Skip to main content

Tips dan Bajet ke Bali

Assalamualaikum,

Harini I nk share tips dan bajet kalau anda ada merancang nak bercuti ke Bali, Indonesia (untuk rujukan I di masa depan).
Mana yg boleh share, I share. Tupon yg I ingat sikit-sikit la.

**Bajet ini hanya untuk rujukan sahaja

FULL ITINERARY BALI (4D3N)

Day 1 (Half Day supir)
Trip ke Uluwatu. 1jam 30 min dari airport.Ticket price IDR 30000 per adult
Then dinner di Jimbaran. Jagung bakar dia sedap hoiii.. IDR10,000 setongkol.
check in hotel di Neo+ Kuta Legian

Day 2 (Full Day Supir)
Kintamani Tour. Kitorg start tour pukul 10am.
Mula-mula dibawa ke tempat pembuatan silver, then proses batik (walaupun I tak minat dan tak request pun tapi supir tetap bawak sebab dia kata alang-alang tepi jalan.whuttt)

Then terus ke Ubud di Tegalalang Paddy Terrace. I tak turun pun sebab anak tidur. So ambil gambar dari tepi je. Kalau tak silap I, menurut supir kalau nak masuk dalam ni kena bayar tak ingat berapa.

Straight terus ke Kintamani Sari Restaurant untuk buffet lunch sambil tengok view Gunung Batur.Ajak supir makan sekali masa ni. So total termasuk tax IDR 200,000. Sebelum masuk kena bayar entry ticket IDR 20000 per head kalau tak silap I la sebab bukan I yang bayar.
Tak nampak jelas Gunung tu sebab kabus tebal baru lepas hujan, sabo je la.

Menghala jalan pulang, singgah kat Satria Luwak Coffee Plantation. tengok proses buat kopi dan bawak balik buah tangan Kopi Bali.

Sebelum balik ke hotel singgah di Rumah Agung Bali dan Krisna untuk beli ole-ole. Then ke Hard Rock Bali di Kuta beachwalk.

Day 3
Free & easy, then tengahari check out dari Legian, menuju ke Seminyak area. check in Ramada Encore Seminyak. Naik Taxi dari Legian ke Seminyak kena charged IDR 60,000.
Dinner di Bale Udang Mang Engking Kuta.

Day 4
Singgah di Pantai Double Six Beach sebelum ke airport.

So,ini contoh perbelanjaan kami ke Bali TAK TERMASUK SHOPPING DAN MAKAN.

Flight ticket : 2adult + 1 infant included add on meals, luggage and seat = RM 1029
ERL Putrajaya -KLIA2 = RM42.20 (return)
Parking Putrajaya Sentral = RM26
Hotel Neo+ Kuta Legian = RM330 (2night)
Hotel Ramada Encore Seminyak = RM195/night
Supir (1day & half) = 700,000 IDR termasuk tip bersamaan lebih kurang RM210
Transportation Uber & taxi = total lebih kurang IDR200,000 atau RM60
Tiket Uluwatu = IDR 60,000 atau Rm18
Tiket Kintamani = IDR 40,000 atau RM12

TOTAL : RM 2k lebih kurang.

Tips in general:
-Beli air mineral banyak-banyak untuk spare. Air kat Bali ni cam payau dan smelly sikit.
- Boarding pass diperlukan masa nk declare kt Imigresen Bali. Cam kes I haritu, I tertinggal dalam cabin. Menggelupur la cari wifi. Atas budi bicara, mujur pegawai tu nk tgk yg online je. Fuhh... cuai!
- Naik uber lagi murah dari taxi. Kalau nak naik taxi jugak, make sure yang Blue Bird.
-I tak pergi pun kedai2 makan tepi jalan. i is seram. So cari tempat makan yang betul-betul diyakini. Biar mahal sikit takpe janji leh mencekik tanpa was was.
- Anjing merata-rata. Tapi jinak cam ayam. Eh
- Husband pergi money changer kat area Kuta. Lagi murah compare tukar dari Malaysia. Ohemgi baru tau.

Tips untuk infant:

- Untuk baby, alhamdulillah Rara tak meragam dalam flight. Bagi dia main, makan, susu then terus zzzzz.
- Still bawak biskut, buku, pensil dan mainan sticker untuk bagi dia ralit.
-sebelum boarding, tukar pampers siap-siap.biar dia selesa.
-Biar dia jalan, main lari-lari sampai penat. Nanti onboard cepat sikit dia tidur. bhahhaha. (walaupun pada hakikatnya ya ampun.... dia nk berdukung aje)
-air panas I minta kat stewardess untuk bancuh susu Rara. Tapi air mineral still kena ada walau dimana anda berada.
-I still bawak Nasi Brahim's dr Malaysia. in case lambat makanan sampai, I boleh suap dia dulu.

Buat masa sekarang, ni je yang I ingat. Nanti i tambah kalau I teringat ya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Baby Changing Room

Assalamualaikum Harini I nk share pengalaman I ke Baby Changing Room. Bagi yang tak familiar, Baby Changing Room ni maksudnya bilik di mana fungsinya adalah sebagai tempat untuk tukar diapers baby, menyusukan baby, dan segala yang berkaitan dengan baby la pendek kata. Sebab tu kebanyakan tempat public seperti Shopping Malls, Airport, memang ada disediakan Baby Changing Room @ Nursing Room ni utk kegunaan para ibu. Nak dijadikan cerita, masa perjalanan pulang dari Melaka hari tu. Rara Alana 'mentahiti' dalam kereta. Jalan pulak jammed ya rabbi. So decided nak cuci di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh. Hentian Jejantas Ayer Keroh ni memang besar. Toilet ada, shower pun ada. Lebih 40 pintu kalau tak silap I. Rara Alana steady,tidur dari dlm kereta lagi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia. Sampai je di hentian tersebut, terus cari Baby Changing Room ni. Ye lah, nk cuci itu ini senang. Masa I sampai, tengok ada sorang amoi tgh beratur. I pon beratur belakang dia sambil ...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.