Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Potty Train

Assalamualaikum wbt Sebelum I terlupa, meh la I tepek kat sini perjalanan Ayra diapers free. Nanti boleh bukak balik senang maklumlah semakin pelupa sekarang ni. Faktor usia maybe haha. Alhamdulillah Ayra diapers free start umur 3 tahun. Sebelum tu memang dah biasakan dia pakai pampers jenis pants. Senang dia nak bukak sendiri bila dia rasa dah basah. Knowing her, dia jenis akan bagitahu kita kalau dia kencing atau berak. Sejenis tak selesa pampers basah. Memang kerap tukar jugak la pampers. Ni dah diapers free memang jimat banyak la mak dia. Hehe. Mula-mula I yg curious, boleh ke anak aku ni. Hahaha. Rupanya anak tu ok je malah disiplin sgt. Dia lagi terer tahan kencing kalau tak pakai pampers. I memang ambil masa juga la nak bagi green light tidur malam tak pakai pampers. So far setakat ni sekali je dia pernah tereksiden terkencing tupun sebab dia tertidur petang tu kat atas karpet depan tv tak sempat pergi kencing. Lepas dari tu, memang tak pernah langsung. Siap marah kalau ki

Sekolah Harian atau Boarding School?

Assalamualaikum Tudia tajuk kemain lagi hahahhahah.. mesti netizen kata dlm hati,"padahal anak baru umur 2tahun menggelabah la dia ni." eh sukati la anak aku bukan anak kau. Disebabkan sesi persekolahan bagi sesi 2019 dah nak melabuhkan tirai, jom kita story pasal sekolah. I sebenarnya nervous bila cakap pasal hal sekolah ni. Bukan apa dengan expectation orang dan sistem pendidikan sekarang yang jauh beza dengan zaman kita dulu, buat I rasa macam tak terkejar. Tapi insyallah I akan beri yg terbaik untuk anak2 I. So I nk disclaimer siap-siap yang entry ni atas pemerhatian dan pengalaman I sendiri, tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Lain orang lain pendapat dia. So please respect each other. To be honest I lebih memilih untuk sekolah di sekolah asrama. Tak kisahlah sekolah asrama harian ke asrama penuh (SBP, MRSM insyaallah kalau ada rezeki) Bukan nak cakap sekolah biasa tak bagus tapi I sendiri berpengalaman sekolah asrama dari Form

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa.

Ramadan 2019

Assalamualaikum, Lebih kurang 5 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan, dimana seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Entah kenapa setiap kali Ramadan tiba sayu sangat hati ini. Sahur Sebenarnya I bukan sejenis yang bangun makan sahur. Sejak zaman sekolah lagi. Entahla memang tak lalu kot nak makan pagi-pagi buta. I jenis minum air masak secawan setel dah. Sambung tidur. Tapi kalau balik kampung I've no choice la..kena gak bangun sebab taknak terlepas moment sahur beramai-ramai. Actually lebih kepada nak tunjuk muka. hahahaha. Berbuka Time berbuka memang heavan kalau kat kampung la. Nak makan apa, request. terus dapat. Kalau beli pon tak sama cam yang mak kita masak. Setuju tak? Kadang-kadang tak berbaloi nak beli dah la harga yahudi, geram I. Kalau sedap takpe la jugak. Ni hancusss. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa ni, I sedar yang berbuka cukup sekadar alas perut. Bak kata omputih, the more the merrier. Menu wajib mestilah kuih tradis

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Rabun

Assalamualaikum Harini I nk share pasal Rabun. Yes, i salah seorang yang ada penyakit rabun. Actually start rabun ni masa kat Sekolah Menengah Form3 kot kalau tak silap I. Thats mean dah 17 tahun la. Hahaha. Sebenarnya takde genetik rabun pun,dalam adik beradik I sorang je yang rabun. Salasilah rabun I ni bermula masa sekolah menengah, biasala budak-nudak baru nak up time tuh tgk ramai kawan2 pakai spek nampak wah smart nye.Pastu saje-saje gatal nak try. Amik spec org ni pakai. pastu amik spec org tu pakai. acah rabun. Padahal spec membe tu ada power sebab dia betul-betul rabun. Then, study pon dlm gelap. Tak pepasal diri ini pun terjebak rabun. Mula-mula tau I rabun is bila i noticed kt whiteboard cikgu tulis i cam kabur-kabur. Then bila outing saje g kedai Optical check. Sah!Memang rabun. terus la buat spec. Tapi by that time I takdela pakai all the time. Dalam kelas je pakai. Sebab I maluuuuu hahhaha watdepak. I rasa cam nerd gila bila pakai spec. So kat luar still tak pakai

Parent yang selfish

Assalamualaikum Kisah pagi tadi lepas hantar Ayra ke rumah pengasuh. Sampai kat lobby nampak ada satu kereta Kelisa ni park betul-betul kat porch. Disebabkan kereta dia tak tinted sangat memang jelas la nampak bahagian dalam kereta tu. And suddenly I terperasan anak dia menangis sorang-sorang dalam tu! Like, seriously?? Geram pulak rasa di hati I ni bila tengok org simply ambil ringan bab keselamatan anak. Enjin dimatikan, tapi tak buka tingkap. Kalau anak tu lemas camne? Memangla kau boleh kata, äla kejap je bukan lama pun nak drop adik dia je yada yada". Tapi ngko pernah fikir tak mende kalau nak jadi, sesaat pun boleh jadi. Please la bullshit. Jgn nk arrogant dengan anak sendiri. Rasa nak sekolahkan je parent selfish camni. Apa lah salahnya kalau ngko bawak je anak ngko tu naik atas sama-sama. Budak perempuan tu I tgk siap pakai baju sekolah dah. Maksudnya dia dah besar bukannya nk kena sorong guna stroller ke apa yang sampai ngko rasa menyusahkan sangat ngko nak bawa dia

Pengumpul Tegar

Assalamualaikum, Hai,I nak tanya siapa kat sini ada hobi mengumpul? Maksudnya kat sini spesis yang sayang nak buang barang? I pernah baca its actually adalah sejenis penyakit tau uols. hahhahahaha u better watch out ya. Macam I, I bukan spesis sayang buang barang tapi I sejenis tak boleh tengok semak weh. Maksudnya kat sini ialah I bukan termasuk dalam kategori tu. I cuma suka simpan paper bag je. Bukan apa, I nak buat kenangan hehe. Sebenarnya I baru kemas drawer I sebenarnya. tu yang tetiba teringat nk kupas isu ni. Nak dipendekkan cerita, teringat one of our family member dia sukaaaaa sgt simpan mende2 tah pape. Semak jugak la mata ni tengok tapi apakan daya hukhuk.. Bayangkan kotak pon dia simpan. Ya rabbi.. tu lom masuk simpan wrapping paper balut hadiah tu. Dapat kat I memang I koyakkan aje. Watpe nak simpan? kan leh je beli baru bila nak pakai nanti. adududu. Tula lain org lain ragam nya. Macam2 kan. Nasib I tak obses sampai sesetengah orang lain. Tapi bg I watpe nk simp

Love