Skip to main content

Idaman Suri vs Hj Ismail Group

Salam,

Bagi yang merancang utk bercuti dan membeli belah di Langkawi, meh ai nak share tips-tips yg berguna untuk korang agar tidak merasa menyesal di kemudian hari

Pelbagai jenis coklat
Ai perasan yang harga barang-barang kat sini memang tak banyak beza. Korang kena pandai pilih. contoh macam dekat Idaman Suri ai beli Ferrero Rocher 30's pada harga RM19.00 manakala dekat Hj Ismail Group dalam RM23.00. Kitkat saiz dan bilangan yang sama di Idaman Suri pulak RM11.50 manakala dekat Hj Ismail Group RM9.90. Yang best dekat Hj Ismail Group nih, dia letak harga borong. Contoh kalau coklat Daim untuk satu pek adalah RM14.90 tapi kalau beli tiga jadi RM37. Idaman Suri takde yang camtuh. So lebih jimat kalau beli di Hj Ismail Group. 

Rokok

Rokok pulak sama harga je even kat kedai tepi jalan area Pantai Chenang tu pun ai perasan harga dia sama je. Antara RM47-RM62 bergantung pada jenama rokok tersebut. So tak perlu nak survey2,sama je harga dia ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.


Idaman Suri
Oh ya buat penggemar pinggan mangkok,kat Idaman Suri ada jual pan jenama Idaman Suri, harga biasa tapi made in China. So baik kita melabur pada yang ada jenama dan lebih dikenali ramai kualitinya yang tiptop itu supaya tidak menyesal ya.

Oh ya masa shopping kat Idaman Suri hari tu ada kes pinggan pecah. Risau betul ai.. ye la buatnya pecah kristal pat lima ribu tuh mana nak cekau bayar kat depa lak kan. Budak promoter tu tertepis, satu kedai pandang kat dia. Ai is seram terus hokey! Terus kepit beg kuat-kuat.

Hasil tangkapan

Kalau korang dah TERshopping hover sangat camnih dan risau beg tak muat, dont worry sebab kat sana belambak kedai jual beg. Yang besar yang tecik, Yang murah dan yang mahal, semua ada... tepuk poket je tanya ada isi ke tak..


Abis penuh satu katil dibuatnya

Langkawi,ai miss yu! Nak pergi lagi..... Tan, u ok kn?



Sent from my iPhone

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu.

Day 3 : Hotspring & Emerald Pool

Assalamualaikum Hari ni kita sambung perjalanan ke Kolam Air Panas dan Emerald Pool. Sebelum ke Krabi lagi I dan buat research pasal tempat ni. Kiranya memang wajib pergi lah. Rata-rata blog yang I terjah tangkap gambar yang superb.I memang teringin sangat nak tengok depan mata keunikan warna air yang kebiru-biruan seperti blogger tu kongsikan dalam blog mereka. Alhamdulillah tuhan makbulkan hajat I bila mana Abam Jejai setuju nk ikut tour ni. Perjalanan kami ke Hotspring & Emerald Pool menaiki mini van Pregio bernombor plat 1416 dan pemandunya Abg Harun. Tour Guide sorang lagi tu lupa pulak namanya. **SUMMARY PACKAGE** Agent : Barracudas Tours Masa : 9.00am - 2.00pm (waktu Thailand) Harga : 500 baht Package include : Entry to Hotspring & Emerald Pool, Tour Guide, Transport pick up direct from/to hotel Kebanyakan yang I survey, paling murah mereka dapat package ni 700 baht. Itu pun kalau guna agent. Kalau walk in sendiri, entrance fee 1000baht. Ramai tanya, macamman