19 Apr 2017

Tips

Assalamualaikum

Hari ni I nk share beberapa tips atau petua orang lama bila bayi anda diserang Selsema, Batuk dan Demam. Kalau korang ada tips yang berguna, bolehlah share sekali ya. Manalah tau kot-kot serasi. I saja nk tulis kat sini bukan apa takut terlupa. Maklumlah kadang-kadang bila jadi camni kita mudah panik. Mulalah tak tahu nak buat yang mana satu.

* Kunyit hidup + minyak masak/Baby Oil
Cara = Potong sedikit kunyit hidup dan dicampurkan bersama minyak masak/baby oil di atas piring. Sapukan kunyit bersama minyak tadi di atas batang hidung Si Manja anda.

* Bawang Putih + minyak masak/Baby Oil
Cara = Bakar Bawang Putih bersama kulit nya. Kemudian campur sedikit minyak masak/Baby Oil ke dalam piring. Sapukan di tapak kaki Si Manja. Boleh juga dipakaikan socks.

* Bawang Putih + Air Panas
Cara = Bakar sebiji/dua Bawang Putih bersama kulit, masukkan kedalam besen yang berisi air panas. Stim kan wap tersebut ke muka bayi. Boleh juga tutup dengan kain supaya wap tidak cepat hilang. Tapi iols tak sampai hati. Cam sauna pulak. Konfirm tak lama selepas itu berebut-rebut lendir keluar

* Lemon
Cara = Bila Ayra diserang Selsema, I suka mandikan dia dengan Mandian Lemon. Berendam dalam bath tub bersama kepingan Lemon. Air suhu biasa. Tak perlu mandikan dengan air Suam.

* Air Asam Jawa
Cara = Jelum kain dalam Air Asam Jawa. Yang ni selalu fail sebab Ayra sangat anti. hahaha. Tempat paling berkesan untuk menurunkan suhu menurut misi adalah di celah kankang dan celah ketiak.

* Air Bunga Raya
Cara = Dikenali sejak zaman tok nenek kita lagi. Memang mujarab. Tapi kat Purajaya ni celah mana nak dapat Daun Bunga Raya kan..so tak pernah la buat.

Rabu