Skip to main content

Sekolah Harian atau Boarding School?

Assalamualaikum

Tudia tajuk kemain lagi hahahhahah.. mesti netizen kata dlm hati,"padahal anak baru umur 2tahun menggelabah la dia ni." eh sukati la anak aku bukan anak kau. Disebabkan sesi persekolahan bagi sesi 2019 dah nak melabuhkan tirai, jom kita story pasal sekolah.

I sebenarnya nervous bila cakap pasal hal sekolah ni. Bukan apa dengan expectation orang dan sistem pendidikan sekarang yang jauh beza dengan zaman kita dulu, buat I rasa macam tak terkejar. Tapi insyallah I akan beri yg terbaik untuk anak2 I. So I nk disclaimer siap-siap yang entry ni atas pemerhatian dan pengalaman I sendiri, tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Lain orang lain pendapat dia. So please respect each other.

To be honest I lebih memilih untuk sekolah di sekolah asrama. Tak kisahlah sekolah asrama harian ke asrama penuh (SBP, MRSM insyaallah kalau ada rezeki) Bukan nak cakap sekolah biasa tak bagus tapi I sendiri berpengalaman sekolah asrama dari Form 1 so I tahu la. Yang ni based on my experience la.

1) Lebih berdikari
Yes, ni point utama kenapa I nak anak I masuk sekolah asrama. Memang totally different and kita boleh nampak budak tu dia duduk hostel atau rumah. Yang duduk hostel lebih berdikari dari yang duduk rumah. Yelah kat hostel semua kena buat sendiri, basuh baju, basuh kasut, lipat kain, kemas katil, time management, bla bla bla. Yang dok rumah ni ada lagi generasi pemalas kasut sekolah pun mak yang basuhkan. watdefish. i cukup menyampah tengok dah tingkatan 3 mak ironkan lagi baju sekolah. Bangsa camni la bila dah tua bangka nak masuk kerja pun mak yang apply kan. Nak sambung belajar pun mak yang beria call tanya itu ini. Trust me, ia memang wujud. I know la.

2) Tak memilih makanan
Yes, betul. Kalau duduk hostel kau takkan sempat nak memilih taknak makan tu taknak makan ni. Mengada. Makan jela hoi org dah masak. Kat hostel apa menu yang disediakan memang kita makan je. Kalau tak makan memang berlapar lah melainkan kau baik ngan guard san upah dia belikan makanan kat luar. Yelah semua sedia maklum makanan kat asrama camne kan. Ni I perhati sesetengah orang tu, kalau makan ayam taknak bahagian isi taknak dada, taknak itu taknak ini. Memilih. Makan je lah labu, bukan mati pon. To be honest still sampai sekarang ada masakan dewan makan yang I rindu sangat-sangat tapi dah tak dapat atau jumpa yang sedap macam kat sana. Contoh: Sambal Tauhu Makcik Kantin, Dendeng Daging cc, Hati goreng cc, Nasi Lemak makcik gementi.Yang lain tu tak berapa rindu sangat la cam Ikan Lemas, Ikan berenang, Ikan Jaket hahahha.Kat hostel mengajar I untuk menghargai makanan. Sebab tu I sejenis tolak batu ngan kayu je.

3) Lebih menghargai masa
Bab ni memang tak boleh disangkal lagi. Masa Cuti, masa rehat dan masa bersama family bila minggu balik kampung (selang 2 minggu). Bila masa cuti Sabtu Ahad kalau tak outing I lebih suka rest kat bilik. Masa ni la nak rest kalau hari biasa memang tak dapat der. Hectic sgt jadual dari subuh sampai ke 11pm memang straight. Xde istilah nak tidur ke nak tgk tv petang. Sorry der, memang takde. Katil pun tak bersentuh dari pagi sampai la ke tengah malam time nak masuk tidur. Rest kejap pun bila lepas prep petang sementara nak tggu dinner atau nak tunggu magrib.

