Skip to main content

bercuti ke Bali part 2

Assalamualaikum,

Bersambung dari Part 1.

Hari kedua kami di Bali dimulakan dengan breakfast. Then amik supir dalam jam 10am. Bermulalah tour ke Kintamani. Tapi supir terlajak rajin sampai semua tempat yg I tak list pon dia bawak. Sedikit buang masa di situ bukan apa, I tak interested pon sebenarnya. tapi apakan daya, dah tempat orang, dia pujuk juga kata rugi dan nyampei tidak pergi,kakak.... hahaha layankan aje lah.

Perjalanan ke Kintamani mengambil masa lebih kurang 3 jam, dari bandar Kuta. tapi dah disebabkan banyak menyinggah, ha memang lambat la. Tapi ok je. Supir bawa kami ke tempat proses silver, batik, ukiran kayu dan sebagainya. Dalam perjalanan nak ke Kintamani sempat berhenti tepi jalan untuk tangkap gambar di Tegalalang Paddy Terrace. Cantikkkk weh! korang leh tgk view kehijau-hijauan dari tepi jalan juga. memang menarik!


Dah nak sampai ke puncak Kintamani which is boleh nampak view Gunung Berapi Batur, suhu makin dingin. Kabus tebal oo... Kiri kanan orang tanam dan jual sayur-sayuran, buah-buahan. Lebih kurang cam CH la.


Supir bawa kami ke Sari Ratu Restaurant. Hati-hati di luar restaurant tersebut ramai penjual-penjual yang menjual hasil tanaman dan kraf. No bargain! sebab nanti terpaksa beli. Supir dah pesan sebelum kami turun. Makan di restaurant ni konsepnya adalah Buffet. Satu kepala lebih kurang RM40 duit Malaysia. Bolehlah, sesekali kan. Jangan risau, kat restoren ni halal. boleh makan semua nya tanpa ragu-ragu. Abam Jejai offer supir makan sekali. Segan-segan dia. Setel bergambar kami pun beransur pulang.

Dalam perjalanan pulang sempat singgah ke tempat proses Kopi Luwak. Tudia.. Kopi Luwak dari najis musang. I x minum pun. Dia bg tester segala macam jenis kopi korang boleh pilih dan rasa. kemudian ada coffee gift shop untuk beli merchandise sebagai ole ole. Actually berlambak tempat proses Kopi Luwak ni sepanjang jalan tu. Ikut supir korang nak berhenti kat mana.

Setel di sini, kami bergerak pulang ke Kuta. Jalan jem oii sebab petang clash ngan time orang balik kerja. rasakan! hahahha. Sebelum pulang, minta supir hantar kami ke Krisna dan Agung Bali untuk beli cenderahati. Harga? Boleh la ada pro & cons. Tak de banyak beza, sama je. Sempat singgah ke Hard Rock Cafe (laki bini collet Tshirt hard Rock) so layankan aje.


Anak pun dan tidur. bengkok pinggang mak kau nk mendukung jadi marilah kita pulang ke hotel untuk meluruskan pinggang setelah seharian kita keluar. Malam tu kita order food room service je,tak larat dah nak keluar cari makan. Dasar...

To be continue...







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Idaman Suri vs Hj Ismail Group

Salam, Bagi yang merancang utk bercuti dan membeli belah di Langkawi, meh ai nak share tips-tips yg berguna untuk korang agar tidak merasa menyesal di kemudian hari Pelbagai jenis coklat Ai perasan yang harga barang-barang kat sini memang tak banyak beza. Korang kena pandai pilih. contoh macam dekat Idaman Suri ai beli Ferrero Rocher 30's pada harga RM19.00 manakala dekat Hj Ismail Group dalam RM23.00. Kitkat saiz dan bilangan yang sama di Idaman Suri pulak RM11.50 manakala dekat Hj Ismail Group RM9.90. Yang best dekat Hj Ismail Group nih, dia letak harga borong. Contoh kalau coklat Daim untuk satu pek adalah RM14.90 tapi kalau beli tiga jadi RM37. Idaman Suri takde yang camtuh. So lebih jimat kalau beli di Hj Ismail Group.  Rokok Rokok pulak sama harga je even kat kedai tepi jalan area Pantai Chenang tu pun ai perasan harga dia sama je. Antara RM47-RM62 bergantung pada jenama rokok tersebut. So tak perlu nak survey2,sama je harga dia ya tuan-tuan dan puan-puan