Skip to main content

Day 2 : Phi Phi Island Tour

Assalamualaikum

Bersambung dari previous entry

Package kami termasuk transport yang akan ambil dan hantar direct terus ke hotel. Ada additional Entrance fee untuk National Park sebanyak 400baht.


Sebelum terlupa,time di Thailand adalah lewat sejam dari time Malaysia. Kalau di Malaysia pukul 10am, di Thailand adalah 9am.

SUMMARY PHI PHI ISLANDS TOUR

Agent : Barracudas Tours & Travel
Transport : Speedboat
Harga : 800 baht
Masa : 9am- 4pm (Waktu Thailand)
Pulau yang dilawati : Bamboo Island-Lohsamah Bay-Pileh Bay-Maya Bay-Monkey Bay-Viking Bay- Phi Phi Don Island
Lunch : Phi Phi don Island
Snorkelling : 2x
Pakej termasuk : Tour Guide, Halal Food, Fruits and Drinks dan peralatan Snorkelling

Bangun pagi tu, get ready saja tunggu van pickup dari hotel. Selesai dia kumpulkan semua orang, terus bergerak ke Ao Nang untuk ambil sticker. Dan kemudian terus bergerak ke jeti intuk naik bot. Kalau sebelum ni pakej yang aku ambil di Phuket, mereka akan beri briefing dan snack untuk alas perut. Juga ubat tahan muntah untuk elak dari mabuk laut sepanjang perjalanan dalam bot. Setelah berpengalaman naik speedboat ke Phuket dan Sabah sulu, aku confident yang takkan ada insiden sebegitu. Mihmihmih



Bamboo Island. Pulau pertama kami singgah. Subhanallah cantik sesangat. Aku dah tingtong time nih. Hahahahaha. Kesian Abam jejai terpaksa melayan karenah bini dia nih.


Kami kemudiannya berhenti lunch di Phi Phi Don. Makanan Halal ya jgn risau. Kaw-kaw mkn time nih. Maklumlah kelaparan seharian main air. Perhentian terakhir sebelum balik ke darat adalah Snorkelling. Walaupun diriku ini sejenis gayat dengan air, namun itu tidak menghalang untuk menikmati keindahan ciptaan Allah. Subhanallah cantiknya.




Dalam pukul 4 lebih, selesai dari Snorkeling terus gerak balik ke jeti di Ao Nang. Kami dihantar ke hotel masing-masing menaiki tut tut versi panjang. Dalam perjalanan pulang, hujan turun. Sejuk ya amat. Tamat sudah pengembaraan kami di hari kedua di Krabi. Pulang ke hotel, mandi dan berehat sebelum kami ke Pasar Malam. Yang itu di next entry.

bersambung......





Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Idaman Suri vs Hj Ismail Group

Salam, Bagi yang merancang utk bercuti dan membeli belah di Langkawi, meh ai nak share tips-tips yg berguna untuk korang agar tidak merasa menyesal di kemudian hari Pelbagai jenis coklat Ai perasan yang harga barang-barang kat sini memang tak banyak beza. Korang kena pandai pilih. contoh macam dekat Idaman Suri ai beli Ferrero Rocher 30's pada harga RM19.00 manakala dekat Hj Ismail Group dalam RM23.00. Kitkat saiz dan bilangan yang sama di Idaman Suri pulak RM11.50 manakala dekat Hj Ismail Group RM9.90. Yang best dekat Hj Ismail Group nih, dia letak harga borong. Contoh kalau coklat Daim untuk satu pek adalah RM14.90 tapi kalau beli tiga jadi RM37. Idaman Suri takde yang camtuh. So lebih jimat kalau beli di Hj Ismail Group.  Rokok Rokok pulak sama harga je even kat kedai tepi jalan area Pantai Chenang tu pun ai perasan harga dia sama je. Antara RM47-RM62 bergantung pada jenama rokok tersebut. So tak perlu nak survey2,sama je harga dia ya tuan-tuan dan puan-puan