27 Sep 2016

Pengalaman Bersalin (Part 2)

Salam,

Ok, bersambung dari kisah Part 1. Aku still check up dengan KKIA Presint 18. Bukan apa, memang sejak dr awal pregnant pun dah check up kat sini. So malas nk stop camtu je dan dalam masa yg sama terus continue check up KKIA.

Preparation barang Baby pon kami beli secara beransur-ansur. Maklumlah 1st timer. Beli pun mana yang terlintas kat checklist. Nasib baik Abam Jejai melayan je bini dia ni bila datang kegilaan shopping barang baby. Kami start cari barang baby bila pregnancy aku dah cecah 7months ke atas. Excited tu memang lah excited. Siapa tak teruja kan? Lebih-lebih lagi anak sulung. Puas aku menahan nasfu beli barang baby sehinggalah dapat greenlight dari Abam Jejai.

Tiba pada hari check up di KKIA. Aku minta Doc scan air ketuban. Sebab menurut Hosp Azzahrah, air ketuban aku kurang. Nak kata leaking takde la pulak aku detect rasa basah. So doc pun scan dan memang ya, air ketuban aku kurang! Masa last check up di Hosp AzZahrah hari tu, bacaan nya 7.5. Doc Masyita kata kalau less than 6, kita akan operate. Sebab risiko kepada bayi kalau air ketuban kurang. Risau bayi lemas. Seminggu tu pulun la aku minum air bergelen-gelen, makan buah tembikai,air kelapa dan macam-macam lagi petua aku buat. Hasil scan di KKIA pada hari tersebut mendapati air ketuban aku kurang kepada 4.5. Terus dia suruh aku admit ward hari itu juga. Referral Letter dibuat. Doc tanya nak pergi Hosp AzZahrah atau Hosp Putrajaya. Memandangkan aku sorang-sorang nak drive ke sana, jadi aku minta doc buat referral letter ke Hosp Putrajaya sahaja. Ye la, aku bukan mahu bersalin lagi kan. Tak perlu lah ke Hosp AzZahrah. Costing semua tu. Hahaha. Doc bagi aku masa satu jam untuk kemas barang dan terus ke hospital. Kalau nak diikutkan, dia suruh aku pergi direct dari KKIA P18 tu ke Hospital Putrajaya. Tapi aku minta balik ke rumah dulu untuk salin baju.

Bersambung...










26 Sep 2016

Pengalaman Bersalin (Part 1)

Selamat pagi! Lama tak muncul. Bersawang dah rasanya blog ni. Hahaha. Kebizian melanda. Ampunkan mak hencek...!

Ok, hari ni ada mood nak menaip sikit. Jom kita share pengalaman bersalin nak? Bukan apa, nanti dah tua boleh la refer post kisah perjuangan dalam labour room.

Tapi persoalannya nak mula dari mana ya? hahahaha. OK kita mula dari bab pemilihan hospital atau lokasi bersalin. Kisah nya bermula begini... Eh, ini ketegori Part 1 lah ya. Biar panjang lebar sikit. Baru lah thrill, senang untuk rujukan masa depan. Aceceh..

Memang sejak awal mengandung lagi, aku kalau boleh nak bersalin dengan midwife / doctor WANITA. Bukan apa, aku rasa macam segan nak mengangkang depan lelaki. Hospital pulak kalau boleh memang nak yang privacy. Maksudnya disini, yang tiada student practikal datang tanya itu ini, kejap-kejap round. Aku rimas. (Ni hasil pengalaman kawan-kawan yang beranak kt hosp gomen) Setelah aku menjalankan usaha membodek suami kesayanganku itu, dia setuju untuk aku booking di HUKM, Kuala Lumpur.


HUKM Cheras, Kuala Lumpur

Setelah aku call untuk temujanji, Pihak HUKM minta aku datang ke hospital untuk set appoinment. Aku diminta datang bawa bersama buku merah. Setelah sampai ke kaunter O&G Bahagian Pendaftaran, mereka akan beri tarikh untuk 1st check up bersama doc. Tiada bayaran diambil pada hari pendaftaran. Oh lupa nk beritahu. HUKM ada 2 jenis ya. Satu semi govt, dan satu lagi swasta sepenuhnya. Rate juga berbeza. Dan bangunannya juga berbeza.

Sampai hari temujanji. Ya ampun, ramainya orang. Abam Jejai pun follow sekali. Amik kau sampai lebam bontot nk tunggu no giliran. Last last sementara menunggu tu kitorang sempat la ke bangunan yang offer full swasta. Bukan apa, saja nk survey harga dan Doc. Untuk due aku doctor perempuan semua fully booked! Padahal 4 bulan lagi tuh! Korang bayangkan. Doc yang available adalah doc lelaki dan berbangsa cina.Terus reject. Fuhh.. Selamat duit kata Abam Jejai.

Kemudian kami turun semula ke HUKM Semi govt. Still que untuk check up. Memandang kami pun rushing nak ke tempat lain, maka kami pun chow. Hanya sempat check darah dan urine sahaja. Selamat, aku pon dah berbelah bagi sebenarnya kat HUKM ni setelah dengar cerita kawan-kawan yang pernah bersalin di sini. Kikiki.


HOSPITAL ISLAM AZZAHRAH, BANDAR BARU BANGI


Abam Jejai bagi permission pilih hospital swasta yang lain. Aku pon start la misi mencari hospital. Shah Alam memang banyak tapi jauh yang amat. Takdelah jauh sangat sebenarnya, tapi kalau dah sakit tengah malam, sorang-sorang lak tu.. tak kuasa nak drive sampai ke Shah Alam. So, aku buat keputusan untuk ke Az Zahrah di Bandar Baru Bangi. 10 minit dari rumah. Ok la, not bad. Hospital semua Muslim dan yang penting kat sini semua staf wad O&G adalah wanita. Itu yang paling penting.

So bermula la episod check up di AzZahrah Hosp, Bangi. Ada 3 doc. Boleh pilih nak yang mana. Cam aku hari tu dapat Doc Masyita. Lembut je orangnya. Boleh tanya sebanyak mana korang nak tanya. Dia tak jemu menjawab. Memang ramai check up kat sini so make sure datang awal. Dapat no awal. Parking pun agak terhad.

1st check up kat Az Zahrah seperti check up di KKIA (Klinik Kesihatan Ibu Anak) akan check urine dan hb. Kemudian baru check dengan doctor. Scan itu ini gedebak gedebuk Rm120++. Free Sample susu ada la dalam 6 kotak. Sampai tak cukup tangan nak bawak.kikiki. Thank You Az Zahrah. Jimat tak payah beli stok susu maternity. Next check up pun mengulang rutin yang sama. tapi still selang seli dengan KKIA P18.

Sehinggalah..... (sambung part 2 )



***
Ini harga Pakej Bersalin. AKu memang ain nak Normal Delivery. Kesian pulak Abam Jejai kalau aku cZer. Tapi kalau dah itu ketentuan tuhan, aku redha je la. Hehe.

HUKM Semi Govt = RM750, open area
HUKM Full Private Wings Normal Delivery
= RM7000++, 2 bedded room
Hosp Islam AzZahrah Bangi
= Pakej UMMI RM1300++, 2 bedded room