Skip to main content

Pahit Manis 2016

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari, 2016 bakal menutup tirainya. 2017 bakal menyusul tiba. Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup di muka bumi Allah hingga ke hari ini. Jom I share antara kenangan manis-pahit,suka duka I sepanjang 2016.

1. Khalisa Ayra bt Khairul Faizal
Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata yang comel dan sihat. Sesungguhnya inilah anugerah terbesar dan terindah yang Allah beri pada kami sekeluarga. Kelahirannya sebagai penawar, disambut dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Ya Allah indahnya saat bergelar ibu. Segala keperluan dan kemahuan Rara akan mama cuba penuhi selagi mama terdaya dan termampu. Aceceh ayat cam dalam drama Samarinda TV3. Semoga Rara sentiasa dibawah lindungan-Nya dan menjadi anak yg solehah. Amin.


2. Arwah Pak long
Paklong telah menghembuskan nafas yang terakhir sekitar bulan Mei lalu. Al Fatihah buat waris Paklong sekeluarga.

3. Honeymoon
Alhamdulillah rezeki sambut anniversary di Krabi, Thailand tahun ni. Puas dapat berjalan dan makan-makan di sana. Tahun depan ke mana pulak kita ya. Insyaallah kalau ada rezeki dan panjang umur.


4. Umrah
Alhamdulillah rezeki Cu menunaikan umrah pada tahun ni. Moga-moga ada rezeki kami pula lepas ni. Amin.


5. Rara's first trip to Melaka
Alhamdulillah berkesempatan bawa Rara makan angin cuci mata ke Melaka. Seronok sangat. Nanti kita repeat k. Insyaallah.


Setakat ni je dulu yang I boleh share kan. Semoga tahun 2017 lebih membawa sihar kebahagiaan kepada kita semua.

Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok membawa harapan

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...