Skip to main content

Posts

Petua hilangkan jaundice

Assalamualaikum.. Harini nak share journey Anaqi vs jaundice. Alhamdulillah disebabkan dah ada pengalaman masa Ayra dulu, so kalini I memilih untuk jadi seorang ibu yang bijak dan tidak berguru dengan Mr Google yang bagi petua merepek-repek utk hilangkan jaundice baby. Alhamdulillah, kalini Anaqi bebas sepenuhnya dari Jaundice dlm masa 10 hari sahaja. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Tips? Mudah. Apa yg I amalkan adalah I bf Anaqi all day long. Stended la baby kalau jaundice dia mmg akan suka tido. So I kejutkan dia every couple hour untuk feedingkan dia. Mata dia pejam pun, I sua kan aje. hahaha paksa rela namanya ni. Memang tak sumbat pape yang merepek pun. 100% breastmilk. Doc pun impress sebab berat Anaqi naik mendadak dalam masa selang sehari setiap kali check up. Ada sekali tu masa nurse datang rumah. Berat Anaqi dah 4kg++ within 3days.Sehari paling banyak dia bolehnaik 700gram++. Terkejut nurse tu,jangankan nurse, I pun terkejut. No wonderlah jaundice dia cepat hilang....

Pengalaman bersalin anak ke2 (Part 2)

Assalamualaikum.. Sambung dari previous entry. Nurse tolah masuk Labour Room dalam jam 4am. So bertapa la I dlm Labour Room. Baru nk rest nurse masuk tanya skala sakit paras berapa. I pun konfiden la jawab 6/10. ok lagi ni, sbb dulu masa Rara I dah bukaan full baru masuk Labour Room. apatah lagi 4cm ni mmg steady lagi la. Pastu nurse offer kalau nak pakai gas dipersilakan. I senyum je. Masa bersalin anak 1st dulu I natural birth, tak pakai gas, tak pakai ubat tahan sakit, tak epidural. Alhamdulilah. Masa ni nurse kata suami nak masuk. Tapi I tak approve. hahahha. I bukan apa, I kalau boleh tak nak tgk muka dia saat I berjuang. Kang I jadi termanja mengade. Sesetengah org dia suka je laki dia masuk. Tapi lain org, lain feeling kan... 10min lepas tu, mula lah rasa menyesal tak accept offer tu. "Eh dah kenapa xnk amik gas? Dah la ni anak bongsu, bila lagi nak rasa lalok kan..." kata I dlm hati. I pun panggil nurse. Konon nak try ambil gas tu. Sekali terasa nk terberak. Nurse ...

Pengalaman bersalin anak ke2 (Part 1)

Assalamualaikum Pejam celik pejam celik kejap je rasa dah masuk bulan Ogos. Banyak nak dikongsi cerita-cerita sepanjang 8 bulan ni, tapi masa amat mencemburui kita. Mana yang ingat nanti I share k. Kita mulakan dengan rezeki anugerah terindah 2020. Alhamdulillah I dah selamat bersalin khalifah kedua, bayi lelaki seberat 3.12kg pada 4 Januari 2020 jam 4.28am; Normal delivery dan Natural Birth. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Kronologi kelahiran nanti I share. Tapi I cam ingat-ingat lupa dah ni. Hehe. Due date 11 Januari 2020, tapi I neves jugak kalau terkeluar awal sebab I kalau boleh memang nak Januari 2020, taknaklah Disember 2019. Kang kesian dia paling bongsu dlm kelas. Alhamdulillah Allah perkenankan. 3 Januari (Jumaat) pagi masa nak mandi pergi kerja,ada blood show. I relax je, sebab tak rasa sakit apa. Just mandi macam biasa, siapkan Ayra pergi sekolah, dan I terus ke hospital sebelum ke office pagi tu. Call suami. Die kata nak terus gerak dari Pekan lepas masuk o...

