Skip to main content

Bercuti ke Bali Part 1

Assalamualaikum

Hari ni I nak share catatan perjalanan I ke Bali,Indonesia pada 1 Februari 2018 aritu. Ampunkan I, baru ni sempat nak update.

Insyaallah I akan bagi tips tapi di akhir entry la ya. So make sure korang baca sampai habis dan doakan I rajin nk update. Hehehe.


Perjalanan ke Bali mengambil masa selama 3jam. depends pada cuaca juga la. So kitorang depart jam 10am, arrived dalam pukul 1pm. Masa dalam flight cuaca cerah tapi hakikatnya cuaca mendung menyambut ketibaan kami. Yeay, dah sampai Bali. This is my 1st experience ke Bali and 2nd time ke Indonesia.

Sampai saja di airport, kami disambut oleh Pak Supir yang I dah booking dr Malaysia. Nama Pak Supir kami Kiki. I booking supir untuk separuh hari untuk hari pertama dan 1 hari full untuk hari kedua.Jadual pun I dan susun cantik baik punya. Maklumlah travel dengan si kecik ni bukan leh tough sangat timing nya.

So far urusan Kastam dan Imigresen di Airport ngurah rai takde la crowded. Airport nya baru, luas dan selesa sangat. Less than 10 minutes pon dan settled semua.

Perjalanan pertama kami adalah ke Uluwatu dan Jimbaran. I dah maklumkan pada supir I taknak tengok apa jua jenis dance dan pura semua tu. ye la, majoriti penduduk di Bali adalah penganut hindi. So bagi mengelakkan yang bukan-bukan baik I berhati-hati maklumlah tempat orang kan.


Sampai ke Uluwatu lebih kurang 1 jam perjalanan dari airport. Hari hujan. tapi redah je la sebab dan alang-alang sampai kan. Ntah bila lagi nak jejak ke Bali ni tak tahu lah. Alhamdulillah hujan beransur reda. rintik-rintik je. Masyallah cantiknya ciptaan Allah. I suka view camni!!! memang lawa. menurut supit Barong dance akan bermula sekitar jam 5pm sambil layan sunset. Sangat rugi kalau tak tengok. Tapi I firm.I cakap kat dia I taknak tengok sebab I bawa baby. Lagipun tak kuasa nk tengok sunset kat situ. I nak layan sunset kat Jimbaran. Ouchh romantik.

to be continue...


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...