6 Dec 2016

Kisah Pengasuh

Assalamualaikum

Apa khabar? Hope semuanya sihat dan baik baik ya. Hari ni nak cerita mengenai pengasuh Rara Alana. Nak mula dari mana ya. Ok mula dari baby la eh. (Rara my dear... if you read this,you're always my baby hokeh!)

Since lepas cuti bersalin 3bulan tu, memang aku dah bawa Rara Alana balik ke Putrajaya stay dengan aku. Aku tumpang sementara dengan pengasuh merangkap wife ex boss aku yang dipanggil Mama Ina. Memang bagus dia jaga. Lagipun Rara kecik lagi so kerjanya tido aje tak meragam la kan. Anak boss aku tu pun dah sayang sgt dengan Rara. Sampaikan masa aku last day hantar, dia pagi-ptg-siang-malam wassap nk tengok gambar Rara.

Tapi tak lama pun aku hantar Rara ke sini. Sebabnya aku dah dapat pengasuh baru di kawasan rumah aku. Lagipun kesian dekat wife bos aku tu, ada baby lain juga yang dia jaga. Beza 2 bulan dari Rara. Baby boy. Faham-faham lah kalau baby ni mesti nak perhatian kan. Dua-dua tengah nk bergolek meniarap. Kak Ina memang tak bagi aku ambil Rara sebenarnya, dia nak jaga. Punya la dia pujuk aku utk stay je kat situ. Aku pun nampak dia sayang Rara. Siap bagi duit raya kat Rara walaupun bulan puasa pun belum time tuh. Hehe.

Iklan mencari pengasuh Abam Jejai dah tampal since aku dalam tempoh Cuti Bersalin. Ramai juga yang beri respon positif sebenarnya. Tapi setelah aku fikir-fikirkan, aku memilih Umi Laila sebagai pengasuh baru Rara. Banyak la kriteria yang aku pertimbangkan sebenarnya. Yelah, bukan simply-simply kita nak cari pengasuh anak kita kan. Nyawa tu oii.. Pengasuh baru ni cuma selang beberapa blok sahaja dari blok aku. Satu advantage sebab tak perlu nak mengharungi jammed kat roundabout tuh.

Umi Laila ni lembut sangat orangnya. Cakap pun berhalus je bak kata orang Pahang. Umur 30an. Anak 2 org. Kakak 4tahun, adiknya 2 tahun. Bila time bulan puasa,tiap kali aku nak ambil Rara, dia ada je nk sedekah kat aku. Kadang-kadang kuih la, murtabak lah, itu la ini lah. Sampai naik segan aku. Padahal aku dah beritahu dia takyah susah-susah. Bukan apa,aku taknak membazir bila tak habis makan. Membazir tu kan amalan syaitan nirrojim.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tghari. Aceceh hahaha, ngek betul la bermadah-madah pulak. Tak lama lepas tu Umi Laila disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki. So standby la aku mencari pengasuh lain. Walaupun Umi Laila berkeras juga nak jaga Rara. Aku bukan apa, risau dia tak sihat atau tak larat je. Maklumlah aku pun pernah mengandung. Aku faham semua tu. Aku ada juga berpesan pada Umi, 'Kalau akak x larat atau ada apa-apa terus beritahu saya, dengan sepantas kilat saya balik'.Gitu. Aku kasihan kat dia tak cukup rehat. Dengan anak 2 orang nak jaga, Rara Alana lagi.

Hinggalah..... to be continue











































No comments:

Post a Comment