Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Mabuk

Assalamualaikum Korang semua sihat ke? Aceceh. (Macam lah ada yg baca blog kau ni kan)Hari ni aku nk cerita pasal satu tabiat baru yang aku alami sejak akhir-akhir ini. Aku tak tahu lah orang lain macam mana, tapi ini yang aku alami. Sejak aku kemabukan kelautan hari itu, hahaha ianya terbawa-bawa hingga ke hari ini. Aku bukanlah spesis manusia yang suka menghadap atau membaca buku/majalah semasa dalam kereta yang bergerak. Sebab rasa pening je. Yang parahnya, menghadap henpon pun takleh ni. Berpusing-pusing rasa. Apakah?? Sedapkan hati, faktor usia barangkali. Adessss... So memang takde lah nk tgk GPS ke online FB ke Insta ke sebab hakak memang tak mampu. Hakak mabuk uols. Pening berpusing-pusing nanti. Kalau time traffic light or kereta tak bergerak boleh tahan lagi. Gitu Anyone yang ada cadangan camne nk hilangkan kejadian ni tak?

Khamis

Rabu

Tips dan Bajet ke Krabi

Assalamualaikum Hari ini I nak share perbelanjaan kami sepanjang 4H3M di Krabi. Insyaallah I akan bagi tips juga pada sesiapa yang ada plan nak ke Krabi lepas ni ya. Semoga perkongsian ni dapat jadi rujukan yang berguna ok. Ok kita mula dengan bajet ya. Pada masa kami ke Krabi sekitar Nov 2016 ini, rate matawang adalah RM100=850baht. Itu pun kami tanya kat Money Changer Putrajaya area Presint15, dia letak RM100=750baht. Rugi boh. So pepandailah korang ya cari Money Changer yang berbaloi. Tapi baru ni kawan I tukar di IOI City Mall RM100=850baht jugak. Kena pandai pilih ya.Maklumlah rate dah jatuh sikit ni, kena bijak merancang dan berbelanja. Barulah aman damai keluarga bahagia. Ok. Kami park kereta di Putrajaya Sentral. Kemudian naik ERL ke KLIA2. Ini contoh bajet kami untuk percutian baru-baru ini:- Summary perbelanjaan Day 1 ERL (dari Putrajaya Sentral ke KLIA2) = RM9.40/adult x 2 Bus Shuttle (dari Krabi Airport ke Krabi Town) = 90baht/adult x 2 Tut Tut ke hotel = 100baht

Day 4 : Good bye Krabi

Assalamualaikum Last day di Krabi. Bangun pagi terus bersiap untuk breakfast. Sekali lagi repeat ke area Street Food. Abam Jejai kemaruk Pad Thai. Bagi can la. Dah nak balik pun kan. I happy je, janji dapat upah Banana + Nutella Pancake dengan Mango Sticky Rice dah cukup dah. (urut perut)Hehehe.. Alhamdulillah rezeki.. Pagi tu kami keluar dalam pukul 9 lebih.(waktu Thailand)kalau ikut time Malaysia dah pukul 10 lebih tu.Patutla kriuk kriuk perut. Tak banyak gerai yang buka. So kami antara pelanggan terawal makcik tu. Kami order Pad Thai, Blackpepper beef dan Nasi Goreng. Sebab semalam tengok ada awek tu order macam sedap dan menyelerakan aje. Hari ni kami ke gerai lain. Bukan yang semalam. Pad Thai dia tak sesedap yang gerai semalam tu. Tapi still ok la. Masa tengah makan, makcik yang semalam tu sampai. Bukan rezeki kami nak makan Pad thai sedap macam semalam. Kenyang perut, kami beransur pulang ke hotel. Tapi....sebelum itu ,janji mestilah ditepati. Sempat tapau Mango Sticky Ri

Day 3 : Nightlife

Assalamualaikum Selepas perut yang berkeroncong telah selamat diisi, kami meneruskan sesi menghabiskan mata wang thai baht di dalam wallet Abam Jejai. Sempat sambar souvenier untuk sanak saudara dan kenalan di Malaysia. Phuii... Cam pergi Paris New York je ayat tu kan.. Tapi seriously harga berbeza sangat berbanding dengan di Krabi Night Market. Tshirt ala-ala je pun dia letak 200 baht. Kat Krabi baru 100baht. Belum tawar menawar lagi tu. Nampak tak? So sesiapa yang ke Krabi, jgn lupa singgah di Krabi Night Market. Ada yang cakap depan masjid ada yang murah-murah jual atas meja. Tapi kami tak smepat ke sana. Tak dapat nak review. Setel beli barang semua, kami ke salah sebuah spa utk refleksologi. Harga asal dia letak 250baht/pax. Selepas tawar menawar dapatlah 200 baht/pax. Best tu, mana nak dapat harga tu kalau kat KL ni kan. Di sini lah kisah kelakar itu berlaku. Abam Jejai buat lawak. Ada ke patut masa nak bayar tu, zip seluar Abam Jejai tersangkut sampai tak boleh buka. 2,3 o

