Skip to main content

Baby Changing Room

Assalamualaikum

Harini I nk share pengalaman I ke Baby Changing Room. Bagi yang tak familiar, Baby Changing Room ni maksudnya bilik di mana fungsinya adalah sebagai tempat untuk tukar diapers baby, menyusukan baby, dan segala yang berkaitan dengan baby la pendek kata. Sebab tu kebanyakan tempat public seperti Shopping Malls, Airport, memang ada disediakan Baby Changing Room @ Nursing Room ni utk kegunaan para ibu.

Nak dijadikan cerita, masa perjalanan pulang dari Melaka hari tu. Rara Alana 'mentahiti' dalam kereta. Jalan pulak jammed ya rabbi. So decided nak cuci di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh. Hentian Jejantas Ayer Keroh ni memang besar. Toilet ada, shower pun ada. Lebih 40 pintu kalau tak silap I. Rara Alana steady,tidur dari dlm kereta lagi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia.

Sampai je di hentian tersebut, terus cari Baby Changing Room ni. Ye lah, nk cuci itu ini senang. Masa I sampai, tengok ada sorang amoi tgh beratur. I pon beratur belakang dia sambil dukung Rara yang tgh tidur ni. 5minit tunggu, tak keluar juga. I pun melilau kat area tu kot ada lagi Baby Changing Room yang lain. Pusing-pusing, xde. So kembali la beratur.

Tunggu punya tunggu, tak keluar juga. I try ketuk pintu sebab berkunci. Kot la yang di dalam tu ingat takde org tengah menunggu kat luar ni kan. Then ada makcik 2-3 orang yang duduk kt tepi longkang tu ckp,"mandi kot...". I dah naik geram la pulak. Yang amoi ni rilek je dia. Ye lah, anak baby ringan lagi,boleh la. Hahaha.

Then, tak lama tu yang dinanti pun keluar. Almost 10 min since dari I sampai. Korang tahu siapa??? A mother with her 2 kids take a shower together-gether inside Baby Changing Room dengan riang gembiranya. And her two kids pulak already not A BABY OR TODDLER pon! Dah besar standard Pra Sekolah dah pun. Hish. Geram!!!! Dengan muka tak bersalahnya. Hish. Sakit pulak hati kita. Merasa maki hamun dalam hati.

I tak faham dengan mentaliti orang kita ni. Padahal kt toilet tu ada section untuk Shower. Lagi besar dan selesa. Entah apa kejadahnya nak mandi kat Baby Changing Room ni pun sampai sekarang I tak boleh nk brain. Bukan kena bayar pun cik kak oi kalau mandi kat bahagian Shower dalam tu. Dah la menyusahkan kaum ibu. Takde pulak nk say sorry sebab menunggu ke apa ke.

Then, amoi tu pun masuk ke dalam Changing Room tu. Dia tak tutup pun pintu. Tp I bagi dia privacy la. I tunggu sampai dia siap baru I pulak masuk untuk tukar diapers my princess yang masih lg ketiduran itu.

Moral of the story is, Jadilah manusia yang bertimbang rasa dan bertanggungjawab. Kalau nak mandi silalah ke ruangan Shower. Jangan menyusahkan kaun Ibu yang lain untuk gunakan Baby Changing Room. Jangan Selfish. Jangan menyusahkan orang.

Sekian,terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Idaman Suri vs Hj Ismail Group

Salam, Bagi yang merancang utk bercuti dan membeli belah di Langkawi, meh ai nak share tips-tips yg berguna untuk korang agar tidak merasa menyesal di kemudian hari Pelbagai jenis coklat Ai perasan yang harga barang-barang kat sini memang tak banyak beza. Korang kena pandai pilih. contoh macam dekat Idaman Suri ai beli Ferrero Rocher 30's pada harga RM19.00 manakala dekat Hj Ismail Group dalam RM23.00. Kitkat saiz dan bilangan yang sama di Idaman Suri pulak RM11.50 manakala dekat Hj Ismail Group RM9.90. Yang best dekat Hj Ismail Group nih, dia letak harga borong. Contoh kalau coklat Daim untuk satu pek adalah RM14.90 tapi kalau beli tiga jadi RM37. Idaman Suri takde yang camtuh. So lebih jimat kalau beli di Hj Ismail Group.  Rokok Rokok pulak sama harga je even kat kedai tepi jalan area Pantai Chenang tu pun ai perasan harga dia sama je. Antara RM47-RM62 bergantung pada jenama rokok tersebut. So tak perlu nak survey2,sama je harga dia ya tuan-tuan dan puan-puan