Skip to main content

UiTM Lendu

Add caption

Salam,

Trending kat twitter hampir 48 jam. Dasat. Tanpa melengahkan masa,ai terus gugel apa kebendanya semua ini. Amik kau.... citer hantu rupanya. Menurut blog yang ai baca, dia cakap kejadian yang menghantui penghuni di kampus asrama UiTM Lendu ni turut menyebabkan kesan trauma yang dasat kepada pelajar2 di sana.

Antaranya pasal kecurian, makhluk halus, dan kes histeria. Bagi ai, kejadian camni kat mana2 pon ada. Antara nak percaya ngan tidak je. Syaitan tu dah memang tujuan dia kat dunia ni nak kacau umat Nabi Muhammad, so kita kena la pandai2 kuatkan pendinding diri dengan perbanyakkan solat, berdoa, berzikir, baca yassin dan sebagainya.

Kalau nak diikutkan, kat sekolah ai dulu pun belambak kejadian2 camni. Antaranya ialah jeng jeng jeng...


Bogel Man (BM)

Meh nk story, BM ni ala-ala macam orang minyak la. Boleh dikatakan masa dok bangunan aspuri lama ari2 hidup dalam ketakutan. Nak mandi berteman, nak basuh kain berteman, nak angkat kain berteman, boleh kata setiap masa la berteman.

Tiap-tiap Jumaat mangkuk ayun menatang ni akan munculkan diri. Ye la sbb time ni budak aspura sembahyang. So boleh nampak kat sebalik pokok kat hutan belakang tu dia dok main anu dia. Tapi ada syarat sape nk tgk BM kena tutup muka or nyorok-nyorok sbb takut nanti malam BM carik.

Antara kejadian yg ai tak boleh lupa bila orang kata BM ni leh masok ikut celah-celah lubang angin sebab dia ada ilmu hitam. Serius, ai alami sendiri kejadian di mana tapak kaki BM sebelah katil ai dan simen tu leh 'berbekas'. Scary u olls, BM siap amik hanger dari katil depan terussssss ke katil belakang. Siap main cak cak bagai. Mana lah budak-budak tak psiko kn.

Tapi hostel lama lah yang paling banyak 'sejarah' ngan BM ni, bila pindah hostel baru takde sangat. Korang bayangkan si mangkok ni selamber badak je panjat zink skodeng budak aspuri mandi. Pastu kes curi sepentot xyah ckp la. Gersang tahan gaban da kot.

Tapi apa yang tahu,BM ni manusia, dia bukan hantu. Dia pengamal ilmu hitam sebab setiap kali cubaan nak tangkap, dia berjaya lolos dan menghilangkan diri tanpa jejak. Dan BM ni dia tak pernah sentuh we olls, dia tengok je.

Kes Histeria

Kes histeria ni tiap-tiap tahun ada. Ada sekali tu siap berjangkit-jangkit. Pas sorang, sorang. Lemah semangat katanya. Yang ni memang takleh nak buat apa la, panggil uztaz 'pagar' dorm pon x jalan jugak. Baca yassin tiap2 malam, alam petua itu petua ini... x jalan.

Cuma kena ambik langkah berjaga-jaga je la. Mulut takleh nk lepas sgt, kelakuan jgn nk hover sgt. pastu jgn terkinja-kinja sgt, dan sentiasa ingat bahawasanya "ANDA SELALU DIPERHATIKAN".

Papepon, tepuk dada tanya selera. Jangan terbawa-bawa sangat perasaan takot tuh. Ingat, tuhan tu sentiasa ada dan dia akan sentiasa lindungi kita kalau kita selalu dekat dengan 'Dia'. Lu pk la sendiri.








Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...