Skip to main content

Day 1 : Our journey to Krabi

Salam,

Destinasi percutian I dan Abam Jejai kali ini adalah Krabi, Thailand. Memandangkan I pernah ke Phuket sebelum ini,so kali ni pilih untuk ke Krabi pula.I akan buat part by part ya bermula dari hari pertama hingga TIPS & bajet yang berguna. Diharap bertabahlah membaca ya. Hehehe.

Kami ke sana 4H3M. Tak puas rasanya berjalan explore satu bandar Krabi.Penerbangan AirAsia AK860 dari KLIA2 mengambil masa 1jam 20minit. Cuaca ok. Sampai je di Krabi Airport kami ambil Bus Shuttle untuk ke hotel yang terletak di Krabi Town. Kami memilih untuk menginap di Riverside Hotel.Tempahan hotel online booking melalui Expedia.com. Betul-betul di tengah bandar Krabi. Sebab malam minggu ada Krabi Night Market yang happening tu. Dan jarak dari hotel ke Krabi Night Market adalah walk distances sahaja. Kira-kira 10 minit berjalan kaki.

sumber : google

Selesai sahaja urusan check in, kami berehat di hotel untuk melegakan pinggang sebelum keluar ke Night Market.Dalam perjalanan ke sana, sempatlah juga rembat package ke PhiPhi Islands Full Day Tour dan Hotspring & Emerald Pool Tour. Puas negotiate dengan minah ni. And memang sangat berpuas hati la dengan harga yang diberi. Syabas Abam Jejai, pandai tawar menawar. Kalau nak harap I, memang fail la. Yang itu nanti next entry I akan share.

Sebelum balik ke hotel, kami singgah makan malam di Restoran Dapur Zainab. Sempat berbual dengan tauke kedai tu. Abg Din, ibu berasal dari Thai, manakala ayahnya orang Penang, Malaysia. Alhamdulillah kenyang perut kami. Kedai makan ni betul-betul di tengah kelompok market. Signboard besar dari jauh dah boleh nampak.



Bersambung.....










Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...