2 Jun 2014

Trip To Phuket : Day 1

Salam

Sebelum terlupa mari kita cerita pasal ni. Maklumlah da tua ni cepat lupa.

Sampai Phuket International Airport dalam pukul 10.30pm. Thailand lambat sejam dari malaysia. Tapi kat imigresen tu yg amik masa lama sikit. Sebab kaunter bukak sikit, org lak ramai. Rasanya lebih 40minit kat sini je.

Settle sume, cari ejen yg amik kami. Ju da booking siap2 transport utk ke hotel. Elok je sampai hujan turun dgn lebatnya. Nasib dah selamat landing. Mmg scary ok!

Dari airport nak ke hotel dalam 30minit. Sampai hotel check in n rest kejap. Pastu keluar cari makan. Apa barang dok bilik kan.

Time ni kat area sini belum hujan. So dgn confidentnya keluar x bawa payung or rain coat. Tengah jalan menghirup udara segar, amik kau.....hujan baru turun. So bergambar laju-laju pastu tapau makanan ringan terus zassss balik hotel.

Nanti sambung episod esok paginya, Island Hoping!

Kbai