Skip to main content

Day 3 : Hotspring & Emerald Pool

Assalamualaikum

Hari ni kita sambung perjalanan ke Kolam Air Panas dan Emerald Pool. Sebelum ke Krabi lagi I dan buat research pasal tempat ni. Kiranya memang wajib pergi lah. Rata-rata blog yang I terjah tangkap gambar yang superb.I memang teringin sangat nak tengok depan mata keunikan warna air yang kebiru-biruan seperti blogger tu kongsikan dalam blog mereka. Alhamdulillah tuhan makbulkan hajat I bila mana Abam Jejai setuju nk ikut tour ni.

Perjalanan kami ke Hotspring & Emerald Pool menaiki mini van Pregio bernombor plat 1416 dan pemandunya Abg Harun. Tour Guide sorang lagi tu lupa pulak namanya.

**SUMMARY PACKAGE**
Agent : Barracudas Tours
Masa : 9.00am - 2.00pm (waktu Thailand)
Harga : 500 baht
Package include : Entry to Hotspring & Emerald Pool, Tour Guide, Transport pick up direct from/to hotel

Kebanyakan yang I survey, paling murah mereka dapat package ni 700 baht. Itu pun kalau guna agent. Kalau walk in sendiri, entrance fee 1000baht. Ramai tanya, macammana kami boleh dapat harga semurah ini? Sebenarnya, kami guna agent yang sama dengan yang bawa kami ke Phi Phi Islands semalam. So amik 2 jenis tour. Lebih banyak penjimatan. hehehe. Itupun selepas Abam Jejai tawar menawar dengan adik manis tu. Terasa jimat berganda-ganda. Mana nak dapat lagi murah dari tu weh...

Kami menunggu di lobi sekitar jam 9am waktu Thailand. Sebelum tu sempat breakfast Roti dan Tuna dalam bilik. Packing dan drop bag di lobby untuk check out terus. Sebab lepas dari Tour ni, kami akan terus ke Ao Nang. Perjalanan dari Krabi ke Hotspring mengambil masa 45minit. Kira-kira 20minit kemudian, hujan pun turun. So sweet. Kami sampai di Hotspring tu pun still dalam hujan. Kami diberi masa selama 40 minit untuk masuk ke dalam kawasan Hot Spring tu. Ada juga kakak-kakak yang jual rain coat tu. Satu 25 baht kalau tak silap. Kami tak beli pun. Abam Jejai ajak naik buggy 40 baht return untuk dua orang.



Ada dua kolam besar untuk mandi. Disebabkan time nih hujan, memang feeling habis la masuk ke dalam kolam ni. Air suam-suam hangat. Rasa tak puas sangat sebab masa yang diberi agak singkat. Tapi apakan daya, kita ikut agent kan. Kena lah ikut jadual agent.Sempat lah bergambar dan mandi manda. Hujan pun dan berhenti time nih.


Setel di Kolam Air Panas, perjalanan diteruskan ke Emerald Pool pula. Lebih kurang 15 minit perjalanan. Sampai je, kami diberi briefing oleh Tour Guide kami.


Perghh... Mencabar juga perjalanannya.hehehe. Kira-kira 800meter dari checkpoint pertama. Tapi berbaloi la sebab memang Subhanallah cantiknya. Biru jernih air nya itu, tuhan je tahu. Trek nak ke Blue Pool memang mencabar. Sebab ala-ala jungle trekking. Tapi tak mengapa sebab dapat cuci mata tengok keindahan flora ciptaan Allah SWT. Sejuk je..saujana mata memandang.


Kami tak lama pun di Blue Pool. Kami terus bergerak ke Emerald Pool. Diberi nama Emerald mungkin kerana airnya yang kehijauan dan jernih. Jika bernasib baik, boleh nampak ikan di dasarnya. Terjun kolam. hoyeh! Best wo... sejuk je air nya. Tapi berhati-hati sebab tepi kolam berlumut. Agak licin. Besar juga kawasan Emerald Pool. Toilet pun banyak untuk salin baju. Kalau taknak mandi kolam, boleh mandi di sungai di kawasan tepi tu. Air memang jernih dan kawasan sekitar pun bersih. Tiada sampah pun kelihatan. Memang terjaga baik.


Kami berkumpul di van pada jam 1.15pm. Sebelum dihantar ke destinasi masing-masing. Ada yang meneruskan perjalanan ke Tiger Cave dan Elephant Tour. Kami tak ambil yang itu. Jadi agent hantar kami ke hotel.

Sekian catatan perjalanan di hari ke 3. Sambungan seterusnya kami ke Ao Nang pula.

Bersambung......

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Baby Changing Room

Assalamualaikum Harini I nk share pengalaman I ke Baby Changing Room. Bagi yang tak familiar, Baby Changing Room ni maksudnya bilik di mana fungsinya adalah sebagai tempat untuk tukar diapers baby, menyusukan baby, dan segala yang berkaitan dengan baby la pendek kata. Sebab tu kebanyakan tempat public seperti Shopping Malls, Airport, memang ada disediakan Baby Changing Room @ Nursing Room ni utk kegunaan para ibu. Nak dijadikan cerita, masa perjalanan pulang dari Melaka hari tu. Rara Alana 'mentahiti' dalam kereta. Jalan pulak jammed ya rabbi. So decided nak cuci di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh. Hentian Jejantas Ayer Keroh ni memang besar. Toilet ada, shower pun ada. Lebih 40 pintu kalau tak silap I. Rara Alana steady,tidur dari dlm kereta lagi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia. Sampai je di hentian tersebut, terus cari Baby Changing Room ni. Ye lah, nk cuci itu ini senang. Masa I sampai, tengok ada sorang amoi tgh beratur. I pon beratur belakang dia sambil ...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.