Masa balik kampung memang kita spend betul-betul. Yelah cuti Sabtu Ahad. Ahad pulak dah nak balik hostel. Masa Form 1 mula-mula tu memang la homesick tapi lama-lama dan ok. Menjadikan kita lebih appreciate masa bersama fmaily sampai sekarang la.

4) Hati lebih tough
Ha, dok hostel ni menjadikan kita hati kering der. Ko cuma perlu pandai jaga diri, pandai cari kawan. Kat mana-mana ada je baik buruk. kau pilih buruk, maka buruk lah jadinya. Kau pilih baik, baik lah. Kau cuma kena pandai pilih. Kat hostel la ajar I buat keputusan sendiri. Takde la nak pilih color pun sibuk nak tanya suami,"yang mana cantik yg biru ke yg merah". Geli doh. Ko boleh decide sendiri kot tak perlu la mende kecik camtu nak pening-pening kepala. Oops.

5) Generasi lebih berdisiplin
Disiplin kat sini maksudnya macam I, sejenis tak boleh tengok katil bersepah. Cadar sentiasa tegang. Memang tak boleh tgk kedut2. Bangun pagi terus tarik cadar. So memang takde la anak nak buat sepah. I memang tak suka tengok cadar tak tarik selimut tak berlipat bantal bersepah. Sakit mata hoii. Maybe sebab dan well trained dari hostel lagi. Sebab tu I x suka klo anak I melompat atas tilam ke main sepah-sepah atas katil. Memang pantang la tempat tidur bersepah.

Disiplin dari segi masa. I sejenis kalau cuti pun dah set memang mata ni sejenis tak reti bangun lewat. Tak reti la weh nak bangun tengahari cam orang lain selamber bangun pukul 10am, 10pm ,2pm. omg I cannot. Eh tak boleh la... No, I'm not morning person tapi kalau hari kerja lain lah kan. Yang tu cerita lain la. Kalau hari cuti baik kat rumah sendiri, umah mak mertua ke mak sendiri ke sama je.

Tapi tak dinafikan ada juga mende negatif dia. Ada je budaya tak sihat cam buli ke gaduh ke semua tu.Normal la. Sekolah agama pun ada kes, inikan pula sekolah biasa. Tapi semua tu terpulang kepada diri individu tu sendiri. Kau pandai jaga diri kau sudah. Kena berani, dan satu lagi jangan baik sangat nanti orang pijak kepala. Senang kan. parents pun main peranan penting. Kena selalu catchup dengan warden, dengan anak, barulah harmoni aman dan sentosa.

Ok nanti sambung lagi ya.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Idaman Suri vs Hj Ismail Group

Salam, Bagi yang merancang utk bercuti dan membeli belah di Langkawi, meh ai nak share tips-tips yg berguna untuk korang agar tidak merasa menyesal di kemudian hari Pelbagai jenis coklat Ai perasan yang harga barang-barang kat sini memang tak banyak beza. Korang kena pandai pilih. contoh macam dekat Idaman Suri ai beli Ferrero Rocher 30's pada harga RM19.00 manakala dekat Hj Ismail Group dalam RM23.00. Kitkat saiz dan bilangan yang sama di Idaman Suri pulak RM11.50 manakala dekat Hj Ismail Group RM9.90. Yang best dekat Hj Ismail Group nih, dia letak harga borong. Contoh kalau coklat Daim untuk satu pek adalah RM14.90 tapi kalau beli tiga jadi RM37. Idaman Suri takde yang camtuh. So lebih jimat kalau beli di Hj Ismail Group.  Rokok Rokok pulak sama harga je even kat kedai tepi jalan area Pantai Chenang tu pun ai perasan harga dia sama je. Antara RM47-RM62 bergantung pada jenama rokok tersebut. So tak perlu nak survey2,sama je harga dia ya tuan-tuan dan puan-puan