11 Oct 2014

Aidiladha 2014


Mambang kuning
Salam

Sorry lambat update pasal Hari Raya Aidiladha. I is bz sikit lately ni. So camne dgn sambutan raya uolls?

Alhamdulillah tahun ni rezeki kami dapat korbankan seekor lembu. Selain bersedekah, kami decided utk buat kenduri kesyukuran dan doa selamat.

Alhamdulillah lebih kurang 300 orang tetamu datang. Memang happy sgt. dah tak terasa penat sebab dpt berkumpul dgn sanak saudara.

Menu? Mmg best sbb macam2 ada. Antaranya sup tulang, Daging masak gulai lemak cili api, Ayam goreng berempah, Daging masak kicap, Gulai asam rom (makanan tradisi org Pahang), kerabu pucuk paku, Laksa Penang, pencuci mulut buah Tembikai. Tak lupa kuih raya dan kerepek2. Buah2 tempatan, kuih seri muka mak andak skali.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Selamat Hari Raya, semoga ibadah korban membuatkan kita menjadi manusia lebih bersyukur di atas kurniaanNya. Aminn.

No comments:

Post a Comment