Skip to main content

JJCM : Burger Bakar Abg Burn

Salam,

Program JJCM diteruskan pada malam hari dengan mengunjungi Burger Bakar Abg Burn. Woot Woot. As la ni g gugel pic makanan terus bertakung air liur tgk meatball dia.


Perjalanan dimulakan dengan perasaan yg berdebar2 dan begitu semangat waja. perghhh kuat betul penangan meatball nih!

Sampai di Abg Burn Sg Ramal tgk parking penuh gila, ramai juga org! Oo kat sini la Willy Satay Station yg org sebut2 tuh. Memang beratur agak panjang jugak la.

So sampai je, cari meja terus. Kalau lambat kang takde table jgn nangis. Agak ramai org time nih. Maybe Ahad kot. Pastu g order nak makan apa kat kaunter nn sebut no meja. Nanti waiter akan hantar.

 Meatball

Lamb Grilled Burger


Ini antara menu kitorg petang tu. Ada satu lagi x snap; Tomyam campur. Kat Foodcourt ni ada banyak gile pilihan. Ada western, masakan thai, mee udang, satay, dan macam-macam lagi lah.

Meatball dia ada dalam 10 ketul, siap potato wedges bagai. Serius ai makan berdua tak habis! tu la banyak sgt mkn kan da x abis.  Meatball dia memang pure 100% daging! seketul tu empat kali gigit taw x. Agak besar kalau nak compare ngan ikea.

Lamb Grilled Burger tu pon sedap. Yg atas tu Union Ring. (Mati-mati ingat calamari) hihi.. so, tidak menghampakan la. Leh repeat lagi camni! Servis pon bagus.

Kalau ada yang teringin nak  makan Burger Bakar ni leh la try kat Abg Burn nih. Paling dekat pon kat Sg Ramal FoodCourt. Dalam seploh minit je dr Putrajaya. Kalau tak g nanti nyesal.

p/s : u are what u eat. Gulp!





































Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...