Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Jumaat

Thursday

Rara Alana's birthday...

Salam Selit cerita pasal Rara. Kalau korang nak tahu, setiap bulan kami akan celebrate birthday Rara. Ya. SETIAP BULAN. Anak pertama la katakan... Hahaha excited terlebih. Kadang-kadang bukan mak nya yang nak pun, Wan nya yang teringat ke cucu. Siap order atau beli kek untuk cucu nya itu. Aku pun layankan aje. Saja suka-suka. Ni first celebrate utk Rara. Umur 3 bulan time nih. Mak dia yang beria tiup lilin. Anak tak tahu apa pun. Kikiki. Yang ni pulak masa Umur 4 bulan. Sekali celebrate dengan Wan dia. Double celebration la ni kiranya. Yang ini masa celebrate birthday 5 bulan. Buat BBQ sekali malam tu. Yang umur 6 bulan kita tak sempat snap pic. Sebab celebrate dekat luar. Yang ni masa 7 bulan. Again, Secret Recipe. Pic ni pulak masa celebrate birthday Rara yg ke 8 bulan. Siap dapat gift Car Audi dari Wan. Bertuah Rara. Jeles mama taw. Mama pun dapat first car masa umur 26 tahun taw. Alhamdulillah murah rezeki Rara. Sentiasa dikelilingi orang-orang yang sayangkan

Kenny Rogers Roaster Free

Salam, Hari ini aku nak share dengan korang camne aku makan Kenny Rogers Roaster (KRR) secara percuma. Ya, PERCUMA. Aku dapat tahu pun selepas aku tengok FB Aida merangkap jiran blok aku tuh. So aku pon sesaje la nak try. Opismate pun sama terjebak dengan mende alah ni. Gigih lah memasing mendonlod kat henpon memasing. Donwload apa? Meh nk share. Mula-mula, kena download Apps FAVE kat hp korang. And then register kat situ. Masukkan details and sila buat pilihan location utk dine in. Rasanya setiap restaurant ada kuota dia kot. And then bila sampai ke restaurant tu, just tunjuk coupon yang korg receive kat henpon. Ada kod sekali dalam tu. Nanti waiter akan minta kod tu untuk verify. Hah, itulah hasilnya. Dating berdua dengan Abam Jejai di IOI City Mall Putrajaya. Dapat 2 ketul muffin sebagai dessert. Kami pilih perasa Vanila dan Banana. Alhamdulillah rezeki. Hehehe. p/s : Next i akan share Accomodation free dekat First World Hotel, Genting Highlands pulak. Insyaallah

Renungan Isnin

Menu Berpantang

Salam Ok, seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku akan share menu sepanjang aku berpantang. Bermula dari awal tempoh berpantang hingga la ke hujung- hujung tamat tempoh berpantang. Ni contoh menu aku berpantang masa kat rumah MIL aku. BREAKFAST Nasi Putih Sup Ikan Haruan @ Ikan Haruan Bakar @ Ikan bilis Sayur Sawi rebus Air Suam Minum Pagi Kuih Kopi O @ Milo @ Horlicks @ Susu Lunch Nasi Putih Sup Ikan Haruan @ Ikan Haruan Bakar @ Ikan bilis Sayur Sawi rebus Air Suam Minum Petang Biskut Kopi O @ Milo @ Horlicks @ Susu Dinner Nasi Putih Sup Ikan Haruan @ Ikan Haruan Bakar @ Ikan bilis Sayur Sawi rebus Air Suam Menu ni lebih kurang Seminggu Pertama berpantang je la. Lepas tu tak makan dah ikan haruan. Stok habis. hehe. Sambung ikan lain. Memang aku tibai makan sayur banyak. Susu meriah baq ang. Memang takde istilah diet weh. Kelaparan sentiasa. Laju je makan. Tapi aku still tak makan kunyit dan blackpaper. Sebab Rara Alana jaundice. Jamu dan yang sewak

Pengalaman Berpantang

Salam, OK hari ni ada masa terluang sikit. Seperti yang dijanjikan, hari ini aku nak share pengalaman berpantang. Yang mana aku ingat lah ye. Maklumlah kadang-kadang ingat-ingat lupa. Juga sebagai rujukan aku di masa akan datang. InsyaAllah. Untuk pengetahuan korang, Dua minggu pertama selepas bersalin aku berpantang di Pekan, Pahang rumah mak mertua aku (MIL). Selepas itu baru bersambung berpantang di Bentong. Sampailah habis cuti bersalin aku.So kat sini aku perhatikan banyak benda, yang mana belah MIL aku amalkan dan belah mak aku amalkan. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Papepon, bes woo berpantang. Rasa mcm princess lak. Bagi can la, 1st time kan... Hehehe Sebelum subuh lagi MIL dah siapkan Batu tungku.Kat Pekan guna batu sungai yang dibalut dengan Daun Mengkudu (if I'm not mistaken) dan kain batik. Dah berapa kali bertukar kain pembalut sebab haba panas sangat kain pon kecut. Wangi je bau tungku tu. Kalau belah mak aku pulak guna tungku jenis besi tuh. Berat oo.. Kad

Pengalaman bersalin (Part 3)

Salam dan selamat pagi Amboi sampai part 3. hahaha. Bertabahlah ya. Apakan daya. Masa amat mencemburui nak taip panjang-panjang tak sempat. Ok sambung dari Part 2. Aku pun balik ke rumah salin baju. capai itu ini mana yang sempat aje. Maklumlah 1st time. Sebab rasa-rasa memang bedrest je kat hospital. Paling kuat pon check in 2,3 ari. Call abam Jejai bagitau semua. Terus gerak ke Hospital Putrajaya. Dalam hati dok berzikir, wat lek wat peace. Padahal cuak tu tuhan je yang tahu. Hehehe Sampai ke hospital, parking mak datok jauh ya amat. Merasa la bersenam nak ke Lobi Utama. Nurse KKIA P18 suruh terus ke Labour Room. Memandangkan ini first time sampai ke Hospital Putrajaya, melilau jugak la follow signboard. Dengan jalan dah macam penguin nya. hahaha. Sampai je Wad Bersalin, terus buat scan itu ini. Check darah amik darah. Cucuk situ cucuk sini. Wayar itu wayar ini. Ubat itu Ubat ini. Hah amik kau. Confirm! Kena warded. Mujur ada besfren aku si Mira tu datang temankan sementara t

Penawar Jaundice

Salam Pengalaman baby kena kuning. Lama jugak Rara Alana kena jaundice. Macam-macam kami ikhtiar. Aku update pengalaman sendiri sebagai rujukan di masa depan. Krik krik krik. Kot la TEReksiden dapat adik pulak. 1) Anggur Hitam 2) Sengkuang Cina 3) Homeopati 4) Kundur 5) Mandian herba kedai Cina Sensei 6) Mandian Herba TYT 7) Mandian Daun Inai 8) Mandian Daun Dukung Anak 9) Glucose Ha, amik.... banyak kan? Alhamdulillah Rara tak masuk wad pun. Bacaan jaundice tak tinggi cuma lama je. Tak sampai hati nak tengok anak kena ambil darah tiap kali ke klinik. Gigih mak dia bf. Jamu pun tak makan. Memang kaw kaw pulun nak bagi anak sihat punya pasal. Alhamdulillah. Terima kasih Allah~