Skip to main content

Day 3 : Anyavee Ao Nang Resort

Assalamualaikum

Selepas selesai tour di Hotspring & Emerald Pool, kami terus dihantar ke Riverside Hotel,Krabi sebelum meneruskan perjalanan ke Ao Nang. Memandangkan kami telah pun check out pada awal pagi sebelum ke Hotspring, maka kami ambil sahaja beg kami di Lobby. Terus ke kedai Abang Din owner Restoran Dapur Kak Zainab untuk makan tengahari. (Lapar oo main air tadi).

Selain dari kedai makan,Abg Din juga ada menyediakan perhidmatan pengangkutan dan hotel bajet di sebelah kedai makan beliau. Boleh kautim dengan Abg Din, beliau seorang yang sporting.Harga yang diberi sangat berpatutan. Macam kami hari tu, dapat 350baht dari Krabi Town ke Ao Nang dengan menaiki Frontier. Kalau taxi mampu mencecah 400baht, manakala tut tut 150baht/seorang.

Perjalanan dari Krabi Town ke Ao Nang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Trafik berjalan lancar. Cuaca pun baik. Kami check in malam terakhir di Hotel Anyavee Ao Nang Resort. Tak booking pun. Walk in sahaja. Hotel ni betul-betul di tengah-tengah bandar Ao Nang. Kiri kanan shoplot. Depan view Ao Nang beach. Memang sangat recommended pada yang suka tempat happening. Spa, massage,saloon, kedai makan,pub,live band semua ada. Turun hotel je dah boleh jumpa semua itu. Tapi apakan daya walaupun laut depan tu je, tak sempat juga kami menjejakkan kaki di atas pasir yang halus mulus itu..

pic: kredit Google

Honestly, hotel ni biasa-biasa sahaja. Rate 1500baht semalaman. Mungkin I expected too high hahaha. Tapi yang penting, wifi laju. Boleh la, buat tidur aje.


pic : kredit Google

Petang tu, kami teruskan misi Jalan-Jalan Cari Makan mencari street food. Next entry ya....



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...