Skip to main content

Day 3 : Nightlife

Assalamualaikum

Selepas perut yang berkeroncong telah selamat diisi, kami meneruskan sesi menghabiskan mata wang thai baht di dalam wallet Abam Jejai. Sempat sambar souvenier untuk sanak saudara dan kenalan di Malaysia. Phuii... Cam pergi Paris New York je ayat tu kan..

Tapi seriously harga berbeza sangat berbanding dengan di Krabi Night Market. Tshirt ala-ala je pun dia letak 200 baht. Kat Krabi baru 100baht. Belum tawar menawar lagi tu. Nampak tak? So sesiapa yang ke Krabi, jgn lupa singgah di Krabi Night Market. Ada yang cakap depan masjid ada yang murah-murah jual atas meja. Tapi kami tak smepat ke sana. Tak dapat nak review.

Setel beli barang semua, kami ke salah sebuah spa utk refleksologi. Harga asal dia letak 250baht/pax. Selepas tawar menawar dapatlah 200 baht/pax. Best tu, mana nak dapat harga tu kalau kat KL ni kan. Di sini lah kisah kelakar itu berlaku. Abam Jejai buat lawak. Ada ke patut masa nak bayar tu, zip seluar Abam Jejai tersangkut sampai tak boleh buka. 2,3 orang juga lah try tarik tapi tak boleh juga. Sampai terkeluar pisau dan gunting. At last, Abam Jejai koyakkan aje bahagian bawah dalam seluar dia tuh. Sayang tu memang lah sayang. Tapi nak buat camne kan, itu je caranya.

Pondan berlambak bawah ni. Diaorang buat show. Sambil jalan tu dia edar flyers. I bagi Abam Jejai can bergambar dgn pondan, dia taknak pulak. cantik baq ang....! kulit dia, mekap dia perghhh tak gaya langsung mcm pondan. Te*** takyah cakap la memang nak terkeluar.cissss

Siap tuh, kami pergi dengan live band depan hotel. Sebenarnya Abam Jejai nak tengok MU. Ada game malam tu.Pukul 11 baru start. 2nd half sambung tengok kat hotel. Good night Krabi...

Bersambung....




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...