Skip to main content

Tips

Assalamualaikum

Hari ni I nk share beberapa tips atau petua orang lama bila bayi anda diserang Selsema, Batuk dan Demam. Kalau korang ada tips yang berguna, bolehlah share sekali ya. Manalah tau kot-kot serasi. I saja nk tulis kat sini bukan apa takut terlupa. Maklumlah kadang-kadang bila jadi camni kita mudah panik. Mulalah tak tahu nak buat yang mana satu.

* Kunyit hidup + minyak masak/Baby Oil
Cara = Potong sedikit kunyit hidup dan dicampurkan bersama minyak masak/baby oil di atas piring. Sapukan kunyit bersama minyak tadi di atas batang hidung Si Manja anda.

* Bawang Putih + minyak masak/Baby Oil
Cara = Bakar Bawang Putih bersama kulit nya. Kemudian campur sedikit minyak masak/Baby Oil ke dalam piring. Sapukan di tapak kaki Si Manja. Boleh juga dipakaikan socks.

* Bawang Putih + Air Panas
Cara = Bakar sebiji/dua Bawang Putih bersama kulit, masukkan kedalam besen yang berisi air panas. Stim kan wap tersebut ke muka bayi. Boleh juga tutup dengan kain supaya wap tidak cepat hilang. Tapi iols tak sampai hati. Cam sauna pulak. Konfirm tak lama selepas itu berebut-rebut lendir keluar

* Lemon
Cara = Bila Ayra diserang Selsema, I suka mandikan dia dengan Mandian Lemon. Berendam dalam bath tub bersama kepingan Lemon. Air suhu biasa. Tak perlu mandikan dengan air Suam.

* Air Asam Jawa
Cara = Jelum kain dalam Air Asam Jawa. Yang ni selalu fail sebab Ayra sangat anti. hahaha. Tempat paling berkesan untuk menurunkan suhu menurut misi adalah di celah kankang dan celah ketiak.

* Air Bunga Raya
Cara = Dikenali sejak zaman tok nenek kita lagi. Memang mujarab. Tapi kat Purajaya ni celah mana nak dapat Daun Bunga Raya kan..so tak pernah la buat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Idaman Suri vs Hj Ismail Group

Salam, Bagi yang merancang utk bercuti dan membeli belah di Langkawi, meh ai nak share tips-tips yg berguna untuk korang agar tidak merasa menyesal di kemudian hari Pelbagai jenis coklat Ai perasan yang harga barang-barang kat sini memang tak banyak beza. Korang kena pandai pilih. contoh macam dekat Idaman Suri ai beli Ferrero Rocher 30's pada harga RM19.00 manakala dekat Hj Ismail Group dalam RM23.00. Kitkat saiz dan bilangan yang sama di Idaman Suri pulak RM11.50 manakala dekat Hj Ismail Group RM9.90. Yang best dekat Hj Ismail Group nih, dia letak harga borong. Contoh kalau coklat Daim untuk satu pek adalah RM14.90 tapi kalau beli tiga jadi RM37. Idaman Suri takde yang camtuh. So lebih jimat kalau beli di Hj Ismail Group.  Rokok Rokok pulak sama harga je even kat kedai tepi jalan area Pantai Chenang tu pun ai perasan harga dia sama je. Antara RM47-RM62 bergantung pada jenama rokok tersebut. So tak perlu nak survey2,sama je harga dia ya tuan-tuan dan puan-puan