26 Jul 2017

Kadang-kadang

Assalamualaikum

Kadang-kadang je dapat update blog ni. Sorry...I bz sgt menyelamatkan dunia.

7 Jul 2017

Cerita Raya kami - Part 2

Assalamualaikum,

Sambungan dari Part 1..

Hidangan raya
Biasa kalau kat rumah I, menu wajib bila time raya adalah Lemang, Rendang Ayam, Rendang Daging,Sate, Nasi Impit, dan Kuah Kacang. Menu Sampingan pulak depends la kadang-kadang Nasi Dagang, or Mee Kari, Laksa, Mee Sup. Yang ni tengok keadaan lauk apa yang ada. Bahan pon kita akan prepare pada hari kejadian, bukan masak sehari sebelum. Berlainan pula dengan belah mertua. Kat sana dorang buat Lemang juga, tapi tak guna daun Pisang taw. Mereka guna Daun Lerek. (Entah camne eja, i tibai je.)

pic: Mr google

Camni lah lebih kurang rupa Daun Lerek tu. Tujuannya, masa nak makan lemang tak payah belah buluh tu. Just tarik tangkai daun tu. I pon 1st time tgk actually. Sebab kat tempat I, pakai Daun Pisang. Hahaha. Raya kat belah Pekan, yg pasti mereka tak makan Nasi Impit/Ketupat dengan Kuah Kacang. Tapi mereka makan dengan Serunding/Sambal Ikan. Ya, pengalaman juga ni. Hahaha. Kau jangan memandai-mandai minta mende yang tak hado ya. Mak masak Nasi Planta Ayam Masak Merah utk juadah pagi raya. Air pulak, selain dari air panas, kat sana trend hidang air Gas. Rata-rata kami pergi beraya memang dihidangkan air Gas. Tak kira la jenama ke tak jenama ke, belasah je. Perghh memang la sedap. Tapi memikirkan kandungan gulanya, silalah minum banyak air masak utk flush hokey.. Kalau belah I, memang stended Air Oren Sunquick atau kordial je la. Sila la merajin buat air gula utk memudahkan tuan rumah nak bancuh air utk para tetamu.

Bersambung....



Cerita raya kami

Assalamualaikum

Camne sambutan Hari raya korang? Ini tahun kedua iols sambut Hari raya bersama husband dan keluarga mertua. Last year #teamrayabentong. Tahun ni giliran Pekan la pulak. Tapi sebenarnya bagi I tak kisah pun raya kat mana, janji dapat bersama dengan yang tersayang, ye dak?

OOTD Rara Alana




Day 1 Kami decide tema Merah utk Raya tahun 2017. Perghh punya la susah nak cari color yang senada. Sebab kebanyakan butik yang I terjah kebanyakan color pastel. Cissskek sungguh. Baju Abam Jejai custom made cutting Slim Fit tailor Bangunan MARA KL, Baju I pulak Lets Kurung by Nursajat, Baju Ayra KIDS @ Alamanda. Alhamdulillah walaupun color ada sikit lari, tapi dalam gambar nampak senada kan? hahahah belasah la labu. Janji Merah. Belah petang kami meneruskan riang raya ke Beserah. Ayra dah salin uniform. Mana taknya, siap pakej mentahiti dan mandi dekat rumah uncle Din. Terus tukar dress by Poney. Sebelum meneruskan perjalanan beraya ke rumah kawan-kawan lain.


Day 2 kami beraya ke Jerantut. My First time balik kampung actually since kahwin tak pernah lagi ke sana. Lebih kurang 2 jam dari Pekan. Cuaca cantik,tak panas tak hujan. Alhamdulillah dapar beraya jumpa sedara mara dengan riang gembira. Baju I upah tailor cina Bentong, Baju Ayra peplum by Lara Alana @Jakel. Bila beraya petang dah berpeluh-peluh bau pon lebih kurang cam bau kucen, terus mandi and tukar dress by Poney. Setel raya kedua. Jom balik Bentong.



Day 3 Kami beraya ke rumah pakcik-makcik kat Bentong. sebelum meneruskan perjalanan belah petang ke rumah kawan-kawan I pulak. Baju I ready made by IOI City Mall Putrajaya, Baju Ayra by Lara Alana @Jakel.


Day 4 Beraya kat sekitar rumah juran-jiran je. baju kurung Ayra custome made by Wan Rara jahit sendiri. Nak sangat jahit baju cucu nya. Belah petang I dah start pakai Jeans. Ayra pakai shirt n legging by Poney. cuaca panas uols, kena pakai yang selesa dan sejuk. Hahahah pergi beraya rumah cousin I dan terus pergi beli barang di TF Raub.

Day 5 dan seterusnya tak sempat ambil gambar nk OOTD. Hahaha.

Moral of the story dalam misi beli baju raya anak:
1) Kalau dah jumpa kasut yang berkenan tu, sambar je. takyah nak tunggu minggu depan ke dua minggu lagi ke. Sob sob sob. Kisahnya begini, pergi ke Poney Alamanda sebelum puasa, ada la nampak kasut hitam cantik. Memang nak cari yang color hitam supaya nampak matching pakai dengan baju kurung merah. Then salesgirl tu beritahu ada 10% diskaun dari harga asal RM150++. Hati dah berkenan sangat-sangat. Abam Jejai dah suruh ambil,tapi biasalah I, "next week la yang,kita beli sekali harung dengan baju-baju and jeans Ayra". Next week nya kami kesana, amek kau. Sold out. Tinggal color brown jek. Cis. Kami terus ke Poney IOI City Mall, pun tiada. Saiz budak 5 tahun ada la. hahahah padan muka mak kau. Marilah bersama kita berhuhu. Lastly kami ke Parkson Alamanda je, beli kasut Ayra. mujur ada color black. Sabo je la.