Potty Train

Assalamualaikum wbt Sebelum I terlupa, meh la I tepek kat sini perjalanan Ayra diapers free. Nanti boleh bukak balik senang maklumlah semakin pelupa sekarang ni. Faktor usia maybe haha. Alhamdulillah Ayra diapers free start umur 3 tahun. Sebelum tu memang dah biasakan dia pakai pampers jenis pants. Senang dia nak bukak sendiri bila dia rasa dah basah. Knowing her, dia jenis akan bagitahu kita kalau dia kencing atau berak. Sejenis tak selesa pampers basah. Memang kerap tukar jugak la pampers. Ni dah diapers free memang jimat banyak la mak dia. Hehe. Mula-mula I yg curious, boleh ke anak aku ni. Hahaha. Rupanya anak tu ok je malah disiplin sgt. Dia lagi terer tahan kencing kalau tak pakai pampers. I memang ambil masa juga la nak bagi green light tidur malam tak pakai pampers. So far setakat ni sekali je dia pernah tereksiden terkencing tupun sebab dia tertidur petang tu kat atas karpet depan tv tak sempat pergi kencing. Lepas dari tu, memang tak pernah langsung. Siap marah kalau ki...

Sekolah Harian atau Boarding School?

Assalamualaikum Tudia tajuk kemain lagi hahahhahah.. mesti netizen kata dlm hati,"padahal anak baru umur 2tahun menggelabah la dia ni." eh sukati la anak aku bukan anak kau. Disebabkan sesi persekolahan bagi sesi 2019 dah nak melabuhkan tirai, jom kita story pasal sekolah. I sebenarnya nervous bila cakap pasal hal sekolah ni. Bukan apa dengan expectation orang dan sistem pendidikan sekarang yang jauh beza dengan zaman kita dulu, buat I rasa macam tak terkejar. Tapi insyallah I akan beri yg terbaik untuk anak2 I. So I nk disclaimer siap-siap yang entry ni atas pemerhatian dan pengalaman I sendiri, tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Lain orang lain pendapat dia. So please respect each other. To be honest I lebih memilih untuk sekolah di sekolah asrama. Tak kisahlah sekolah asrama harian ke asrama penuh (SBP, MRSM insyaallah kalau ada rezeki) Bukan nak cakap sekolah biasa tak bagus tapi I sendiri berpengalaman sekolah asrama dari Form ...

Semua milik Allah

Assalamualaikum Bersawang dan blog ni. Tetiba nak share sesuatu kat sini. Pernah tak terfikir kalau kita pergi suatu hari nanti, siapa akan jaga anak-anak kita? Kenapa nak meragui perancangan Allah sedangkan Allah dah tetapkan perjalanan anak kita dari alam rahim lagi. Tapi tula kan, sebagai manusia kita tak terlepas dari dugaan camni. Selalu terfikir siapa akan jaga anak aku nanti. Elokke dia jaga. Ya Allah tamaknya aku, padahal sedia maklum anak tu anugerah dan amanah dari Allah, milik Allah bukan milik kita. Ujian untuk kita. Ya Allah, ampunkan kejahilan aku. Korang sama tak macam aku, ada rasa tak percaya pada orang even org terdekat dengan aku pun, aku tak percaya. Bukan tak percaya apa.. aku macam rasa berdebar tak tentu hala kalau orang bawa anak aku keluar. Termasuk la bapak dia sendiri atau mak aku sekali pun atau pakcik makcik dia. Selagi dorang tak balik atau aku nampak depan mata aku, selagi tu aku resah gelisah. Tak tahu nak bgtau camne. Tapi itu yang aku rasa. ...

Ramadan 2019

Assalamualaikum, Lebih kurang 5 hari lagi kita semua umat Islam akan menyambut ketibaan Ramadhan, dimana seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Entah kenapa setiap kali Ramadan tiba sayu sangat hati ini. Sahur Sebenarnya I bukan sejenis yang bangun makan sahur. Sejak zaman sekolah lagi. Entahla memang tak lalu kot nak makan pagi-pagi buta. I jenis minum air masak secawan setel dah. Sambung tidur. Tapi kalau balik kampung I've no choice la..kena gak bangun sebab taknak terlepas moment sahur beramai-ramai. Actually lebih kepada nak tunjuk muka. hahahaha. Berbuka Time berbuka memang heavan kalau kat kampung la. Nak makan apa, request. terus dapat. Kalau beli pon tak sama cam yang mak kita masak. Setuju tak? Kadang-kadang tak berbaloi nak beli dah la harga yahudi, geram I. Kalau sedap takpe la jugak. Ni hancusss. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa ni, I sedar yang berbuka cukup sekadar alas perut. Bak kata omputih, the more the merrier. Menu wajib mestilah kuih tradis...

