Skip to main content

Dilema mak mak

Assalamualaikum..

Masih lagi mood hari raya. hahaha bila nak datang aura rajin ni xtaw la. Minggu lepas kan kecoh pasal kes pengasuh yang perangai cam setan tu. Adoila... I memang sejenis yang tak suka baca kisah2 pengasuh buat onar ni kan. Sebabnya nanti mula la terpikir2 terbayang2 yang bukan-bukan.

I sebagai salah seorang wanita yang bekerja dan menghantar anak ke pengasuh memang sikit sebanyak memang tercuit dengan insiden ini. Sedih la hoi... Netizen pon boleh tahan mulut, siap cakap itu ini. Ni antara makcik-makcik bawang yang selalu jaga tepi kain orang,:

Ibu bekerja, hantar anak ke pengasuh = tak sayang anak ke, hantar ke pengasuh
Ibu tak bekerja, jaga anak sendiri = ada kemahiran, belajar tinggi2 tak keje ke?


Dah tu camne? Kerja salah, tak kerja salah. wtf. Ingat kami suka-suka ke nak hantar pengasuh? Anak tu hoiii, bukan anak patung. Korang tau tak yang hati kami ni tak pernah tenteram dan aman bila teringat anak kat rumah pengasuh tu time kami bekerja? Korang yang jaga anak sndiri bersyukur lah. Tak payah nak kondem orang yang hantar anak kat pengasuh.

Ingat kami sesuka hati je ke nak kerja? Kalau gaji laki ngko puluh ratus ribu memang ok jugak la nak berenti. Ni cukup-cukup makan je. Simpanan pun semput. Tujuan kami ni kerja pun sebab nak ringankan beban suami sebab living cost zaman sekarang ni dah macam hape je. Semua harga yahudi. RM50 pun dah macam RM5 je. Tak terasa pun duit tu mengalir. So bila bekerja ni dapatla bantu sikit atleast beli barang sendiri tak payah nak minta susakn orang. gitu konsepnya.

I pun kalau boleh nak jaga anak I sendiri. Korang ingat senang ke nak percaya orang? Nyawa tu weh..agak-agaklah. Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik. bersyukur sangat. Hati orang Allah yang jaga. Kita doa dan minta perlindungan dari Allah SWT semoga yang baik2 untuk anak kita semua.


p/s: Kalau ada simpanan sendiri boleh la consider utk berhenti kerja dan jaga anak sendiri. Amin..


Comments

  1. Premium VR Headset with 85mm inbuilt -Tianium-Arts
    A premium-grade model titanium 4000 1-in-1 Headset with 85mm, built in line with titanium dive knife the Hyperkin S-Video urban titanium metallic game console for omega titanium PC and PS4. Featuring an 80-mm directional pad, Pros and cons include: Cons include: Excellent build titanium wheels quality ⋅ Finicky build quality ⋅ No telescoping steering column Rating: 4 · ‎4 reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...