Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Baby Changing Room

Assalamualaikum Harini I nk share pengalaman I ke Baby Changing Room. Bagi yang tak familiar, Baby Changing Room ni maksudnya bilik di mana fungsinya adalah sebagai tempat untuk tukar diapers baby, menyusukan baby, dan segala yang berkaitan dengan baby la pendek kata. Sebab tu kebanyakan tempat public seperti Shopping Malls, Airport, memang ada disediakan Baby Changing Room @ Nursing Room ni utk kegunaan para ibu. Nak dijadikan cerita, masa perjalanan pulang dari Melaka hari tu. Rara Alana 'mentahiti' dalam kereta. Jalan pulak jammed ya rabbi. So decided nak cuci di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh. Hentian Jejantas Ayer Keroh ni memang besar. Toilet ada, shower pun ada. Lebih 40 pintu kalau tak silap I. Rara Alana steady,tidur dari dlm kereta lagi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia. Sampai je di hentian tersebut, terus cari Baby Changing Room ni. Ye lah, nk cuci itu ini senang. Masa I sampai, tengok ada sorang amoi tgh beratur. I pon beratur belakang dia sambil

Pahit Manis 2016

Assalamualaikum Lagi beberapa hari, 2016 bakal menutup tirainya. 2017 bakal menyusul tiba. Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup di muka bumi Allah hingga ke hari ini. Jom I share antara kenangan manis-pahit,suka duka I sepanjang 2016. 1. Khalisa Ayra bt Khairul Faizal Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata yang comel dan sihat. Sesungguhnya inilah anugerah terbesar dan terindah yang Allah beri pada kami sekeluarga. Kelahirannya sebagai penawar, disambut dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Ya Allah indahnya saat bergelar ibu. Segala keperluan dan kemahuan Rara akan mama cuba penuhi selagi mama terdaya dan termampu. Aceceh ayat cam dalam drama Samarinda TV3. Semoga Rara sentiasa dibawah lindungan-Nya dan menjadi anak yg solehah. Amin. 2. Arwah Pak long Paklong telah menghembuskan nafas yang terakhir sekitar bulan Mei lalu. Al Fatihah buat waris Paklong sekeluarga. 3. Honeymoon Alhamdulillah rezeki sambut anniversary di Krabi, Thailand tahun ni. Puas dapat berjalan dan mak

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Melaka : Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Assalamualaikum Ok kita bersambung entry mengenai Dinner pulak. Kami decided untuk try test makan dekat Restoran yang tengah viral sekarang ni. Iaitu di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Sungguhkah benar bagai dikata? Lokasinya tak jauh dari bandar Melaka. Lebih kurang 15-20 minit camtu lah. kami keluar lepas magrib, lebih kurang jam 8pm. Sampai kat sana memang ramai orang. Ada yang walk in ada yang dah reserved tempat. Oh ya. Once korang dapat table, dorang akan serve nasi lemak tu. Kemudian ada waiter akan ambil pesanan utk air. lauk pula, korang kena beratur untuk pilih di bahagian lauk basah. Kat situ lah terdapat pelbagai jenis haiwan. Udang,kerang,ketam,sotong ikan dan macam-macam lagi lah. Ini lah menu kami malam tu. Sotong Goreng Tepung 2 ekor, Ketam Telor Masin 2 ekor, Ikan bakar 2 ekor, Nasi Lemak dan Nasi Putih, Air, dan total adalah RM50++ sahaja. Berbaloi. Tak ingat dah sebab Abam Jejai yang pergi bayar. Dan yang paling penting semuanya sedap-sedap. Puas hati sangat

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Melaka : FreePort A'Famosa Outlet

Assalamualaikum Apa khabar semua? Harap semuanya sihat. Maklumlah cuaca tidak menentu sekarang ni. Sekejap hujan sekejap panas. Alhamdulillah Cu telah selamat berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Dan sekarang ni beliau ada di Mekah. Kemudian baru ke Madinah. Yang tu next entry I cerita. Omaigad banyak nye entry tertunggak. Nanti I clear satu-satu k. I is bz menyelamatkan dunia uols.. Ok, harini i nak cerita pasal short vacation kami ke Melaka. Yeeha! Lama tak ke Melaka. Kalau tak silap I, last I ke Melaka rasanya tahun 2014 masa bestie I kahwin. Fuhh 2 tahun jugak tu. Hahaha. patut ingat-ingat lupa jalan dia. Padahal dulu selalu gak ke Melaka ni masa zaman kegemilangan. Aceceh. Kami gerak ke Melaka dari Putrajaya lebih kurang jam 11 pagi hari Jumaat (9hb). Jalan ok, tak jammed. Smooth je perjalanan. Oh ya ini merupakan trip pertama untuk Rara Alana. Excited terlebih la kami ni,padahal baby lek lek je. Hehe. Rara sangat behave sepanjang perjalanan. Cuaca pun redup je ka

Kisah Pengasuh

Assalamualaikum Apa khabar? Hope semuanya sihat dan baik baik ya. Hari ni nak cerita mengenai pengasuh Rara Alana. Nak mula dari mana ya. Ok mula dari baby la eh. (Rara my dear... if you read this,you're always my baby hokeh!) Since lepas cuti bersalin 3bulan tu, memang aku dah bawa Rara Alana balik ke Putrajaya stay dengan aku. Aku tumpang sementara dengan pengasuh merangkap wife ex boss aku yang dipanggil Mama Ina. Memang bagus dia jaga. Lagipun Rara kecik lagi so kerjanya tido aje tak meragam la kan. Anak boss aku tu pun dah sayang sgt dengan Rara. Sampaikan masa aku last day hantar, dia pagi-ptg-siang-malam wassap nk tengok gambar Rara. Tapi tak lama pun aku hantar Rara ke sini. Sebabnya aku dah dapat pengasuh baru di kawasan rumah aku. Lagipun kesian dekat wife bos aku tu, ada baby lain juga yang dia jaga. Beza 2 bulan dari Rara. Baby boy. Faham-faham lah kalau baby ni mesti nak perhatian kan. Dua-dua tengah nk bergolek meniarap. Kak Ina memang tak bagi aku ambil Rara

Khamis