Skip to main content

Kisah Pengasuh

Assalamualaikum

Apa khabar? Hope semuanya sihat dan baik baik ya. Hari ni nak cerita mengenai pengasuh Rara Alana. Nak mula dari mana ya. Ok mula dari baby la eh. (Rara my dear... if you read this,you're always my baby hokeh!)

Since lepas cuti bersalin 3bulan tu, memang aku dah bawa Rara Alana balik ke Putrajaya stay dengan aku. Aku tumpang sementara dengan pengasuh merangkap wife ex boss aku yang dipanggil Mama Ina. Memang bagus dia jaga. Lagipun Rara kecik lagi so kerjanya tido aje tak meragam la kan. Anak boss aku tu pun dah sayang sgt dengan Rara. Sampaikan masa aku last day hantar, dia pagi-ptg-siang-malam wassap nk tengok gambar Rara.

Tapi tak lama pun aku hantar Rara ke sini. Sebabnya aku dah dapat pengasuh baru di kawasan rumah aku. Lagipun kesian dekat wife bos aku tu, ada baby lain juga yang dia jaga. Beza 2 bulan dari Rara. Baby boy. Faham-faham lah kalau baby ni mesti nak perhatian kan. Dua-dua tengah nk bergolek meniarap. Kak Ina memang tak bagi aku ambil Rara sebenarnya, dia nak jaga. Punya la dia pujuk aku utk stay je kat situ. Aku pun nampak dia sayang Rara. Siap bagi duit raya kat Rara walaupun bulan puasa pun belum time tuh. Hehe.

Iklan mencari pengasuh Abam Jejai dah tampal since aku dalam tempoh Cuti Bersalin. Ramai juga yang beri respon positif sebenarnya. Tapi setelah aku fikir-fikirkan, aku memilih Umi Laila sebagai pengasuh baru Rara. Banyak la kriteria yang aku pertimbangkan sebenarnya. Yelah, bukan simply-simply kita nak cari pengasuh anak kita kan. Nyawa tu oii.. Pengasuh baru ni cuma selang beberapa blok sahaja dari blok aku. Satu advantage sebab tak perlu nak mengharungi jammed kat roundabout tuh.

Umi Laila ni lembut sangat orangnya. Cakap pun berhalus je bak kata orang Pahang. Umur 30an. Anak 2 org. Kakak 4tahun, adiknya 2 tahun. Bila time bulan puasa,tiap kali aku nak ambil Rara, dia ada je nk sedekah kat aku. Kadang-kadang kuih la, murtabak lah, itu la ini lah. Sampai naik segan aku. Padahal aku dah beritahu dia takyah susah-susah. Bukan apa,aku taknak membazir bila tak habis makan. Membazir tu kan amalan syaitan nirrojim.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tghari. Aceceh hahaha, ngek betul la bermadah-madah pulak. Tak lama lepas tu Umi Laila disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki. So standby la aku mencari pengasuh lain. Walaupun Umi Laila berkeras juga nak jaga Rara. Aku bukan apa, risau dia tak sihat atau tak larat je. Maklumlah aku pun pernah mengandung. Aku faham semua tu. Aku ada juga berpesan pada Umi, 'Kalau akak x larat atau ada apa-apa terus beritahu saya, dengan sepantas kilat saya balik'.Gitu. Aku kasihan kat dia tak cukup rehat. Dengan anak 2 orang nak jaga, Rara Alana lagi.

Hinggalah..... to be continue











































Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Miss my CP's colleagues

Hello everibadi, Sejak akhir2 nih,terasa rindu kat kawan dan yg seangkatan dengannya kat Centrepoint. Ntah la maybe sebab ari2 dok watsapp ngan budak2 ni. nak main lari2 berkejaran kat level 6 pas balik keje *yeehaa,sapa lambat kena kunci pintu* mkn ayam masak merah Angah Corner *bahagian peha ya* Ayam masak Paprik Raja * dap nye...Roti bom ngan sardin air tgn Raja yg  bebulu tu pon sodap* Rindu nak punch-card * pastu gilir2 sambong tidur ngan Linda,abg ejal * kacau Shida mengemop walau kat cafe *seploh kali ai lalu lalang* nak tgk Shida beli dot dot dot kat Aktif  *sori yam,ai ingat smarties* Nasi Kukus Daging Bakar Stesen Keretapi.. *stesen keretapi yg ada kenangan silam yg kow kow* Rindu kat Uncle Dobi Sg Jelai *uncle,ai maafkan sbb pekeja uncle da cilop jeans ai* Housemate yg gila2 mengalahkan org gila *rindu kat 'parot' di perot Su ngan aksi 'katak pisang'*   dan yg paling penting... kat sinilah lokasi kejadian tempat ai kenal ngan my Mr A. Arghhh ...