Skip to main content

Potty Train

Assalamualaikum wbt

Sebelum I terlupa, meh la I tepek kat sini perjalanan Ayra diapers free. Nanti boleh bukak balik senang maklumlah semakin pelupa sekarang ni. Faktor usia maybe haha.

Alhamdulillah Ayra diapers free start umur 3 tahun. Sebelum tu memang dah biasakan dia pakai pampers jenis pants. Senang dia nak bukak sendiri bila dia rasa dah basah. Knowing her, dia jenis akan bagitahu kita kalau dia kencing atau berak. Sejenis tak selesa pampers basah. Memang kerap tukar jugak la pampers. Ni dah diapers free memang jimat banyak la mak dia. Hehe.

Mula-mula I yg curious, boleh ke anak aku ni. Hahaha. Rupanya anak tu ok je malah disiplin sgt. Dia lagi terer tahan kencing kalau tak pakai pampers. I memang ambil masa juga la nak bagi green light tidur malam tak pakai pampers. So far setakat ni sekali je dia pernah tereksiden terkencing tupun sebab dia tertidur petang tu kat atas karpet depan tv tak sempat pergi kencing. Lepas dari tu, memang tak pernah langsung. Siap marah kalau kita pakaikan dia pampers.

Ok camni, bila Ayra dah terbiasa pakai pants so dia takde masalah nak pakai panties. Senang banyak mak dia. Terasa alahai cepatnya anak membesar. I start serius bila I noticed everytime dia balik rumah dari rumah pengasuh mesti dia berlari nak ke toilet untuk kencing. Maksudnya dia dah boleh tahan kencing. Then I pun bagitahu pengasuh untuk tengok-tengokkan Ayra sebab I tgh train dia untuk diapers free. Pengasuh pun bagi feedback yang positif. Alhamdulillah.

Sejak dari itu terus Ayra dah tak pakai pampers. Tidur malam pun dah tak pakai. Kalau dia tahu kita pakaikan dia pampers mmg dia nangis. Kita pulak dipersalahkan. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Tak pernah terkencing lagi atas tilam (ni yg I paling ngeri sebenarnya).

Memang dah boleh diharap sangat. kencing berak mandi pun semua nak sendiri. Dah siap baru dia panggil untuk dicuci. bab cuci berak je I tak ajar lagi. Yang tu bab hygiene biarlah I yang buat. hehehe.

Alhamdulillah mudah sangat jaga dan besarkan Ayra. Syukur Ya Allah atas kurniaanmu dan rezekimu.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Pengasuh

Assalamualaikum Apa khabar? Hope semuanya sihat dan baik baik ya. Hari ni nak cerita mengenai pengasuh Rara Alana. Nak mula dari mana ya. Ok mula dari baby la eh. (Rara my dear... if you read this,you're always my baby hokeh!) Since lepas cuti bersalin 3bulan tu, memang aku dah bawa Rara Alana balik ke Putrajaya stay dengan aku. Aku tumpang sementara dengan pengasuh merangkap wife ex boss aku yang dipanggil Mama Ina. Memang bagus dia jaga. Lagipun Rara kecik lagi so kerjanya tido aje tak meragam la kan. Anak boss aku tu pun dah sayang sgt dengan Rara. Sampaikan masa aku last day hantar, dia pagi-ptg-siang-malam wassap nk tengok gambar Rara. Tapi tak lama pun aku hantar Rara ke sini. Sebabnya aku dah dapat pengasuh baru di kawasan rumah aku. Lagipun kesian dekat wife bos aku tu, ada baby lain juga yang dia jaga. Beza 2 bulan dari Rara. Baby boy. Faham-faham lah kalau baby ni mesti nak perhatian kan. Dua-dua tengah nk bergolek meniarap. Kak Ina memang tak bagi aku ambil Rara ...

Pengalaman LASIK di OPTIMAX

Alhamdulillah genap seminggu I buat LASIK. Ramai yg tanya sakit tak? Ok meh I share step by step kot ada yg tengah mempertimbangkan nak proceed ke tidak buat LASIK ni. Step 1: Call Optimax utk wat appointment untuk buat Eye Screening Test (wajib). Masa ni baru tahu mata kita fit tak utk buat LASIK ni. Step 2: Eye Screening Test Ada lehih kurang 6 test masa ni. Lebih kurang 2jam la gedebak gedebuk. Macam I, I pilih untuk buat Eye Screening kat Optimax Seri Petaling sebab dekat sikit nak drive dari Putrajaya. Mula-mula check power macam kat kedai spek mata tu. Lepas tu Optometrist akan check power spek mata kita. Then ada test ujian mata manual yang baca-baca huruf kat white screen tu. Lepas tu ada ujian Tekanan Bebola mata. Time tu kena letak mata kat mesin tu pastu ada angin tiup. Lebih kurang cam kalau habuk masuk mata pastu korang minta kawan tiup. Ha camtu la. Sepoi-sepoi bahasa je angin dia. Lepas siap dia akan check ketebalan Kornea kita. Masa ni la moment of trut...

Miss my CP's colleagues

Hello everibadi, Sejak akhir2 nih,terasa rindu kat kawan dan yg seangkatan dengannya kat Centrepoint. Ntah la maybe sebab ari2 dok watsapp ngan budak2 ni. nak main lari2 berkejaran kat level 6 pas balik keje *yeehaa,sapa lambat kena kunci pintu* mkn ayam masak merah Angah Corner *bahagian peha ya* Ayam masak Paprik Raja * dap nye...Roti bom ngan sardin air tgn Raja yg  bebulu tu pon sodap* Rindu nak punch-card * pastu gilir2 sambong tidur ngan Linda,abg ejal * kacau Shida mengemop walau kat cafe *seploh kali ai lalu lalang* nak tgk Shida beli dot dot dot kat Aktif  *sori yam,ai ingat smarties* Nasi Kukus Daging Bakar Stesen Keretapi.. *stesen keretapi yg ada kenangan silam yg kow kow* Rindu kat Uncle Dobi Sg Jelai *uncle,ai maafkan sbb pekeja uncle da cilop jeans ai* Housemate yg gila2 mengalahkan org gila *rindu kat 'parot' di perot Su ngan aksi 'katak pisang'*   dan yg paling penting... kat sinilah lokasi kejadian tempat ai kenal ngan my Mr A. Arghhh ...