Skip to main content

Tips dan Bajet ke Krabi

Assalamualaikum

Hari ini I nak share perbelanjaan kami sepanjang 4H3M di Krabi. Insyaallah I akan bagi tips juga pada sesiapa yang ada plan nak ke Krabi lepas ni ya. Semoga perkongsian ni dapat jadi rujukan yang berguna ok. Ok kita mula dengan bajet ya.

Pada masa kami ke Krabi sekitar Nov 2016 ini, rate matawang adalah RM100=850baht. Itu pun kami tanya kat Money Changer Putrajaya area Presint15, dia letak RM100=750baht. Rugi boh. So pepandailah korang ya cari Money Changer yang berbaloi. Tapi baru ni kawan I tukar di IOI City Mall RM100=850baht jugak. Kena pandai pilih ya.Maklumlah rate dah jatuh sikit ni, kena bijak merancang dan berbelanja. Barulah aman damai keluarga bahagia. Ok. Kami park kereta di Putrajaya Sentral. Kemudian naik ERL ke KLIA2. Ini contoh bajet kami untuk percutian baru-baru ini:-

Summary perbelanjaan Day 1
ERL (dari Putrajaya Sentral ke KLIA2) = RM9.40/adult x 2
Bus Shuttle (dari Krabi Airport ke Krabi Town) = 90baht/adult x 2
Tut Tut ke hotel = 100baht
Riverside Hotel = 1000 baht x 2nights
Package Phi Phi Island + Emerald Pool & Hotspring Tour = 1300baht x 2
Night Market
Dinner Dapur Kak Zainab = 260baht

Summary Perbelanjaan Day 2
Entrance Fee National Park = 400baht x 2
Dinner = 240baht
Night Market
Motocycle Ride = 40baht

Summary Perbelanjaan Day 3
Breakfast = 60baht
Buggie (return)= 20baht x 2
Lunch = 80baht
Transport ke Ao Nang = 350baht
Anyavee Ao Nang Hotel = 1500baht
Street Food = 320baht
Foot Reflexology = 400baht
Souvenir
Live band (order Coke aje) = 50baht

Summary Perbelanjaan Day 4
Breakfast = 270baht
Pancake & Mango Sticky Rice = 100baht
Transport (dari Ao Nang-Airport) = 150baht x 2
Parking di Putrajaya Sentral : RM20.00

TOTAL : 9690baht

**TIDAK TERMASUK Tiket Flight
**TIDAK TERMASUK Belanja souvernir dan Night Market
**TIDAK TERMASUK Tip
**TIDAK TERMASUK belanja beli air kelapa dan aiskrim
**TIDAK TERMASUK ERL, The Loaf dan Parking di Putrajaya Sentral

So kesimpulannya, tak sampai RM2000 pun untuk bercuti ke Krabi 4H3M kalau pergi berdua. Yang penting sama-sama enjoy. Lupakan seketika tekanan kerja. Now everyone can fly eh eh terpinjam tagline AirAsia pulak.

Ok, now nak share tips kalau ada yang nak ke Krabi.

Departure
*Check in awal untuk elak crowded di Imigresen dan Kastam
*Bawa pen, senang nk isi borang Arrival yang akan stewardess bagi atas flight
*Cecair lebih 30ml tidak dibenarkan
*Spray rambut/deodorant juga
*Samsung Note7 juga tidak terkecuali

Night Market
*Beli souvenir di Krabi Night Market lebih murah berbanding di Ao Nang
*Kalau pergi hujung-hujung tahun ni maklumlah musim hujan, boleh standby rain coat
*Gunakan kemahiran tawar menawar anda. Boleh senyum lebar hingga ke telinga.
*Foods ada yg halal dan non Halal. Jangan nk terkinja-kinja semua nak try ya. Tengok-tengok dulu.

Hotel
*Plug international jangan lupa, sekali dengan plug kepala tiga. Leh charge berjemaah.Takde lah lepas kau-kau lagi.Bagi can la..
*Barang berharga boleh tinggal dalam safety box di hotel. tak payah la bawak barang banyak-bnayak. Berat beg nanti
*Tak booking online pun tak apa, lagi murah pe... Tepuk dada tanya selera

Island Hoping & Tour
*Pakai selipar jepun je lebih selesa dan bergaya maklumlah tepi beach mana ada org pakai Timberland
*Sunblock sesekali jgn lupa. Lip balm juga
*Sunglasses juga
*Bawa pario/towel kecil. Sejuk oo..
*Standby pil tahan mabuk laut. Maklumlah, mende takleh nak jangka. Krik krik krik
*Casing waterproof untuk henpon kesayangan
*Make sure ingat nama hotel dan no bilik. Senang nak bgtaw dekat agent untuk pick up.

Foods
*Makanan halal senang cari. Elak pergi kedai Indian sebab harga mahal.
*Tapi bak kata Abg Din, pandai-pandai pilih. Yang bertudung tak semestinya Muslim.
*Kalau was-was, boleh je kalau nak bawa jajan, snack,3in1, Maggi cup, Tuna, dan Brahims. Takde sape melarang.
*Tgk kedai tu bersih ke tidak, jangan main belasah je. Kang sakit perut siapa nak jawab. Kan?

Transport
*Kalau naik bus shuttle lg murah dari naik taxi. Kalau pergi ramai-ramai berbaloi lah kalau nak naik van/taxi.

Itu sahaja tips dan bajet yang I dapat share kan bersama. Semoga menjadi penduan yang berguna buat kita bersama. Kalau I teringat, I akan update kemudian.

Sekian, terima kasih.






Comments

  1. hai.. terima kasih atas perkongsian tips bajet ini . hope sngt membantu saya dan rakan saya ke krabi bulan september ini . Harapan saya juga hope dpt jumpa yg orng2/agen2 yg baik murah2 hati bila kami disana dan yg penting enjoy disana . ameen

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Baby Changing Room

Assalamualaikum Harini I nk share pengalaman I ke Baby Changing Room. Bagi yang tak familiar, Baby Changing Room ni maksudnya bilik di mana fungsinya adalah sebagai tempat untuk tukar diapers baby, menyusukan baby, dan segala yang berkaitan dengan baby la pendek kata. Sebab tu kebanyakan tempat public seperti Shopping Malls, Airport, memang ada disediakan Baby Changing Room @ Nursing Room ni utk kegunaan para ibu. Nak dijadikan cerita, masa perjalanan pulang dari Melaka hari tu. Rara Alana 'mentahiti' dalam kereta. Jalan pulak jammed ya rabbi. So decided nak cuci di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh. Hentian Jejantas Ayer Keroh ni memang besar. Toilet ada, shower pun ada. Lebih 40 pintu kalau tak silap I. Rara Alana steady,tidur dari dlm kereta lagi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia. Sampai je di hentian tersebut, terus cari Baby Changing Room ni. Ye lah, nk cuci itu ini senang. Masa I sampai, tengok ada sorang amoi tgh beratur. I pon beratur belakang dia sambil ...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.