Skip to main content

Majlis Aqiqah Dan Doa Selamat

Assalamualaikum

**** MAAF ENTRY TIDAK BERGAMBAR. AKAN DIUPDATE KEMUDIAN. HP ROSAK. HARAP MAKLUM ****

Minggu lepas, 11 Februari 2017 selesai sudah kami menyempurnakan Aqiqah buat puteri kesayangan kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. Majlis Aqiqah ni sekali dengan sepupu-sepupu Ayra yang lain juga. Tiga orang semuanya bersamaan 4 ekor kambing. (2 orang perempuan dan 1 org lelaki)


Sebenarnya, kami tak merancang pun pasal majlis Aqiqah ni sebab kami dah plan nk ke tempat lain untuk celebrate birthday Ayra. Sebab kami memang dah lama nak buat Aqiqah untuk Ayra cuma tak berkesempatan sahaja berikutan kekangan dari segi masa. Jadi bila dapat berita mereka nk buat Majlis Aqiqah ni, kami pon join sekali la. Boleh celebrate birthday Ayra sekali di sana.

Menu pada majlis tersebut adalah Kambing Bakar dengan Coleslaw, Kari Kambing, Gulai Ayam, Hati+Pedal goreng Kunyit, Ikan Masin, Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Belacan. Semuanya dimasak sendiri oleh Pn Samsiah & En Awi Catering Sdn Bhd. Gitu. Untuk tempahan boleh PM hahaha.

Alhamdulillah jemputan ramai sangat. Hinggakan sampai habis semua goodies yang I sediakan. Minta maaf pada yang tak dapat. Yerlah membayangkan jemputan hanya 300 orang tp yang datang nya hingga mencecah 500 orang. Goodies yang I sediakan sebenarnya ada extra tu pon habis licin. Untuk dewasa 150pcs, kanak-kanak 60pcs, cupcakes 200pcs. Total 410 dah tu. Kalau ikutkan 300 org jemputannya, memang berlebih-lebihan dah tu. Tapi apakan daya, rezeki hari tu jemputan ramai ada yang dapat dan ada yg tak sempat. Maafkan kami ya wakil tuan rumah andai ada kekurangan sepanjang majlis berlansung.


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...