Skip to main content

Burger Bakar Kaw Kaw

Hello,

Semalam pas abes meng'fai-es' kan diri,Anis Aj telah mengajak ai mengembara ke Wangsa Maju utk mencari Burger Bakar. Ye la pas tgk JJCM ari tu sume kecur air liur menengoknya. Tu yg nak cuba try test tuh. So pencarian kami pon bermula d ptg hari yg indah itu.

1- Putrajaya ke Ampang
Si Anis ni ade la menilipon seorg kenalan die namanya Zirah. Rupa2nya Zirah bagi direction ke Burger Bakar Ampang. Area Balai Polis katanya.So setelah mendapat direction ke Burger Bakar,kami yg blur2 ni cari tak jumpa. Dua tiga kali jugaklah pusing. Pastu dgn gelojohnya terus Anis ajok g hok yg kat Wangsa Maju.

2- Ampang ke Wangsa Maju
Da sampai area Wangsa Maju dgn bantuan cik GPS,kami sampai dlm area pukol 6 lebih.Da nampak a few people queing kat situ walaupon kedai tu x bukak pon lagi. So disebabkan kedatangan kami yg tidak diundang itu awal sgt,we olls decided utk g saloon area situ.


3-Wangsa Maju ke Kedai Burger Bakar
Pas siap wat pedajl kat rambut nih,kitorg pon gerak la ke Kedai Burger Bakar tuh dengan perasaan yg membuak2. Antara perbualan yg sempat dirakamkan.


Anis : Ramai org kin...Sanggup x nak tunggu sampai dua jam nih?
Ekin : Aku on je janji dpt,dah alang2 sampai kn...
Anis: Eh pesal lain macam je kedainya?

Kemudian






Terdengar jeritan dari dlm kereta







Anis & Ekin : oooooemmmmmjiiiiiii 









KEDAI TUTUP 


4- Burger Bakar ke Gerai Crispy Chicken
X dapat burger Bakar kita layan Ayam Goreng ala-ala Uncle Bob je la,maklomla masing2 da lapo. Adik tuh  siap cter ade sorg cust dari Shah Alam dtg semata2 nk rasa Burger Bakar sama nasib la ngan kitorg. 

5- Gerai Crispy Chicken ke Putrajaya
Pas tapaw ayam ngan hotdog XXL tuh kitorg pon gerak la balik ke Putrajaya. Pesanan utk Burger Bakar : Nantikan kedatangan kami. U better watch out,bebeh!


Moral of the story; kena redha sbb da tertulih yg kami mmg xde rezki nak melantak merasa Burger Bakar tuh pada malam kejadian

p/s: Kedai Burger Bakar tutup buat sementara waktu kerana depa tgh renovate grill kitchen. Harap maklum.



Comments

  1. benda baik x kan senang2 dapat punya, mesti ade pengorbanan hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...