Skip to main content

Bercuti ke Bali Part 3

Assalamualaikum

bersambung dari part 2


Hari ke3 di Bali, tiada apa-apa program. Kami memilih untuk relax dan jalan sendiri tanpa supir. Jadinya memang heaven la dapat breakfast kat hotel dan relax sementara nk check out dan check in di hotel lain area Seminyak. Saja kami memang suka cuba try test stay hotel yg berbeza untuk merasa suasana yang berbeza.

Kami memilih untuk stay di Ramada encore Seminyak. Security high class. Setiap kereta keluar masuk akan di scan bomb terlebih dahulu untuk memastikan keselamatan guest. Cam kat airport pulak. cumanya kita takyah keluar dari kereta la. Uber dan Grab pon tak boleh masuk dalam ni. Shuttle percuma ke Kuta dan Seminyak turut disediakan untuk kemudahan tetamu tapi kena booking takut full.


pic; google.

I choose Executive Room, ada balkoni. memang besar bilik sini siap ada kichenette area dan microwave. Senang nak panaskan lauk. Semua complete termasuk pinggan cawan sudu garfu semua.


Disebabkan kami memilih untuk stay relax je so takde aktiviti hari ni . Ayra main kat swimming pool je dgn papa dia. I tunggu kat tepi sebab takde bikini hahahahhaa. Memang cozy hotel ni, boleh dikatakan mmg pilihan mat saleh. boleh kata kami yg Islam ni tak sampai sepuluh orang kot.

Untuk dinner kami memilih untuk ke Bale Udang Mang Engking. Sedapppp.. Suasana restaurant nya pon romantik je. Ada pondok2 atas air juga tapi kami tak pilih lah yang tu , amik yg table biasa je. Boleh tahan besar tempatnya. Yang penting, halal. Kami ke sana naik uber je, lg murah dari naik taxi. boleh check rate sebelum proceed.


Siap makan, terus balik hotel. memang relax sungguh ni. Sebenarnya mati kutu sebab hotel ni seketul kat situ. takde tempat lepak walking distance cam malam pertama dan kedua haritu. Sebelum ni kami stay di Neo+ Legian. memang happening. Shoplot sepanjang jalan. Nightclub, tempat makan semua sepanjang jalan tu. larat ngan tak larat je nak jalan. Nanti I review pasal hotel ya, insyaallah.

to be continue..



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Idaman Suri vs Hj Ismail Group

Salam, Bagi yang merancang utk bercuti dan membeli belah di Langkawi, meh ai nak share tips-tips yg berguna untuk korang agar tidak merasa menyesal di kemudian hari Pelbagai jenis coklat Ai perasan yang harga barang-barang kat sini memang tak banyak beza. Korang kena pandai pilih. contoh macam dekat Idaman Suri ai beli Ferrero Rocher 30's pada harga RM19.00 manakala dekat Hj Ismail Group dalam RM23.00. Kitkat saiz dan bilangan yang sama di Idaman Suri pulak RM11.50 manakala dekat Hj Ismail Group RM9.90. Yang best dekat Hj Ismail Group nih, dia letak harga borong. Contoh kalau coklat Daim untuk satu pek adalah RM14.90 tapi kalau beli tiga jadi RM37. Idaman Suri takde yang camtuh. So lebih jimat kalau beli di Hj Ismail Group.  Rokok Rokok pulak sama harga je even kat kedai tepi jalan area Pantai Chenang tu pun ai perasan harga dia sama je. Antara RM47-RM62 bergantung pada jenama rokok tersebut. So tak perlu nak survey2,sama je harga dia ya tuan-tuan dan puan-puan