Skip to main content

Pengalaman bersalin anak ke2 (Part 1)

Assalamualaikum Pejam celik pejam celik kejap je rasa dah masuk bulan Ogos. Banyak nak dikongsi cerita-cerita sepanjang 8 bulan ni, tapi masa amat mencemburui kita. Mana yang ingat nanti I share k. Kita mulakan dengan rezeki anugerah terindah 2020. Alhamdulillah I dah selamat bersalin khalifah kedua, bayi lelaki seberat 3.12kg pada 4 Januari 2020 jam 4.28am; Normal delivery dan Natural Birth. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Kronologi kelahiran nanti I share. Tapi I cam ingat-ingat lupa dah ni. Hehe. Due date 11 Januari 2020, tapi I neves jugak kalau terkeluar awal sebab I kalau boleh memang nak Januari 2020, taknaklah Disember 2019. Kang kesian dia paling bongsu dlm kelas. Alhamdulillah Allah perkenankan. 3 Januari (Jumaat) pagi masa nak mandi pergi kerja,ada blood show. I relax je, sebab tak rasa sakit apa. Just mandi macam biasa, siapkan Ayra pergi sekolah, dan I terus ke hospital sebelum ke office pagi tu. Call suami. Die kata nak terus gerak dari Pekan lepas masuk office nak lapor diri kat pejabat baru pagi tu. Eh dia lak yg neves habis, bini relax je ni. Sampai hosp bgtau nurse ada blood show tapi tak sakit. Nurse suruh balik berehat dulu sebab katil tengah full. I pun melenggang kangkung je la balik. Dalam kereta mula berfikir ni kang kalau pergi office tiba-tiba terberanak kat office haru jugak ni. Gulp. Cyberjaya nak ke Putrajaya adalah dlm 15min tapi siapa pulak nk drive kan kereta ni kang. Mau terberanak dlm kereta. So i pon decided untuk mencutikan diri sendiri haritu. I pon balik berehat kat rumah semantara tunggu husband sampai. Elok dia sampai je moh le kita mengisi perut.Teringin nak makan Nasi Kandar. Ayuh kita ke Line Clear Restaurant kat Diplomatik bawah rumah tu je. Bgtau suami teringin nak makan Nasi dengan Papadom dan semestinya air Sirap jgn dilupa. Elok sampai je, waiter beritahu papadom habis. Kecewa rasa. Sebabnya dah terbayang kerangupan papadom makan dgn nasi dari dalam kereta lagi. Sekali I nak pergi basuh tangan kat sinki belakang, I nampak sebalang papadom. Bgtaw kat suami. Suami pun pergi kat cashier bgtaw nak papadom sambil tunjuk kat belakang tu. cashier tu bgtaw tu bukan utk customer sebab dh masuk angin. tapi suami insist jugak sebab bini nak beranak dah dia kata hahaha. Alhamdulillah dapatla merasa Nasi Kandar dgn Papadom bila cashier tu pon suruh waiter hantar sepinggan. To me ok je papadom tu, tak masuk angin cuma dia just nak jaga kualiti la nak bg yg the best utk customer LC. Tahniah. OK perut dh kenyang marilah kita berhuhu. Petang sempat ambil anak balik sekolah pastu berjalan pergi Pasar Malam. Husband dok la tanya sakit tak, nak pergi hosp tak, adehhh dia yang cuak. Padahal I sikit pon tak rasa sakit apa cam xde tanda nak beranak je lagi. Sejam sekali dok tanya ayg tak sakit lg ke. hahaha.. I just bgtaw maybe esok lusa kot beranak. Konpiden kan. Malam tu tidur cam biase je. still takde rasa sakit sampailah..... jam 2.30am I terjaga rasa cam senggugut.Gulp. Dah sampai masa ke ni. Tapi memandangkan ni anak kedua dan I pon dan experienced contraction tu camne, so I cool je la. Kejut suami, bgtaw ada rasa sakit ni. Check panties xde blood show ke apa. So I relax (sempat la wat squat mana mampu) kat depan tv sementara suami mandi dan call adik dia untuk ambil Ayra. We decided utk terus jumpa di Hosp and pass Ayra kat sana je. Dalam pukol 3.30am, sampai di Hospital. Pass Ayra kat pokcu dia. dia mamai lagi time ni hehe kesian dia. bertabahla nak, mak ngko nak berjuang ni. Terus ke Labour Room, misi terus wat prosedur CTG, check jln da 4cm. Alhamdulillah. I memang berharap kalini tak lama bertarung dalam Labour Room. CTG check heart rate baby cam tak berapa cantik. Laju. So dlm jam 4am doc decided utk pecahkan air ketuban bimbang baby dan berak kat dalam. Plup. Panas. Clean doc cakap. Insyaallah takde pape doc beritahu, ibu jgn risau ya. Lepas siap ambil darah cucuk jaruk semua tu, dorg tolak I masuk Labour Room. Kebetulan malam tu tak ramai patient. 2 bilik je yg occupied termasuk I. So misi2 memang mode standby je la xde rushing2. ......to be continue

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Petua hilangkan jaundice

Assalamualaikum.. Harini nak share journey Anaqi vs jaundice. Alhamdulillah disebabkan dah ada pengalaman masa Ayra dulu, so kalini I memilih untuk jadi seorang ibu yang bijak dan tidak berguru dengan Mr Google yang bagi petua merepek-repek utk hilangkan jaundice baby. Alhamdulillah, kalini Anaqi bebas sepenuhnya dari Jaundice dlm masa 10 hari sahaja. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Tips? Mudah. Apa yg I amalkan adalah I bf Anaqi all day long. Stended la baby kalau jaundice dia mmg akan suka tido. So I kejutkan dia every couple hour untuk feedingkan dia. Mata dia pejam pun, I sua kan aje. hahaha paksa rela namanya ni. Memang tak sumbat pape yang merepek pun. 100% breastmilk. Doc pun impress sebab berat Anaqi naik mendadak dalam masa selang sehari setiap kali check up. Ada sekali tu masa nurse datang rumah. Berat Anaqi dah 4kg++ within 3days.Sehari paling banyak dia bolehnaik 700gram++. Terkejut nurse tu,jangankan nurse, I pun terkejut. No wonderlah jaundice dia cepat hilang....