Skip to main content

Day 4 : Good bye Krabi

Assalamualaikum

Last day di Krabi. Bangun pagi terus bersiap untuk breakfast. Sekali lagi repeat ke area Street Food. Abam Jejai kemaruk Pad Thai. Bagi can la. Dah nak balik pun kan. I happy je, janji dapat upah Banana + Nutella Pancake dengan Mango Sticky Rice dah cukup dah. (urut perut)Hehehe.. Alhamdulillah rezeki..

Pagi tu kami keluar dalam pukul 9 lebih.(waktu Thailand)kalau ikut time Malaysia dah pukul 10 lebih tu.Patutla kriuk kriuk perut. Tak banyak gerai yang buka. So kami antara pelanggan terawal makcik tu. Kami order Pad Thai, Blackpepper beef dan Nasi Goreng. Sebab semalam tengok ada awek tu order macam sedap dan menyelerakan aje. Hari ni kami ke gerai lain. Bukan yang semalam. Pad Thai dia tak sesedap yang gerai semalam tu. Tapi still ok la. Masa tengah makan, makcik yang semalam tu sampai. Bukan rezeki kami nak makan Pad thai sedap macam semalam.


Kenyang perut, kami beransur pulang ke hotel. Tapi....sebelum itu ,janji mestilah ditepati. Sempat tapau Mango Sticky Rice (Pulut Mangga) dan Banana + Nutella untuk kudapan dalam bilik.


Hah, cenggini lah rupanya. Mango Sticky Rice size big berharga 50baht, dan Banana + Nutella Pancake 50baht. Total damage 100baht.
Meneruskan perjalanan, kami pun pulang ke hotel. Sempat la jenguk laut kejap depan tu. Jangankan tidak kata orang. Hahahaha itu lah punyalah padat jadual sampai tak sempat nak jejak kaki ke laut kan. Mujur dah puas main air dua hari berturut-turut so takde lah rasa ralat sangat.


Oh ya, malam semalam kami sempat tempah transport dari Ao Nang ke Airport. Harga nya 150baht seorang. Kami booking di Travel Agent bawah hotel tu. Berlambak ya tuan/puan. Pilih je nak yang mana. Still boleh tawar-menawar ikut budi bicara la kan. Kalau naik bus rasanya sama je kot harga 150 baht. Taxi pulak 600baht per taxi. Disebabkan kami hanya berdua, jadi lebih jimat kalau naik transport. Van Pregio kalau tak silap I hari tu. Dia akan pick up dari hotel. Kita pilih je time pick up, dia datang tepat pada masa. Lebih convenience bagi aku sebab setel pick up passenger terus ke airport. Kalau bus ni kang ada pit stop pulak kan. Perjalanan lebih kurang 30 minit dari Ao Nang.


Penerbangan kami AK869 delayed lebih kurang 45minit. Sepatutnya 2.25pm tapi delayed sampai jam 3pm waktu Thailand. Airport di Krabi besar juga. Takde lah pack seperti di Airport Bandung. Sampaikan nk duduk pun tiada kerusi. Boleh tahan selesa lah juga. Toilet pun banyak. Tak perlu que pun. Kedai-kedai cenderamata dan kafe/kiosk pun banyak. Kot la ada yang nak menghabiskan sisa Thai Baht di sini sebelum pulang ke tanah air terchenta.

Akhir kata, selamat tinggal Krabi. Panjang umur dan murah rezeki kami datang lagi. Sawadikap~...





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...