Skip to main content

Pengalaman bersalin (Part 3)

Salam dan selamat pagi

Amboi sampai part 3. hahaha. Bertabahlah ya. Apakan daya. Masa amat mencemburui nak taip panjang-panjang tak sempat. Ok sambung dari Part 2.

Aku pun balik ke rumah salin baju. capai itu ini mana yang sempat aje. Maklumlah 1st time. Sebab rasa-rasa memang bedrest je kat hospital. Paling kuat pon check in 2,3 ari. Call abam Jejai bagitau semua. Terus gerak ke Hospital Putrajaya. Dalam hati dok berzikir, wat lek wat peace. Padahal cuak tu tuhan je yang tahu. Hehehe

Sampai ke hospital, parking mak datok jauh ya amat. Merasa la bersenam nak ke Lobi Utama. Nurse KKIA P18 suruh terus ke Labour Room. Memandangkan ini first time sampai ke Hospital Putrajaya, melilau jugak la follow signboard. Dengan jalan dah macam penguin nya. hahaha.

Sampai je Wad Bersalin, terus buat scan itu ini. Check darah amik darah. Cucuk situ cucuk sini. Wayar itu wayar ini. Ubat itu Ubat ini. Hah amik kau. Confirm! Kena warded. Mujur ada besfren aku si Mira tu datang temankan sementara tunggu Abam Jejai otw. Dia lah yang setelkan urusan Pendaftaran dan tapaukan Nasi Goreng Ayam. Maklumlah lapar weh tak makan dari lunch sebelum ke KKIA Presint 18 tuh.

Husband sampai. Lepak2 borak2,lepas tu settle itu ini semua, dalam pukol 11.30pm dia balik Presint 9 rumah kakak dia. Rumah kami di P15 penuh dengan kaum kerabat aku, ye la malam tak boleh melawat kan. So dorang stay umah aku je. Esok tengahari baru boleh melawat.

Aku pon konon nak lelap la kejap. Boring weh dok spital. Tengok katil depan dah kena sorong bawa ke Labour Room. Aku jugak la masih terpinga-pinga. Wad 2B di Hospital Putrajaya Class 1 yang aku duduk ni, ada 4 bedded. Dan toilet sendiri dalam bilik. Aku pon dok la melayan mata melayan perasaan.Main game kat henpon. Pastu tertido tak sedar apa dah. Dalam pukul 2 pagi aku rasa sakit perut macam nak buang air besar.Pergi tandas, takde pulak hasilnya. Hehe. Pergi kat kaunter nurse depan tu. Dia nasihatkan suruh pakai pad. Aku mana lah tau kena pakai pad segala. Pad pun tak bawak. Kakak misi bagi sekeping.

Dalam pukul 2.30am tiba-tiba terasa nak terbuang air besar lagi. Pergi toilet, tiada hasil jugak. Konon nak sambung tido la kan. Tup tup kat pad ada cam darah sikit. So inform dekat nurse. Terus dia bawa ke bilik check up untuk check jalan. "Dah full ni puan", kata doktor tu. Sampai dua orang la yg check untuk confirmkan betul-betul. Gulp. Bila masa jalan terbuka nya. Masa aku tidur ke? Terus call Abam Jejai. Beritahu nak masuk Labour Room dah. Sebab lepas tu henpon entah ke mana. Time ni baru nak salin baju hospital yang pink tuh. Sebab masa check in aku pakai tshirt biasa sebab dah malam terus tertidur dengan tshirt tu.

Alhamdulillah anakku selamat lahir ke dunia tepat jam 2.40am secara normal. Sungguh besar kuasa Allah SWT, baby dilahirkan dengan mudah dan lancar sekali. Tiada sebarang komplikasi, tiada epidural, tiada ubat tahan sakit.Alhamdulillah dapat merasa nikmat bersalin secara natural. Syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi. Syahdu pulak rasa bila Abam Jejai sampai, aku dah selamat bergelar ibu. Dia terlewat beberapa minit saja.Diazankan baby, diberi setitik air zamzam di lidah baby.Buat ambil berkat orang tua-tua cakap. Aku diberi minum Milo oleh nurse. Part kelakar dah la bilik tu sejuk, tiba-tiba terasa nak terkencing. Beritahu nurse, dia suruh kencing atas katil. I malu..... I request nk bangun nk kencing kat toilet sebab dalam Labour room tu ada toilet. Nurse kagum dia cakap jarang orang lepas bersalin 5 minit nak bangun pergi kencing. Nurse takut aku pitam. Dia suruh Abam Jejai pimpin. Aku steady je. Nikmat Allah mana lagi yang mahu engkau dustakan. Allahuakbar.

Selesai semuanya, misi mencari nama. Buka google. Hahaha, bengongkan. Tak prepare nama anak. Kami sepakat menamakan buah hati pengarang jantung kami ni Khalisa (Murni,Bersih) Ayra (Mulia, Dihormati). Semoga Khalisa Ayra membesar dengan sihat,menjadi anak solehah, terhindar dari segala penyakit,jauh dari segala hasutan Syaitan durjana, dan sentiasa di bawah lindunganNya. Amin...




Nanti i cerita pengalaman Berpantang pulak ok? In sya allah... Hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...