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Rabun

Assalamualaikum Harini I nk share pasal Rabun. Yes, i salah seorang yang ada penyakit rabun. Actually start rabun ni masa kat Sekolah Menengah Form3 kot kalau tak silap I. Thats mean dah 17 tahun la. Hahaha. Sebenarnya takde genetik rabun pun,dalam adik beradik I sorang je yang rabun. Salasilah rabun I ni bermula masa sekolah menengah, biasala budak-nudak baru nak up time tuh tgk ramai kawan2 pakai spek nampak wah smart nye.Pastu saje-saje gatal nak try. Amik spec org ni pakai. pastu amik spec org tu pakai. acah rabun. Padahal spec membe tu ada power sebab dia betul-betul rabun. Then, study pon dlm gelap. Tak pepasal diri ini pun terjebak rabun. Mula-mula tau I rabun is bila i noticed kt whiteboard cikgu tulis i cam kabur-kabur. Then bila outing saje g kedai Optical check. Sah!Memang rabun. terus la buat spec. Tapi by that time I takdela pakai all the time. Dalam kelas je pakai. Sebab I maluuuuu hahhaha watdepak. I rasa cam nerd gila bila pakai spec. So kat luar still tak pakai ...

Parent yang selfish

Assalamualaikum Kisah pagi tadi lepas hantar Ayra ke rumah pengasuh. Sampai kat lobby nampak ada satu kereta Kelisa ni park betul-betul kat porch. Disebabkan kereta dia tak tinted sangat memang jelas la nampak bahagian dalam kereta tu. And suddenly I terperasan anak dia menangis sorang-sorang dalam tu! Like, seriously?? Geram pulak rasa di hati I ni bila tengok org simply ambil ringan bab keselamatan anak. Enjin dimatikan, tapi tak buka tingkap. Kalau anak tu lemas camne? Memangla kau boleh kata, äla kejap je bukan lama pun nak drop adik dia je yada yada". Tapi ngko pernah fikir tak mende kalau nak jadi, sesaat pun boleh jadi. Please la bullshit. Jgn nk arrogant dengan anak sendiri. Rasa nak sekolahkan je parent selfish camni. Apa lah salahnya kalau ngko bawak je anak ngko tu naik atas sama-sama. Budak perempuan tu I tgk siap pakai baju sekolah dah. Maksudnya dia dah besar bukannya nk kena sorong guna stroller ke apa yang sampai ngko rasa menyusahkan sangat ngko nak bawa dia...

Pengumpul Tegar

Assalamualaikum, Hai,I nak tanya siapa kat sini ada hobi mengumpul? Maksudnya kat sini spesis yang sayang nak buang barang? I pernah baca its actually adalah sejenis penyakit tau uols. hahhahahaha u better watch out ya. Macam I, I bukan spesis sayang buang barang tapi I sejenis tak boleh tengok semak weh. Maksudnya kat sini ialah I bukan termasuk dalam kategori tu. I cuma suka simpan paper bag je. Bukan apa, I nak buat kenangan hehe. Sebenarnya I baru kemas drawer I sebenarnya. tu yang tetiba teringat nk kupas isu ni. Nak dipendekkan cerita, teringat one of our family member dia sukaaaaa sgt simpan mende2 tah pape. Semak jugak la mata ni tengok tapi apakan daya hukhuk.. Bayangkan kotak pon dia simpan. Ya rabbi.. tu lom masuk simpan wrapping paper balut hadiah tu. Dapat kat I memang I koyakkan aje. Watpe nak simpan? kan leh je beli baru bila nak pakai nanti. adududu. Tula lain org lain ragam nya. Macam2 kan. Nasib I tak obses sampai sesetengah orang lain. Tapi bg I watpe nk simp...

