2 Dec 2014

Disember

Salam

Disember datang lagi. Meninggalkan 11 bulan yg lainnya dalam kesibukan mengejar duniawi. Tak terasa pantasnya masa berlalu. Tak terasa hari demi hari yang begitu pantas meninggalkan kita.

Kehadirannya sangat dinantikan. Menandakan berakhirlah satu episod dan bakal mencorakkan satu episod baru bagi tahun 2015 yg bakal menyapa beberapa minggu sahaja lagi. Mana yg tak dapat ditunaikan pada 2014, kita carry forward ke tahun 2015. Apakan daya, kita insan yg lemah hanya mampu berserah.

Aku? Aku begini sahaja. Tiada apa yang berubah. Harapan dan azam baru, sudah pastinya ada. Hanya mahukan yg terbaik dan lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku harap kalian juga begitu.

Semoga dipermudahkan segala urusanku. Aminn..

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment