. yg laut, darat, udara semua yg halal la. memang wan jamu habis-habisan sebab nak bg semangat cucu-cucu dia ni berpuasa. Sebelum puasa dah siap2 cari kayu api. Sebab nanti dah puasa takut tak larat. Kayuapi simpan kat bangsal belakang umah. Senang nak

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum Alhamdulillah, lagi beberapa hari umat Islam akan mula menunaikan rukun Islam yg ketiga, iaitu puasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua. amin. Di kesempatan ini I nk minta maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada buat salah kat uols. I insan yg lemah. Tak lari dari dosa. Selamat berpuasa uols...

PRU14

Assalamualaikum.. Hai korang! Korang mengundi mana tahun ni? hehe. Masa ni la nak tengok wakil rakyat turun melobi. papepon, buatlah keputusan yang bijak. Undi adalah rahsia. SELAMAT MENGUNDI!

Tips dan Bajet ke Bali

Assalamualaikum, Harini I nk share tips dan bajet kalau anda ada merancang nak bercuti ke Bali, Indonesia (untuk rujukan I di masa depan). Mana yg boleh share, I share. Tupon yg I ingat sikit-sikit la. **Bajet ini hanya untuk rujukan sahaja FULL ITINERARY BALI (4D3N) Day 1 (Half Day supir) Trip ke Uluwatu. 1jam 30 min dari airport.Ticket price IDR 30000 per adult Then dinner di Jimbaran. Jagung bakar dia sedap hoiii.. IDR10,000 setongkol. check in hotel di Neo+ Kuta Legian Day 2 (Full Day Supir) Kintamani Tour. Kitorg start tour pukul 10am. Mula-mula dibawa ke tempat pembuatan silver, then proses batik (walaupun I tak minat dan tak request pun tapi supir tetap bawak sebab dia kata alang-alang tepi jalan.whuttt) Then terus ke Ubud di Tegalalang Paddy Terrace. I tak turun pun sebab anak tidur. So ambil gambar dari tepi je. Kalau tak silap I, menurut supir kalau nak masuk dalam ni kena bayar tak ingat berapa. Straight terus ke Kintamani Sari Restaurant untuk buffet lun

Bercuti ke Bali Part 3

Assalamualaikum bersambung dari part 2 Hari ke3 di Bali, tiada apa-apa program. Kami memilih untuk relax dan jalan sendiri tanpa supir. Jadinya memang heaven la dapat breakfast kat hotel dan relax sementara nk check out dan check in di hotel lain area Seminyak. Saja kami memang suka cuba try test stay hotel yg berbeza untuk merasa suasana yang berbeza. Kami memilih untuk stay di Ramada encore Seminyak. Security high class. Setiap kereta keluar masuk akan di scan bomb terlebih dahulu untuk memastikan keselamatan guest. Cam kat airport pulak. cumanya kita takyah keluar dari kereta la. Uber dan Grab pon tak boleh masuk dalam ni. Shuttle percuma ke Kuta dan Seminyak turut disediakan untuk kemudahan tetamu tapi kena booking takut full. pic; google. I choose Executive Room, ada balkoni. memang besar bilik sini siap ada kichenette area dan microwave. Senang nak panaskan lauk. Semua complete termasuk pinggan cawan sudu garfu semua. Disebabkan kami memilih untuk stay relax je so t

bercuti ke Bali part 2

Assalamualaikum, Bersambung dari Part 1. Hari kedua kami di Bali dimulakan dengan breakfast. Then amik supir dalam jam 10am. Bermulalah tour ke Kintamani. Tapi supir terlajak rajin sampai semua tempat yg I tak list pon dia bawak. Sedikit buang masa di situ bukan apa, I tak interested pon sebenarnya. tapi apakan daya, dah tempat orang, dia pujuk juga kata rugi dan nyampei tidak pergi,kakak.... hahaha layankan aje lah. Perjalanan ke Kintamani mengambil masa lebih kurang 3 jam, dari bandar Kuta. tapi dah disebabkan banyak menyinggah, ha memang lambat la. Tapi ok je. Supir bawa kami ke tempat proses silver, batik, ukiran kayu dan sebagainya. Dalam perjalanan nak ke Kintamani sempat berhenti tepi jalan untuk tangkap gambar di Tegalalang Paddy Terrace. Cantikkkk weh! korang leh tgk view kehijau-hijauan dari tepi jalan juga. memang menarik! Dah nak sampai ke puncak Kintamani which is boleh nampak view Gunung Berapi Batur, suhu makin dingin. Kabus tebal oo... Kiri kanan orang tanam da

Bercuti ke Bali Part 1

Assalamualaikum Hari ni I nak share catatan perjalanan I ke Bali,Indonesia pada 1 Februari 2018 aritu. Ampunkan I, baru ni sempat nak update. Insyaallah I akan bagi tips tapi di akhir entry la ya. So make sure korang baca sampai habis dan doakan I rajin nk update. Hehehe. Perjalanan ke Bali mengambil masa selama 3jam. depends pada cuaca juga la. So kitorang depart jam 10am, arrived dalam pukul 1pm. Masa dalam flight cuaca cerah tapi hakikatnya cuaca mendung menyambut ketibaan kami. Yeay, dah sampai Bali. This is my 1st experience ke Bali and 2nd time ke Indonesia. Sampai saja di airport, kami disambut oleh Pak Supir yang I dah booking dr Malaysia. Nama Pak Supir kami Kiki. I booking supir untuk separuh hari untuk hari pertama dan 1 hari full untuk hari kedua.Jadual pun I dan susun cantik baik punya. Maklumlah travel dengan si kecik ni bukan leh tough sangat timing nya. So far urusan Kastam dan Imigresen di Airport ngurah rai takde la crowded. Airport nya baru, luas dan sele

Salam Rejab

Assalamualaikum wbt.. Bersawang dah blog ni maklumlah I bz menyelamatkan planet Bumi. Alhamdulillah berjaya ganti puasa bagi tahun lepas. Hopefully dipanjangkan umur untuk sambut Ramadhan tahun ni. Amin. Korang dah ganti puasa? I biasa lah, last minute baru nk ganti hahahahaha. Di kesempatan ini I nk ucapkan selamat menyambut Syaaban dan Ramadhan.I nak minta maaf andai ada salah silap. Semoga kita semua menjadi lebih baik dari yang sebelum ni.

Selamat tahun Baru 2018

Assalamualaikum... Hai Selamat Tahun Baru uols. Semoga kedatangan tahun baru 2018 akan membawa kita ke dimensi yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Aminn.. Apa azam korang tahun ni? I ada la jugak tanam azam tapi tu la... hahhahaha. Apa-apa pun, semoga apa yng kita hajati akan termakbul dan dirahmati Allah SWT. Yang baik dijadikan ikutan, yang buruk dijadikan sempadan. minta uang baik-baik, doa yang baik-baik. Salam