Day 3 : Krabi Street Food

Assalamualaikum Pencarian makanan di petang hari diteruskan. Perut dah berkeroncong minta diisi. Kami pun keluar di sekitar hotel mencari port makanan yang sedap-sedap dan best di Krabi. Semestinya yang Halal lah ya. Kami berjalan kaki sahaja dari hotel. 5 minit camtu je. Landmarknya bersebelahan dengan Krabi Resort Hotel. Dari jauh dah boleh nampak gerai makcik-makcik meniaga atas motosikal. So situlah yang kita tuju ya kawan-kawan. Yaminla Pancake Kalau datang Krabi jangan pernah skip merasa pancake ni tau. Dulu kat Phuket pernah makan, so haruslah repeat. Mende sedap,kan? hahaha. I order Banana+Nutella. Sedap. Masa kami terjah ni dalam pukul 6 lebih. So ramai juga lah orang. tapi kalau dah rezeki tak ke mana ye dak? Harga pancake Banana+Nutella 50baht. Macam-macam perisa ada. Cheese pun ada. Boleh pilih ikut selera anda. I tgk macam senang je makcik ni buat pancake ni. Tepung ala-ala roti canai, dicanai dan diletakkan pisang sebelum dilipat ala-ala roti telur. Bila dah ma

Day 3 : Anyavee Ao Nang Resort

Assalamualaikum Selepas selesai tour di Hotspring & Emerald Pool, kami terus dihantar ke Riverside Hotel,Krabi sebelum meneruskan perjalanan ke Ao Nang. Memandangkan kami telah pun check out pada awal pagi sebelum ke Hotspring, maka kami ambil sahaja beg kami di Lobby. Terus ke kedai Abang Din owner Restoran Dapur Kak Zainab untuk makan tengahari. (Lapar oo main air tadi). Selain dari kedai makan,Abg Din juga ada menyediakan perhidmatan pengangkutan dan hotel bajet di sebelah kedai makan beliau. Boleh kautim dengan Abg Din, beliau seorang yang sporting.Harga yang diberi sangat berpatutan. Macam kami hari tu, dapat 350baht dari Krabi Town ke Ao Nang dengan menaiki Frontier. Kalau taxi mampu mencecah 400baht, manakala tut tut 150baht/seorang. Perjalanan dari Krabi Town ke Ao Nang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Trafik berjalan lancar. Cuaca pun baik. Kami check in malam terakhir di Hotel Anyavee Ao Nang Resort. Tak booking pun. Walk in sahaja. Hotel ni betul-betul di teng

Day 3 : Hotspring & Emerald Pool

Assalamualaikum Hari ni kita sambung perjalanan ke Kolam Air Panas dan Emerald Pool. Sebelum ke Krabi lagi I dan buat research pasal tempat ni. Kiranya memang wajib pergi lah. Rata-rata blog yang I terjah tangkap gambar yang superb.I memang teringin sangat nak tengok depan mata keunikan warna air yang kebiru-biruan seperti blogger tu kongsikan dalam blog mereka. Alhamdulillah tuhan makbulkan hajat I bila mana Abam Jejai setuju nk ikut tour ni. Perjalanan kami ke Hotspring & Emerald Pool menaiki mini van Pregio bernombor plat 1416 dan pemandunya Abg Harun. Tour Guide sorang lagi tu lupa pulak namanya. **SUMMARY PACKAGE** Agent : Barracudas Tours Masa : 9.00am - 2.00pm (waktu Thailand) Harga : 500 baht Package include : Entry to Hotspring & Emerald Pool, Tour Guide, Transport pick up direct from/to hotel Kebanyakan yang I survey, paling murah mereka dapat package ni 700 baht. Itu pun kalau guna agent. Kalau walk in sendiri, entrance fee 1000baht. Ramai tanya, macamman