Love

Karipap a.k.a curry puff

Assalamualaikum.. Alahai teringinnya nak makan Karipap. Korang suka yang mana? Karipap biasa or Karipap Pusing? I prefer Karipap kulit licin tuh. Hah camni la maksud I kulit licin tu. I kn naif hahaha. Inti dia opcos la Kentang kalau letak daging perghh lagi sedap la.. Tapi tula, nak buat ikut taste sendiri memang tak pandai la. I kan pandai makan je. Tang kulit tu I fail sebenarnya sebab I tak reti nk kelim karipap. Kalau guna acuan bimbang terbuka masa goreng. Yang ni pulak namanya Karipap Pusing. Tapi I tak berapa gemar sangat. sebab berminyak kot. Tapi depends pada cara org tu goreng la for sure. Hehe tapi kalau g kedai, nampak ada 2 jenis karipap ni memang I automatik akan beli yang kulit licin la hehe. Tetapi..... Ada sejenis Karipap kalau dapat memang boleh menerbitkan amukan dan kemarahan dihati. Nak tau Karipap apa? Karipap Oksigen namanya. Kalau terkono yang ni, sumpah lillah memang dah repeat dah la... kuikuikui

Be kind to others

Assalamualaikum.. Lama tak bersiaran kat sini.. Rasa nya lepas ni nak aktifkan semula blog ni. Bukan apa kadang-kadang kita tak tahu nk bercerita dekat siapa dan camne nak luahkan perasaan. So kat sini ibarat diari digital la. phuii konon. Itupon klo rajin hahahaha. Harini I nk share pasal berbuat baik dengan semua orang tanpa kira siapa pun orang tu tanpa diskriminasi. Trust me, once korang dah buat, korang akan rasa happy sgt. Small little thing camni akan buat hari korang seperti pelangi. Dah la dapat pahala pulak tu kan. Contoh paling mudah camni:- 1) Tolong tahan pintu lif utk org masuk/keluar 2) Tolong buka pintu kalau nampak orang nak mask 3) Tolong buang sampah (kalau ternampak) 4) Tolong tutup air sinki kalau nampak tak tutup rapat 5) Sedekah beli axion kat pantry 6) Sedekah beli handwash letak kat toilet Insyaallah mende simple camni je tapi ada sentimental value pada org lain. Mungkin harini hari dia, esok hari kita pulak kan? Tak salah buat baik kat orang. Y...

Tolonglah bertanggungjawab

Assalamualaikum wbt.. Sekarang kan tengah menular penyakit HFMD (hand foot mouth disease) tu. Bukak je berita mesti pasal tu, bukan facebook pun pasal tu, mana-mana pun semua pasal tu. As a parent, siapa tak risau kan. Of course la risau sebab penyakit ni berbahaya dan menyerang bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa pun tak terlepas. Instead I baca paper last few days, ada kes yang meninggal pun. Apa yang I nak bangkitkan disini is kesedaran parent yang anak nya SUDAH disahkan menghidap HFMD ni. Kenapa masih ada parent yang selfish eh? Dah tahu anak tu sakit or tak sihat dibawa nya juga ke tempat public? Dia bukan tak tahu bahawa tindakan bodoh dia tu akan menyebarkan penyakit kat orang lain? watdepak. Akai mana akai. I nak highlight bukan HFMD je, mana2 penyakit berjangkit lah. Waima batuk, demam, selsema dan sebagainya. Kadang-kadang rasa annoying gila tengok mak pak yang jenis ambil ringan pasal kesihatan anak. Still berfoya-foya pergi playground, pergi mall, serious xle...

Dilema mak mak

Assalamualaikum.. Masih lagi mood hari raya. hahaha bila nak datang aura rajin ni xtaw la. Minggu lepas kan kecoh pasal kes pengasuh yang perangai cam setan tu. Adoila... I memang sejenis yang tak suka baca kisah2 pengasuh buat onar ni kan. Sebabnya nanti mula la terpikir2 terbayang2 yang bukan-bukan. I sebagai salah seorang wanita yang bekerja dan menghantar anak ke pengasuh memang sikit sebanyak memang tercuit dengan insiden ini. Sedih la hoi... Netizen pon boleh tahan mulut, siap cakap itu ini. Ni antara makcik-makcik bawang yang selalu jaga tepi kain orang,: Ibu bekerja, hantar anak ke pengasuh = tak sayang anak ke, hantar ke pengasuh Ibu tak bekerja, jaga anak sendiri = ada kemahiran, belajar tinggi2 tak keje ke? Dah tu camne? Kerja salah, tak kerja salah. wtf. Ingat kami suka-suka ke nak hantar pengasuh? Anak tu hoiii, bukan anak patung. Korang tau tak yang hati kami ni tak pernah tenteram dan aman bila teringat anak kat rumah pengasuh tu time kami bekerja? Korang yang j...

