30 Oct 2012

Road to Cameron

Salam,

G jalan2 hari Sabtu lepas. Dua jam perjalanan ikut jalan baru kat Sg Koyan. Mujur tak pening sangat. Cuaca ok, tak panas sgt dan tak sejuk sangat. Just nice.

Hentian pertama adalah di Bharat Tea, Tanah Rata. Ramai giler org maybe sebab weekend dan cuti Hari Raya kot. Pas isi perut baru la kitaorang pergi menggedik kat Ladang teh lak. Dulu masa gi ngan Tan takdenya berpeluang pegang daun teh tuh. Ngan As lak pergi da malam hari so memang tak dapek la memegangnya.

Perjalanan diteruskan sampailah ke Pekan Tanah Rata untuk makan tengahari. Disebabkan restoren Maulana tu crowded so kami yang muda-muda ni x join geng 'vintaj' makan nasi lalu memilih restoren fast food iaitu Marrybrown.

Lepas perut da kenyang, pergi lak ke Taman Strawberry. Rambang mata tengok. Tapi disebabkan ai ni bukanlah peminat buah yang masam so ai xdela eksited sangat. Budak-budak la yang seronoknya. 

Pastuh kami ke Pasar tani ke hape ntah nak panggil yang kat area Hotel Equatorial tu. Shopping la segala jenis bunga, sayur, buah dan yang sewaktu dengannya. Jalan jem time nih. Turun dalam pukul 7 lebih terus ke Pasar Malam Brinchang. Oh Heaven! Shopping lagi. Biasalah,da macam makcik-makcik time nih. 

Sebelum balik singgah Tanah Rata utk dinner. Gerak balik pon dalam pukul 9.30 malam dan sampai umah dalam 11.30 malam. Alhamdulillah, happy ending.



M.Z diriba MakNgah
Bharat Tea
Us
Strawberry
Night Market


p/s: sory pic blur guna henpong.

No comments:

Post a Comment