Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Petua hilangkan jaundice

Assalamualaikum.. Harini nak share journey Anaqi vs jaundice. Alhamdulillah disebabkan dah ada pengalaman masa Ayra dulu, so kalini I memilih untuk jadi seorang ibu yang bijak dan tidak berguru dengan Mr Google yang bagi petua merepek-repek utk hilangkan jaundice baby. Alhamdulillah, kalini Anaqi bebas sepenuhnya dari Jaundice dlm masa 10 hari sahaja. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Tips? Mudah. Apa yg I amalkan adalah I bf Anaqi all day long. Stended la baby kalau jaundice dia mmg akan suka tido. So I kejutkan dia every couple hour untuk feedingkan dia. Mata dia pejam pun, I sua kan aje. hahaha paksa rela namanya ni. Memang tak sumbat pape yang merepek pun. 100% breastmilk. Doc pun impress sebab berat Anaqi naik mendadak dalam masa selang sehari setiap kali check up. Ada sekali tu masa nurse datang rumah. Berat Anaqi dah 4kg++ within 3days.Sehari paling banyak dia bolehnaik 700gram++. Terkejut nurse tu,jangankan nurse, I pun terkejut. No wonderlah jaundice dia cepat hilang.

Pengalaman bersalin anak ke2 (Part 2)

Assalamualaikum.. Sambung dari previous entry. Nurse tolah masuk Labour Room dalam jam 4am. So bertapa la I dlm Labour Room. Baru nk rest nurse masuk tanya skala sakit paras berapa. I pun konfiden la jawab 6/10. ok lagi ni, sbb dulu masa Rara I dah bukaan full baru masuk Labour Room. apatah lagi 4cm ni mmg steady lagi la. Pastu nurse offer kalau nak pakai gas dipersilakan. I senyum je. Masa bersalin anak 1st dulu I natural birth, tak pakai gas, tak pakai ubat tahan sakit, tak epidural. Alhamdulilah. Masa ni nurse kata suami nak masuk. Tapi I tak approve. hahahha. I bukan apa, I kalau boleh tak nak tgk muka dia saat I berjuang. Kang I jadi termanja mengade. Sesetengah org dia suka je laki dia masuk. Tapi lain org, lain feeling kan... 10min lepas tu, mula lah rasa menyesal tak accept offer tu. "Eh dah kenapa xnk amik gas? Dah la ni anak bongsu, bila lagi nak rasa lalok kan..." kata I dlm hati. I pun panggil nurse. Konon nak try ambil gas tu. Sekali terasa nk terberak. Nurse

Pengalaman bersalin anak ke2 (Part 1)

Assalamualaikum Pejam celik pejam celik kejap je rasa dah masuk bulan Ogos. Banyak nak dikongsi cerita-cerita sepanjang 8 bulan ni, tapi masa amat mencemburui kita. Mana yang ingat nanti I share k. Kita mulakan dengan rezeki anugerah terindah 2020. Alhamdulillah I dah selamat bersalin khalifah kedua, bayi lelaki seberat 3.12kg pada 4 Januari 2020 jam 4.28am; Normal delivery dan Natural Birth. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Kronologi kelahiran nanti I share. Tapi I cam ingat-ingat lupa dah ni. Hehe. Due date 11 Januari 2020, tapi I neves jugak kalau terkeluar awal sebab I kalau boleh memang nak Januari 2020, taknaklah Disember 2019. Kang kesian dia paling bongsu dlm kelas. Alhamdulillah Allah perkenankan. 3 Januari (Jumaat) pagi masa nak mandi pergi kerja,ada blood show. I relax je, sebab tak rasa sakit apa. Just mandi macam biasa, siapkan Ayra pergi sekolah, dan I terus ke hospital sebelum ke office pagi tu. Call suami. Die kata nak terus gerak dari Pekan lepas masuk o