Day 2 : Krabi Night Market

Assalamualaikum Ok kali ni I nak cerita pasal Krabi Night Market. Untuk pengetahuan korang, Night Market ni hanya buka pada malam hujung minggu sahaja. Jumaat,Sabtu dan Ahad. Korang memang WAJIB pergi. Tak sah kalau sudah sampai Krabi tak jejak ke sini. Kenapa I cakap wajib? Sebab.... baca dulu yang kat bawah ni. Hehehe Sebenarnya kami dah pergi survey pada malam pertama. Tapi tak shopping pun lagi. Konon malam kedua ni baru pulun shopping. Sebab keesokannya dan check out dan kami akan stay di Ao Nang pula. Nak lah juga merasa stay di dua-dua town kan. Satu di bandar, satu di tepi laut. Apa yang I boleh kongsikan, memang berpuas hati dan berbaloi shopping kat sini. Untuk Fridge Magnet, keychain , tshirt, memang sangat-sangat murah dan berbaloi. Siap ada live show lagi. Masa kami sampai tu, budak-budak tengah main gamelan. Food takyah cakap la, memang berlambak. Kami je tak berani nak try. Nak pulak hujan rintik-rintik laut bergelora mak bagi duit adik pergi sekolah... Ni con

Day 2 : Phi Phi Island Tour

Assalamualaikum Bersambung dari previous entry Package kami termasuk transport yang akan ambil dan hantar direct terus ke hotel. Ada additional Entrance fee untuk National Park sebanyak 400baht. Sebelum terlupa,time di Thailand adalah lewat sejam dari time Malaysia. Kalau di Malaysia pukul 10am, di Thailand adalah 9am. SUMMARY PHI PHI ISLANDS TOUR Agent : Barracudas Tours & Travel Transport : Speedboat Harga : 800 baht Masa : 9am- 4pm (Waktu Thailand) Pulau yang dilawati : Bamboo Island-Lohsamah Bay-Pileh Bay-Maya Bay-Monkey Bay-Viking Bay- Phi Phi Don Island Lunch : Phi Phi don Island Snorkelling : 2x Pakej termasuk : Tour Guide, Halal Food, Fruits and Drinks dan peralatan Snorkelling Bangun pagi tu, get ready saja tunggu van pickup dari hotel. Selesai dia kumpulkan semua orang, terus bergerak ke Ao Nang untuk ambil sticker. Dan kemudian terus bergerak ke jeti intuk naik bot. Kalau sebelum ni pakej yang aku ambil di Phuket, mereka akan beri briefing dan snack u

Day 1 : Our journey to Krabi

Salam, Destinasi percutian I dan Abam Jejai kali ini adalah Krabi, Thailand. Memandangkan I pernah ke Phuket sebelum ini,so kali ni pilih untuk ke Krabi pula.I akan buat part by part ya bermula dari hari pertama hingga TIPS & bajet yang berguna. Diharap bertabahlah membaca ya. Hehehe. Kami ke sana 4H3M. Tak puas rasanya berjalan explore satu bandar Krabi.Penerbangan AirAsia AK860 dari KLIA2 mengambil masa 1jam 20minit. Cuaca ok. Sampai je di Krabi Airport kami ambil Bus Shuttle untuk ke hotel yang terletak di Krabi Town. Kami memilih untuk menginap di Riverside Hotel.Tempahan hotel online booking melalui Expedia.com. Betul-betul di tengah bandar Krabi. Sebab malam minggu ada Krabi Night Market yang happening tu. Dan jarak dari hotel ke Krabi Night Market adalah walk distances sahaja. Kira-kira 10 minit berjalan kaki. sumber : google Selesai sahaja urusan check in, kami berehat di hotel untuk melegakan pinggang sebelum keluar ke Night Market.Dalam perjalanan ke sana, sempatl

Teaser Krabi

Salam Baru balik honeymoon. penat pun tak hilang lagi. Nanti i update k. tunggu...... Nah, teaser.

Cekodok @ Cucur Bilis

Salam, Korang dah breakfast? Scroll pic kat handphone, teringat pulak masa breakfast kat rumah Bentong hari tuh. Buat cekodok. Cicah pulak dengan kuah kacang. Memang perghhh la. Menghadap ni je. Aku perasan sejak dari pregnant lagi, aku minat kudapan bite size. Sebab senang nak makan kot. Ye lah, non stop mengunyah kekdahnya. Nah sila lah tatap pic cekodok disiang hari. Sambil telan air liur. Kikiki