Skip to main content

Melaka : Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Assalamualaikum

Ok kita bersambung entry mengenai Dinner pulak. Kami decided untuk try test makan dekat Restoran yang tengah viral sekarang ni. Iaitu di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Sungguhkah benar bagai dikata? Lokasinya tak jauh dari bandar Melaka. Lebih kurang 15-20 minit camtu lah. kami keluar lepas magrib, lebih kurang jam 8pm. Sampai kat sana memang ramai orang. Ada yang walk in ada yang dah reserved tempat.


Oh ya. Once korang dapat table, dorang akan serve nasi lemak tu. Kemudian ada waiter akan ambil pesanan utk air. lauk pula, korang kena beratur untuk pilih di bahagian lauk basah. Kat situ lah terdapat pelbagai jenis haiwan. Udang,kerang,ketam,sotong ikan dan macam-macam lagi lah.

Ini lah menu kami malam tu. Sotong Goreng Tepung 2 ekor, Ketam Telor Masin 2 ekor, Ikan bakar 2 ekor, Nasi Lemak dan Nasi Putih, Air, dan total adalah RM50++ sahaja. Berbaloi. Tak ingat dah sebab Abam Jejai yang pergi bayar. Dan yang paling penting semuanya sedap-sedap. Puas hati sangat kami makan dekat sini. Servis slow biasa lah, orang ramai kan. Tapi berbaloi wa cakap lu. Malam tu boleh tidur sambil gosok perut yang kekenyangan.

Bersambung...


p/s: Next entry kami ke Oceanarium, The Shore

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Day 3 : Hotspring & Emerald Pool

Assalamualaikum Hari ni kita sambung perjalanan ke Kolam Air Panas dan Emerald Pool. Sebelum ke Krabi lagi I dan buat research pasal tempat ni. Kiranya memang wajib pergi lah. Rata-rata blog yang I terjah tangkap gambar yang superb.I memang teringin sangat nak tengok depan mata keunikan warna air yang kebiru-biruan seperti blogger tu kongsikan dalam blog mereka. Alhamdulillah tuhan makbulkan hajat I bila mana Abam Jejai setuju nk ikut tour ni. Perjalanan kami ke Hotspring & Emerald Pool menaiki mini van Pregio bernombor plat 1416 dan pemandunya Abg Harun. Tour Guide sorang lagi tu lupa pulak namanya. **SUMMARY PACKAGE** Agent : Barracudas Tours Masa : 9.00am - 2.00pm (waktu Thailand) Harga : 500 baht Package include : Entry to Hotspring & Emerald Pool, Tour Guide, Transport pick up direct from/to hotel Kebanyakan yang I survey, paling murah mereka dapat package ni 700 baht. Itu pun kalau guna agent. Kalau walk in sendiri, entrance fee 1000baht. Ramai tanya, macamman