Skip to main content

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni.



Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni.



Step 2: Eye Screening Test

Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya.


Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita.
Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu.
Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia.
Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of truth boleh proceed buat LASIK atau tak. Sebab LASIK ni akan potong lapisan Kornea. So kalau nipis memang dorang takkan ambil risiko. Macam I, ketebalan Kornea I dalam 550. So excellent la kalau potong pon still ada balance banyak lagi. Dia tak boleh kurang dari 350 kalau tak silap I.
Dah settle check ketebalan Kornea, next adalah check silau. Pergh yang ni memang mencabar. Dia punya silau macam bergegar meja tu I pegang.
Last sekali dia akan check size Retina. Sebelum tu Optometrist akan titiskan cecair untuk besarkan saiz Retina. So bila Retina ni membesar (lebih kurang 30 minit lepas drop ubat tu) korang akan jadi rabun dekat. Hahaha yg ni mencabar sebab korang tak nampak nak baca yang dekat. Nak tgk jam pon tak nampak weh. Kabur-kabur je.


Dah siap buat Eye Screening ni bolehlah jalan mengepak sebab mata xde pape masalah dan fit utk LASIK keesokan harinya. I pilih untuk buat Eye Screening hari Rabu petang sebab LASIK di Optimax hanya dibuat pada setiap Hari Khamis di HQ TTDI sahaja. Oh ya harga untuk Eye Screening Test ni RM195 sahaja.



P/s: Make sure korang dah tak pakai contact lense seminggu sebelum buat Eye Screening ni supaya dapat bacaan tepat dan mata tak kering.



Step 3: LASIK Day

Hari yang dinanti telah tiba. Hahaha. Neves weh sampai tak lalu nak makan, tidur pon tak lena. Make sure datang sejam awal sebab doc nak brief sikit pasal prosesur dan ada final eye test.



Masa sampai tu patient tak ramai pun. Dah sign and settle payment semua dia akan panggil masuk ke bilik surgery. Masa ni dah salin baju doc bagi brief. Ada 3 patient masa ni. I org yg kedua. Sementara menunggu dia bagi Medical Kit siap-siap so boleh simpan dalam loker.



So sebelum masuk tempat surgery tu final check dan doc drop kan ubat bius. Doc tanda kat mata guna marker pen sharpie pon tak rasa apa dah time ni.



Pastu masuk dalam Surgery Room. Ada 2 org assistant doc. Proses laser ni pun tak lama pun dlm 5 minit je kot sebelah mata. Sebab I rasa macam sekejap sangat. Sebelum laser doc akan letak plastik sekeliling mata tujuan utk tak bagi korang kelip mata.



Masa buat tu just fokus kat lampu hijau. Yang color merah ngan putih tepi tu korang abaikan. Korang boleh dengar assistant doc countdown 20 second, 15 sec,10 sec ,5 sec, complete, done. Fuhh.. siap belah kanan terus buat belah kiri. Zap zup zap siap. Honestly memang tak rasa apa. Gigit semut pun tak. Memang bersih, lancar dan profesional.



Masa balik tu boleh nampak no plat kereta depan dan tulisan kat signboard yang besar-besar. Alhamdulillah. Hari pertama ni tak rasa apa pun sebab bila sampai rumah I makan, mandi dan tidur. Esoknya baru terasa sikit cam berdenyut-denyut tu. Tapi doc ada bekalkan painkiller. Kalau sakit boleh makan.


Step 4: Post Lasik check up

Lepas settle korang akan diberi kad appointment. Kalau tak silap I ada a few times jugakla. 1 day after, 1 week, 1month, bla bla bla pastu tak ingat dah.



Alhamdulillah semua berjalan lancar. Thanks to team (Optimax TTDI) Dr Zuraida, Ms Bavani yang sangat-sangat motherly dan tenang je layan patient. Thanks a lot to Zoey (Optimax Sri Petaling) and special thanks utk semua yang mendoakan dan bagi kata-kata semangat kat I. Hanya Allah yang mampu membalasnya.




Comments

  1. hello . bole sya tau harga kamu buat lasik dan cara pembayarnnya . tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh semak website atau media sosial sebab sentiasa ada Promotion ongoing. Cara pembayaran boleh guna cash, Debit/ Kredit. Installment pon boleh. Tq

      Delete
  2. Buat harge cash berap ya ? Untuk lasik di optimax

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sentiasa tgk update dr Optimax (ig, fb) Harga promosi tak sama. I ritu kena 3k kot klo x silap both eyes

      Delete
  3. Assalamualaikum...nak tanya...rasa sakit lepas buat lasik tu berapa lama ya? Sakit sangat ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Lepas Lasik tak rasa sakit. Kebetulan I punya turn tu 6pm, so balik rumah, early dinner, mandi terus i rest. Dont worry doc ada bekalkan ubat tahan sakit (ponstan). Masa check up klinik boleh request ubat titis kebas mata so that mmg tak rasa sakit langsung. Klo rasa tak selesa boleh titis optive fushion tu. It helps very much.

      Delete
  4. nice... keep updated us...
    if any patient want to know more about Lasik Eye Surgery Cost In Mumbai or Lasik Treatment In Mumbai
    then contact to Tel: +91 22 61549999 / 26405951 / 26514066

    ReplyDelete
  5. Hi, boleh tau pakej yg cik amik ni jenis lasik yg mana? Relex smile/Femto/ASA/TESA?

    ReplyDelete
  6. Boleh tau takk, utk bayaran boleh bayar secara ansuran atau bayar full terus?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Baby Changing Room

Assalamualaikum Harini I nk share pengalaman I ke Baby Changing Room. Bagi yang tak familiar, Baby Changing Room ni maksudnya bilik di mana fungsinya adalah sebagai tempat untuk tukar diapers baby, menyusukan baby, dan segala yang berkaitan dengan baby la pendek kata. Sebab tu kebanyakan tempat public seperti Shopping Malls, Airport, memang ada disediakan Baby Changing Room @ Nursing Room ni utk kegunaan para ibu. Nak dijadikan cerita, masa perjalanan pulang dari Melaka hari tu. Rara Alana 'mentahiti' dalam kereta. Jalan pulak jammed ya rabbi. So decided nak cuci di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh. Hentian Jejantas Ayer Keroh ni memang besar. Toilet ada, shower pun ada. Lebih 40 pintu kalau tak silap I. Rara Alana steady,tidur dari dlm kereta lagi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia. Sampai je di hentian tersebut, terus cari Baby Changing Room ni. Ye lah, nk cuci itu ini senang. Masa I sampai, tengok ada sorang amoi tgh beratur. I pon beratur belakang dia sambil ...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.