Skip to main content

Day 2 : Krabi Night Market

Assalamualaikum

Ok kali ni I nak cerita pasal Krabi Night Market. Untuk pengetahuan korang, Night Market ni hanya buka pada malam hujung minggu sahaja. Jumaat,Sabtu dan Ahad. Korang memang WAJIB pergi. Tak sah kalau sudah sampai Krabi tak jejak ke sini. Kenapa I cakap wajib? Sebab.... baca dulu yang kat bawah ni. Hehehe

Sebenarnya kami dah pergi survey pada malam pertama. Tapi tak shopping pun lagi. Konon malam kedua ni baru pulun shopping. Sebab keesokannya dan check out dan kami akan stay di Ao Nang pula. Nak lah juga merasa stay di dua-dua town kan. Satu di bandar, satu di tepi laut.

Apa yang I boleh kongsikan, memang berpuas hati dan berbaloi shopping kat sini. Untuk Fridge Magnet, keychain, tshirt, memang sangat-sangat murah dan berbaloi. Siap ada live show lagi. Masa kami sampai tu, budak-budak tengah main gamelan. Food takyah cakap la, memang berlambak. Kami je tak berani nak try. Nak pulak hujan rintik-rintik laut bergelora mak bagi duit adik pergi sekolah...


Ni contoh tshirt yang sempat i snap masa kat Pasar Malam tu. Design cantik. Kain pun berkualiti. Still boleh tawar menawar boleh dapat 100baht sehelai. Depends pada saiz la. Yang budak-budak boleh dapat dalam 69baht. Kalau beli lagi banyak lagi murah. Untuk Tshirt ni I perhatikan memang design kat Pasar Malam ni lebih up to date daripada yang kat Ao Nang. Di Ao Nang harganya 200baht. Menyesal tak borong banyak-banyak di Krabi Night Market. Konon nk beli separuh di Krabi, separuh lagi di Ao Nang. Merasa la bayar lebih sikit untuk tshirt design yang lebih kurang sama di Ao Nang. Phuii.Kami beli selipar untuk pakai pergi island. Dekat pasar malam Krabi ni harga nya 60 baht je. Tapi di Ao Nang kami tengok design yang sama, brand yang sama, korang tahu berapa? 120 baht. Dua kali ganda tu. So memang berbaloi-baloi beli kat Krabi Night Market ni.

Oh ya, yang drinks dalam buluh tu jgn gatai-gatai nak try pulak ya. Ada alkohol ya. Kang tingtong lak hakak tak bertanggungjawab ya. Makanan pun berlambak, tapi pandai-pandai la pilih yang halal dan bersih ya.

Sebenarnya malam pertama kami dah terjah pasar malam ni. Maklumlah jalan kaki je dari hotel kan. Kalau dari Ao Nang tak pasti berapa tut tut. Kalau teksi mau 350 baht. Bagi yang nak adventure boleh je sewa motosikal. Lagi murah dan puas berjalan. Taksi dan tut tut memang banyak ada je menunggu di tepi-tepi jalan tu. Jangan risau.

So bagi sesiapa yang dan sampai ke Krabi atau yang tengah plan nak ke Krabi, pastikan anda masukkan Krabi Night market dalam list korang. Rugi kalau tak pergi. Lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Krabi, di celah-celah kedai. Kalau agak-agak tak jumpa, boleh tanya orang-orang dekat situ. Org Thai ni peramah sedia membantu.

Bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Kisah Pengasuh

Assalamualaikum Apa khabar? Hope semuanya sihat dan baik baik ya. Hari ni nak cerita mengenai pengasuh Rara Alana. Nak mula dari mana ya. Ok mula dari baby la eh. (Rara my dear... if you read this,you're always my baby hokeh!) Since lepas cuti bersalin 3bulan tu, memang aku dah bawa Rara Alana balik ke Putrajaya stay dengan aku. Aku tumpang sementara dengan pengasuh merangkap wife ex boss aku yang dipanggil Mama Ina. Memang bagus dia jaga. Lagipun Rara kecik lagi so kerjanya tido aje tak meragam la kan. Anak boss aku tu pun dah sayang sgt dengan Rara. Sampaikan masa aku last day hantar, dia pagi-ptg-siang-malam wassap nk tengok gambar Rara. Tapi tak lama pun aku hantar Rara ke sini. Sebabnya aku dah dapat pengasuh baru di kawasan rumah aku. Lagipun kesian dekat wife bos aku tu, ada baby lain juga yang dia jaga. Beza 2 bulan dari Rara. Baby boy. Faham-faham lah kalau baby ni mesti nak perhatian kan. Dua-dua tengah nk bergolek meniarap. Kak Ina memang tak bagi aku ambil Rara ...