Skip to main content

Pengalaman Berpantang

Salam,

OK hari ni ada masa terluang sikit. Seperti yang dijanjikan, hari ini aku nak share pengalaman berpantang. Yang mana aku ingat lah ye. Maklumlah kadang-kadang ingat-ingat lupa. Juga sebagai rujukan aku di masa akan datang. InsyaAllah.

Untuk pengetahuan korang, Dua minggu pertama selepas bersalin aku berpantang di Pekan, Pahang rumah mak mertua aku (MIL). Selepas itu baru bersambung berpantang di Bentong. Sampailah habis cuti bersalin aku.So kat sini aku perhatikan banyak benda, yang mana belah MIL aku amalkan dan belah mak aku amalkan. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Papepon, bes woo berpantang. Rasa mcm princess lak. Bagi can la, 1st time kan... Hehehe

Sebelum subuh lagi MIL dah siapkan Batu tungku.Kat Pekan guna batu sungai yang dibalut dengan Daun Mengkudu (if I'm not mistaken) dan kain batik. Dah berapa kali bertukar kain pembalut sebab haba panas sangat kain pon kecut. Wangi je bau tungku tu. Kalau belah mak aku pulak guna tungku jenis besi tuh. Berat oo.. Kadang-kadang sampai terlena sambil tangan dok bertungku. Yang berbeza nya, batu sungai cepat sejuk. So tak puas lah. Kalau guna besi tu tahan lama sikit kepanasannya tu. Sampai tembus la cadar mak aku terkena tungku tu ha. Amik kau.. nak sangat kan.

Siap bertungku dalam pukul 8 lebih tu, MIL siapkan air mandi pulak. Kena bangun bersiap awal. Sebab nak ke klinik check Jaundice baby, misi pun nak check kat rumah. So setel awal, get ready je pastu. Minggu pertama mandi dengan air rebusan daun-daun kayu. Pelbagai jenis jugak lah aku tengok. Memang wangi dan fresh je lepas mandi. Tukang urut yang dipanggil Ibu datang berurut kat rumah 3 hari berturut. Lega rasa dapat massage. Walaupun ibu urut-urut manja je.

Setel mandi, sapu mingak panas, pakai socks, pilis, ikan rambut, barut jgn lupa. Oh ya lupa nak share aku terkena alergik di perut. Mungkin sebab minyak panas yang aku pakai dan pemakaian barut ketat tu buatkan perut aku jadi merah-merah. Aku pulak bantai garu terus naik macam ruam. Mujurlah tak pedih bila mandi dan mujur juga lah tak meninggalkan parut pada perut ku itu. Fuhhh.. Lepas dari itu tiap kali nak pakai barut, MIL aku akan letak kain batik selapis untuk dijadikan alas sebelum berbarut. Kain batik tu potong kecik. Kalau lipat tebal la pulak kan. Alhamdulillah ok lepas tu. Misi merampingkan pinggang dan mengempiskan perut diteruskan.

Setel berbarut, breakfast. Sepanjang tempoh berpantang memang aku takde nak diet-diet. Memang lapar weh. Tapi nasi je la selalu tak habis sebab MIL letak banyak. tak boleh bertambah orang tua-tua cakap. So memang akan sentiasa tak habis lah. Hehehe. Alhamdulillah sepanjang di Pekan, Abam Jejai pergi memancing dapat Ikan Haruan. Ada sekali tu, dapat sampai 10 ekor. Kadang-kadang ada dalam 6 ekor. Ikut rezeki. Itu la lauk aku makan selain sayur sawi. Aku belasah je makan. No wonder la 3 ari aku dah lupa yang aku baru lepas beranak. Steady jalan laju sampai semua dok seriau tengok aku lincah semacam. Tak reti nak acah sopan jalan setapak-setapak cam org Jepun pakai kimono tuh.

Setel semua tu, memang rest je la kerja aku. Aku jaga baby, baby jaga aku. Mandi petang pukul 5 camtu. Kemudian berbalik pada rutin yang sama. Sapu minyak, pakai socks, pilis, berbarut.Nak jadi cerita time aku berpantang tu kebetulan musim panas. Memang rasa nk mandi je tengah malam. Aku dah la penggemar mandi tengah malam. Cukup je habis pantang, MERDEKA. Tapi even dah habis pantang, mak aku tetap tak bagi mandi malam. Mandi air panas adalah sangat tidak seronok hokey hahaha.


p/s : nanti kita sambung Menu semasa Berpantang pulak







Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Petua hilangkan jaundice

Assalamualaikum.. Harini nak share journey Anaqi vs jaundice. Alhamdulillah disebabkan dah ada pengalaman masa Ayra dulu, so kalini I memilih untuk jadi seorang ibu yang bijak dan tidak berguru dengan Mr Google yang bagi petua merepek-repek utk hilangkan jaundice baby. Alhamdulillah, kalini Anaqi bebas sepenuhnya dari Jaundice dlm masa 10 hari sahaja. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Tips? Mudah. Apa yg I amalkan adalah I bf Anaqi all day long. Stended la baby kalau jaundice dia mmg akan suka tido. So I kejutkan dia every couple hour untuk feedingkan dia. Mata dia pejam pun, I sua kan aje. hahaha paksa rela namanya ni. Memang tak sumbat pape yang merepek pun. 100% breastmilk. Doc pun impress sebab berat Anaqi naik mendadak dalam masa selang sehari setiap kali check up. Ada sekali tu masa nurse datang rumah. Berat Anaqi dah 4kg++ within 3days.Sehari paling banyak dia bolehnaik 700gram++. Terkejut nurse tu,jangankan nurse, I pun terkejut. No wonderlah jaundice dia cepat hilang....