Skip to main content

Posts

Karipap a.k.a curry puff

Assalamualaikum..

Alahai teringinnya nak makan Karipap. Korang suka yang mana? Karipap biasa or Karipap Pusing? I prefer Karipap kulit licin tuh.


Hah camni la maksud I kulit licin tu. I kn naif hahaha. Inti dia opcos la Kentang kalau letak daging perghh lagi sedap la.. Tapi tula, nak buat ikut taste sendiri memang tak pandai la. I kan pandai makan je. Tang kulit tu I fail sebenarnya sebab I tak reti nk kelim karipap. Kalau guna acuan bimbang terbuka masa goreng.


Yang ni pulak namanya Karipap Pusing. Tapi I tak berapa gemar sangat. sebab berminyak kot. Tapi depends pada cara org tu goreng la for sure. Hehe tapi kalau g kedai, nampak ada 2 jenis karipap ni memang I automatik akan beli yang kulit licin la hehe.

Tetapi.....

Ada sejenis Karipap kalau dapat memang boleh menerbitkan amukan dan kemarahan dihati. Nak tau Karipap apa? Karipap Oksigen namanya.


Kalau terkono yang ni, sumpah lillah memang dah repeat dah la... kuikuikui
Recent posts

Be kind to others

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran kat sini.. Rasa nya lepas ni nak aktifkan semula blog ni. Bukan apa kadang-kadang kita tak tahu nk bercerita dekat siapa dan camne nak luahkan perasaan. So kat sini ibarat diari digital la. phuii konon. Itupon klo rajin hahahaha.

Harini I nk share pasal berbuat baik dengan semua orang tanpa kira siapa pun orang tu tanpa diskriminasi. Trust me, once korang dah buat, korang akan rasa happy sgt. Small little thing camni akan buat hari korang seperti pelangi. Dah la dapat pahala pulak tu kan.

Contoh paling mudah camni:-

1) Tolong tahan pintu lif utk org masuk/keluar
2) Tolong buka pintu kalau nampak orang nak mask
3) Tolong buang sampah (kalau ternampak)
4) Tolong tutup air sinki kalau nampak tak tutup rapat
5) Sedekah beli axion kat pantry
6) Sedekah beli handwash letak kat toilet


Insyaallah mende simple camni je tapi ada sentimental value pada org lain. Mungkin harini hari dia, esok hari kita pulak kan? Tak salah buat baik kat orang. Yang jd salah…

Tolonglah bertanggungjawab

Assalamualaikum wbt..

Sekarang kan tengah menular penyakit HFMD (hand foot mouth disease) tu. Bukak je berita mesti pasal tu, bukan facebook pun pasal tu, mana-mana pun semua pasal tu. As a parent, siapa tak risau kan. Of course la risau sebab penyakit ni berbahaya dan menyerang bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa pun tak terlepas. Instead I baca paper last few days, ada kes yang meninggal pun.

Apa yang I nak bangkitkan disini is kesedaran parent yang anak nya SUDAH disahkan menghidap HFMD ni. Kenapa masih ada parent yang selfish eh? Dah tahu anak tu sakit or tak sihat dibawa nya juga ke tempat public? Dia bukan tak tahu bahawa tindakan bodoh dia tu akan menyebarkan penyakit kat orang lain? watdepak. Akai mana akai. I nak highlight bukan HFMD je, mana2 penyakit berjangkit lah. Waima batuk, demam, selsema dan sebagainya.

Kadang-kadang rasa annoying gila tengok mak pak yang jenis ambil ringan pasal kesihatan anak. Still berfoya-foya pergi playground, pergi mall, serious xleh b…

Dilema mak mak

Assalamualaikum..

Masih lagi mood hari raya. hahaha bila nak datang aura rajin ni xtaw la. Minggu lepas kan kecoh pasal kes pengasuh yang perangai cam setan tu. Adoila... I memang sejenis yang tak suka baca kisah2 pengasuh buat onar ni kan. Sebabnya nanti mula la terpikir2 terbayang2 yang bukan-bukan.

I sebagai salah seorang wanita yang bekerja dan menghantar anak ke pengasuh memang sikit sebanyak memang tercuit dengan insiden ini. Sedih la hoi... Netizen pon boleh tahan mulut, siap cakap itu ini. Ni antara makcik-makcik bawang yang selalu jaga tepi kain orang,:

Ibu bekerja, hantar anak ke pengasuh = tak sayang anak ke, hantar ke pengasuh
Ibu tak bekerja, jaga anak sendiri = ada kemahiran, belajar tinggi2 tak keje ke?