Mitos vs Fakta

Assalamualaikum Lama tak bersiaran maklumlah bz menyelamatkan dunia.Huhuhu. Dah macam blog mak mak pulak skarang ni. Terasa kertu pulak.adoii.. Harini nak share pasal isu mak mak yang suka compare anak-anak. i cerita based on pengalaman I sendiri dan orang disekeliling I. kisah benar tau bukan rekaan semata-mata untuk jaga hati. Phuii I tak hipokrit. Disclaimer: Lain org lain cara dan lain tempat lain kepercayaan. respect each other punya opinion.Jangan ingat kau je betul dan orang tu salah. Yang baik kita ikut yang tak elok kita tinggal. faham ya... 1) "eh knp kau tak minum soya? minumlah soya masa pregnant bagus taw." wtf. Ingat I xtau ke keburukan minum soya masa pregnant? Bukan la I ni naif sangat sampai takleh nak beza mana baik dan mana buruk. Daripada minum soya baik I minum susu fresh or susu kambing. Ni tak abis-abis nk suruh minum Air Soya macamlah kulit anak kau cantik sangat. Kalau elok, kau je lah yang minum.Ni end up aku dengar anak kau ada asthma, G6P...

Orang sekarang der....

Assalamualaikum.. Kejap je dah nk beraya dah kita. Pejam celik pejam celik dah puasa hari ke 22. Alhamdulillah. Tapi puasa kali ni cam pelik sikit. I kan sejenis yang tak bangun sahur. Tapi kalau Abam Jejai balik, I bangunla siapkan sahur dia. Cumanya I x lalu nak makan pagi-pagi subuh camtu. Pernah sekali, masa balik kampung. Mak I pulak buat Sambal Tempoyak Udang. Manalah I mampu menepis godaan itu. Lantas I amik pinggan dan join depa sahur. hahaha. Lemah betul dengan tempoyak. Pastu...... memang lembik badan I siang hari tu. Eh eh kalau tak sahur tu lek lek je siap leh tawaf mall patblas kali. Betapa powernya energy I klo tak sahur. Sejak dari itu memang I tak sahur. cukup minum air. Siap! Actually nk cerita pasal mende lain. Haritu pergi pasaraya Hero kat sebelah bangunan office ni. Hero memang best sebab barang yang tak dapat kat Aeon Alamanda dan Mydin, ada kat sini. Yang brand dari luar pon ada. so memang interesting sgt. I suka. Ada sekali tu lalu kat bahagian freezer. terp...

Beza ramadhan dulu dan sekarang

Assalamualaikum Tengok orang pasang khemah dekat bazar Ramadhan depan opis ni, teringat pulak masa zaman kanak-kanak I dulu. Masa I kecik,I tinggal dengan Wan. Then masuk Form 1-5 I tinggal kat hostel(padahal jarak rumah dengan hostel dekat je actually kalau nak berulang), so memang best la. Sebab merasa pengalaman berpuasa, bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan. Ok, I cerita pengalaman masa kanak-kanak dulu. Selalunya persiapan nak sambut Ramadhan sama meriah macam nak sambut raya i tell u. Sebab apa? Sebab Ramadhan kn bulan mulia, fokus ibadat. So Sebelum Ramadhan lagi dah buat kenduri sambut Ramadhan. Meriah uols. Pastu, Wan punya preparation nak puasa memang kemain la... siap buat rendang, beli lauk segala jenis haiwan ada. yg laut, darat, udara semua yg halal la. memang wan jamu habis-habisan sebab nak bg semangat cucu-cucu dia ni berpuasa. Sebelum puasa dah siap2 cari kayu api. Sebab nanti dah puasa takut tak larat. Kayuapi simpan kat bangsal belakang umah. Senang nak ...

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum Alhamdulillah, lagi beberapa hari umat Islam akan mula menunaikan rukun Islam yg ketiga, iaitu puasa di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua. amin. Di kesempatan ini I nk minta maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada buat salah kat uols. I insan yg lemah. Tak lari dari dosa. Selamat berpuasa uols...