Skip to main content

Beza ramadhan dulu dan sekarang

Assalamualaikum

Tengok orang pasang khemah dekat bazar Ramadhan depan opis ni, teringat pulak masa zaman kanak-kanak I dulu.

Masa I kecik,I tinggal dengan Wan. Then masuk Form 1-5 I tinggal kat hostel(padahal jarak rumah dengan hostel dekat je actually kalau nak berulang), so memang best la. Sebab merasa pengalaman berpuasa, bersahur dan berbuka dengan kawan-kawan.

Ok, I cerita pengalaman masa kanak-kanak dulu. Selalunya persiapan nak sambut Ramadhan sama meriah macam nak sambut raya i tell u. Sebab apa? Sebab Ramadhan kn bulan mulia, fokus ibadat. So Sebelum Ramadhan lagi dah buat kenduri sambut Ramadhan. Meriah uols. Pastu, Wan punya preparation nak puasa memang kemain la... siap buat rendang, beli lauk segala jenis haiwan ada. yg laut, darat, udara semua yg halal la. memang wan jamu habis-habisan sebab nak bg semangat cucu-cucu dia ni berpuasa.

Sebelum puasa dah siap2 cari kayu api. Sebab nanti dah puasa takut tak larat. Kayuapi simpan kat bangsal belakang umah. Senang nak wat bakar bahulu ngan lemang. Wan bakar bahulu cara tradidional okey!


ha, camni. Atas tu ontop kita letak kulit kelapa. Eh sabut. Then belah bawah letak arang. takyah pakai kayu api ke camne ni hahahhaha main petik je I.

tak cukup ngan itu,wan siap2 kemas umah cam lap tingkap , menebas, mencangkul, mengecat, sapu sawang kat syiling, senang citer kerja-kerja yang berat la. So that nnt tak le penat nak wat masa bulan puasa. gitu konsep. Sebab tu I cakap, sambut Ramadhan sama meriah cam sambut raya. Nanti nak raya tinggal wat kerja yang mudah cam tukar sarung kusyen, menyapu mengelap, pasang karpet camtu je.

Wan pun mula start jemur tepung nak wat kuih, jemur agar-agar kering, jemur itu jemur ini. Nanti nak pakai senang mende dah siap konsepnya.

Itu baru nk sambut puasa, lom puasa lagi tau. Nanti I continue lagi. insyaallah.


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Pengasuh

Assalamualaikum Apa khabar? Hope semuanya sihat dan baik baik ya. Hari ni nak cerita mengenai pengasuh Rara Alana. Nak mula dari mana ya. Ok mula dari baby la eh. (Rara my dear... if you read this,you're always my baby hokeh!) Since lepas cuti bersalin 3bulan tu, memang aku dah bawa Rara Alana balik ke Putrajaya stay dengan aku. Aku tumpang sementara dengan pengasuh merangkap wife ex boss aku yang dipanggil Mama Ina. Memang bagus dia jaga. Lagipun Rara kecik lagi so kerjanya tido aje tak meragam la kan. Anak boss aku tu pun dah sayang sgt dengan Rara. Sampaikan masa aku last day hantar, dia pagi-ptg-siang-malam wassap nk tengok gambar Rara. Tapi tak lama pun aku hantar Rara ke sini. Sebabnya aku dah dapat pengasuh baru di kawasan rumah aku. Lagipun kesian dekat wife bos aku tu, ada baby lain juga yang dia jaga. Beza 2 bulan dari Rara. Baby boy. Faham-faham lah kalau baby ni mesti nak perhatian kan. Dua-dua tengah nk bergolek meniarap. Kak Ina memang tak bagi aku ambil Rara ...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Petua hilangkan jaundice

Assalamualaikum.. Harini nak share journey Anaqi vs jaundice. Alhamdulillah disebabkan dah ada pengalaman masa Ayra dulu, so kalini I memilih untuk jadi seorang ibu yang bijak dan tidak berguru dengan Mr Google yang bagi petua merepek-repek utk hilangkan jaundice baby. Alhamdulillah, kalini Anaqi bebas sepenuhnya dari Jaundice dlm masa 10 hari sahaja. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Tips? Mudah. Apa yg I amalkan adalah I bf Anaqi all day long. Stended la baby kalau jaundice dia mmg akan suka tido. So I kejutkan dia every couple hour untuk feedingkan dia. Mata dia pejam pun, I sua kan aje. hahaha paksa rela namanya ni. Memang tak sumbat pape yang merepek pun. 100% breastmilk. Doc pun impress sebab berat Anaqi naik mendadak dalam masa selang sehari setiap kali check up. Ada sekali tu masa nurse datang rumah. Berat Anaqi dah 4kg++ within 3days.Sehari paling banyak dia bolehnaik 700gram++. Terkejut nurse tu,jangankan nurse, I pun terkejut. No wonderlah jaundice dia cepat hilang....