Dah tu camne? Kerja salah, tak kerja salah. wtf. Ingat kami suka-suka ke nak hantar pengasuh? Anak tu hoiii, bukan anak patung. Korang tau tak yang hati kami ni tak pernah tenteram dan aman bila teringat anak kat rumah pengasuh tu time kami bekerja? Korang yang jaga a…

Mitos vs Fakta

Assalamualaikum

Lama tak bersiaran maklumlah bz menyelamatkan dunia.Huhuhu. Dah macam blog mak mak pulak skarang ni. Terasa kertu pulak.adoii..

Harini nak share pasal isu mak mak yang suka compare anak-anak. i cerita based on pengalaman I sendiri dan orang disekeliling I. kisah benar tau bukan rekaan semata-mata untuk jaga hati. Phuii I tak hipokrit.

Disclaimer: Lain org lain cara dan lain tempat lain kepercayaan. respect each other punya opinion.Jangan ingat kau je betul dan orang tu salah.
Yang baik kita ikut yang tak elok kita tinggal. faham ya...

1) "eh knp kau tak minum soya? minumlah soya masa pregnant bagus taw."
wtf. Ingat I xtau ke keburukan minum soya masa pregnant? Bukan la I ni naif sangat sampai takleh nak beza mana baik dan mana buruk. Daripada minum soya baik I minum susu fresh or susu kambing. Ni tak abis-abis nk suruh minum Air Soya macamlah kulit anak kau cantik sangat. Kalau elok, kau je lah yang minum.Ni end up aku dengar anak kau ada asthma, G6PD, sensi…

Orang sekarang der....

Assalamualaikum..

Kejap je dah nk beraya dah kita. Pejam celik pejam celik dah puasa hari ke 22. Alhamdulillah. Tapi puasa kali ni cam pelik sikit. I kan sejenis yang tak bangun sahur. Tapi kalau Abam Jejai balik, I bangunla siapkan sahur dia. Cumanya I x lalu nak makan pagi-pagi subuh camtu. Pernah sekali, masa balik kampung. Mak I pulak buat Sambal Tempoyak Udang. Manalah I mampu menepis godaan itu. Lantas I amik pinggan dan join depa sahur. hahaha. Lemah betul dengan tempoyak. Pastu...... memang lembik badan I siang hari tu. Eh eh kalau tak sahur tu lek lek je siap leh tawaf mall patblas kali. Betapa powernya energy I klo tak sahur. Sejak dari itu memang I tak sahur. cukup minum air. Siap!

Actually nk cerita pasal mende lain. Haritu pergi pasaraya Hero kat sebelah bangunan office ni. Hero memang best sebab barang yang tak dapat kat Aeon Alamanda dan Mydin, ada kat sini. Yang brand dari luar pon ada. so memang interesting sgt. I suka. Ada sekali tu lalu kat bahagian freezer. terper…

Beza ramadhan dulu dan sekarang

Assalamualaikum

Tengok orang pasang khemah dekat bazar Ramadhan depan opis ni, teringat pulak masa zaman kanak-kanak I dulu.

Masa I kecik,I tinggal dengan Wan. Then masuk Form 1-5 I tinggal kat hostel(padahal jarak rumah dengan hostel dekat je actually kalau nak berulang), so memang best la. Sebab merasa pengalaman berpuasa, bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan.

Ok, I cerita pengalaman masa kanak-kanak dulu. Selalunya persiapan nak sambut Ramadhan sama meriah macam nak sambut raya i tell u. Sebab apa? Sebab Ramadhan kn bulan mulia, fokus ibadat. So Sebelum Ramadhan lagi dah buat kenduri sambut Ramadhan. Meriah uols. Pastu, Wan punya preparation nak puasa memang kemain la... siap buat rendang, beli lauk segala jenis haiwan ada. yg laut, darat, udara semua yg halal la. memang wan jamu habis-habisan sebab nak bg semangat cucu-cucu dia ni berpuasa.

Sebelum puasa dah siap2 cari kayu api. Sebab nanti dah puasa takut tak larat. Kayuapi simpan kat bangsal belakang umah. Senang nak wat ba…