2)Time beli baju raya tu kan nk kena test banyak kali kan. So make sure anak punya mood elok. hahhaha. Jangan dia buat drama cam haritu taknak bukak baju yang kami nk test. Sabo je la mak kau ni nak oi....

3)Beli awal lagi bagus, lantak la ada sale ke takde sale ke. Janji size ada.

4) Baju ready made tu better test betul-betul sarung kat badan dia. Sebab nanti ada kes baju muat, kain pulak senteng. Lengan labuh la itu la ini la..

5) Jangan last minute. Nanti ramai orang nk berebut-rebut bersesak-sesak kesian anak...


Kuih Raya
Kuih raya seperti biasa I order je dari akak ni. Memang tetiap tahun I amik kat dia. Tart Nenas dia sedap hoiiii... Cair di mulut. Selagu agen, I ada la jugak orderkan kuih utk rumah sendiri dan utk yang bawak balik kampung. i bukan taknak buat kuih raya, tapi I support bisnes kawan-kawan. Hehe.



Begitulah kisah raya Part 1 kami. Nanti I sambung Part 2.





23 May 2017

Ramadhan 2017

Assalamualaikum..

Bakal bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah diberi kesempatan dan kesihatan yang baik. Semoga ibadah puasa kami diberkatiNya.

Rindunya bila terkenangkan zaman kanak-kanak saat tibanya bulan Ramadhan. Ya Allah aku rindu....

19 Apr 2017

Tips

Assalamualaikum

Hari ni I nk share beberapa tips atau petua orang lama bila bayi anda diserang Selsema, Batuk dan Demam. Kalau korang ada tips yang berguna, bolehlah share sekali ya. Manalah tau kot-kot serasi. I saja nk tulis kat sini bukan apa takut terlupa. Maklumlah kadang-kadang bila jadi camni kita mudah panik. Mulalah tak tahu nak buat yang mana satu.

* Kunyit hidup + minyak masak/Baby Oil
Cara = Potong sedikit kunyit hidup dan dicampurkan bersama minyak masak/baby oil di atas piring. Sapukan kunyit bersama minyak tadi di atas batang hidung Si Manja anda.

* Bawang Putih + minyak masak/Baby Oil
Cara = Bakar Bawang Putih bersama kulit nya. Kemudian campur sedikit minyak masak/Baby Oil ke dalam piring. Sapukan di tapak kaki Si Manja. Boleh juga dipakaikan socks.

* Bawang Putih + Air Panas
Cara = Bakar sebiji/dua Bawang Putih bersama kulit, masukkan kedalam besen yang berisi air panas. Stim kan wap tersebut ke muka bayi. Boleh juga tutup dengan kain supaya wap tidak cepat hilang. Tapi iols tak sampai hati. Cam sauna pulak. Konfirm tak lama selepas itu berebut-rebut lendir keluar

* Lemon
Cara = Bila Ayra diserang Selsema, I suka mandikan dia dengan Mandian Lemon. Berendam dalam bath tub bersama kepingan Lemon. Air suhu biasa. Tak perlu mandikan dengan air Suam.

* Air Asam Jawa
Cara = Jelum kain dalam Air Asam Jawa. Yang ni selalu fail sebab Ayra sangat anti. hahaha. Tempat paling berkesan untuk menurunkan suhu menurut misi adalah di celah kankang dan celah ketiak.

* Air Bunga Raya
Cara = Dikenali sejak zaman tok nenek kita lagi. Memang mujarab. Tapi kat Purajaya ni celah mana nak dapat Daun Bunga Raya kan..so tak pernah la buat.

Rabu

28 Feb 2017

Pecah kaca pecah gelas

Assalamualaikum..

Kisah sedih di penghujung bulan Februari. Uhuk uhuk. Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan menuju ke Raub untuk servis kereta di Pusat Servis Proton. Sambil bergurau senda dan menikmati pemandangan yang indah beserta angin sepoi bahasa mengiringi perjalanan kami. Tiba-tiba...




























Pang!!!







Kami dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat seperti bunyi mercun bola. Binawe! Pecah sudah cermin kereta ku. Padahal bukan kami mengekor belakan lori pun. Ini memang angkara kereta dari lane bertentangan ni. Jilake.

Takde rezeki, apakan daya. Andai sudah tertulis bukan rezeki kami, memang bukan lah ia. I redha. Walaupun hati dan poket I menangis huwaaa....


Rupanya dah memang banyak kes hit & run seperti itu sebelum ini. Geng budak-budak remaja. Astagfirullah al azim. Semoga tuhan je yang membalasnya. Tak baik tau dik, aniaya orang. Doa orang yang teraniaya ni makbul dan tiada hijab. Ingat tu dik!

Petang tu jugak I hantar kereta ke bengkel di Bentong utk proceed tukar cermin. Mujur ada issued Widescreen Insurance. Claim dengan etiqa. Tapi seriously memang frust la dengan apa yang terjadi. Sebab kita dan pandu elok-elok, tak kacau orang. Tapi orang kacau kita. Hmmm.. Semoga diberi hidayah.