Skip to main content

Posts

Khamis

Wordless Wednesday

Pecah kaca pecah gelas

Assalamualaikum.. Kisah sedih di penghujung bulan Februari. Uhuk uhuk. Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan menuju ke Raub untuk servis kereta di Pusat Servis Proton. Sambil bergurau senda dan menikmati pemandangan yang indah beserta angin sepoi bahasa mengiringi perjalanan kami. Tiba-tiba... Pang!!! Kami dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat seperti bunyi mercun bola. Binawe! Pecah sudah cermin kereta ku. Padahal bukan kami mengekor belakan lori pun. Ini memang angkara kereta dari lane bertentangan ni. Jilake. Takde rezeki, apakan daya. Andai sudah tertulis bukan rezeki kami, memang bukan lah ia. I redha. Walaupun hati dan poket I menangis huwaaa.... Rupanya dah memang banyak kes hit & run seperti itu sebelum ini. Geng budak-budak remaja. Astagfirullah al azim. Semoga tuhan je yang membalasnya. Tak baik tau dik, aniaya orang. Doa orang yang teraniaya ni makbul dan tiada hijab. Ingat tu dik! Petang tu jugak I hantar kereta ke...

Majlis Aqiqah Dan Doa Selamat

Assalamualaikum **** MAAF ENTRY TIDAK BERGAMBAR. AKAN DIUPDATE KEMUDIAN. HP ROSAK. HARAP MAKLUM **** Minggu lepas, 11 Februari 2017 selesai sudah kami menyempurnakan Aqiqah buat puteri kesayangan kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. Majlis Aqiqah ni sekali dengan sepupu-sepupu Ayra yang lain juga. Tiga orang semuanya bersamaan 4 ekor kambing. (2 orang perempuan dan 1 org lelaki) Sebenarnya, kami tak merancang pun pasal majlis Aqiqah ni sebab kami dah plan nk ke tempat lain untuk celebrate birthday Ayra. Sebab kami memang dah lama nak buat Aqiqah untuk Ayra cuma tak berkesempatan sahaja berikutan kekangan dari segi masa. Jadi bila dapat berita mereka nk buat Majlis Aqiqah ni, kami pon join sekali la. Boleh celebrate birthday Ayra sekali di sana. Menu pada majlis tersebut adalah Kambing Bakar dengan Coleslaw, Kari Kambing, Gulai Ayam, Hati+Pedal goreng Kunyit, Ikan Masin, Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Belacan. Semuanya dimasak sendiri oleh Pn Sa...

Selamat Tahun Baru 2017!

Assalamualaikum, Entry pertama untuk tahun 2017. Tak mintak banyak pun utk tahun 2017 ni. Cukuplah diberi kesihatan yang baik untuk anak3 dan diri sendiri, Kebahagiaan infiniti dan dimurahkan rezeki. Panjang umur, kita jumpa pada tahun 2018 pula. Pada yang baru memulakan sesi persekolahan tahun ini, Selamat Maju Jaya diucapkan.

Baby Changing Room

Assalamualaikum Harini I nk share pengalaman I ke Baby Changing Room. Bagi yang tak familiar, Baby Changing Room ni maksudnya bilik di mana fungsinya adalah sebagai tempat untuk tukar diapers baby, menyusukan baby, dan segala yang berkaitan dengan baby la pendek kata. Sebab tu kebanyakan tempat public seperti Shopping Malls, Airport, memang ada disediakan Baby Changing Room @ Nursing Room ni utk kegunaan para ibu. Nak dijadikan cerita, masa perjalanan pulang dari Melaka hari tu. Rara Alana 'mentahiti' dalam kereta. Jalan pulak jammed ya rabbi. So decided nak cuci di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh. Hentian Jejantas Ayer Keroh ni memang besar. Toilet ada, shower pun ada. Lebih 40 pintu kalau tak silap I. Rara Alana steady,tidur dari dlm kereta lagi. Tak sampai hati pulak nak kejutkan dia. Sampai je di hentian tersebut, terus cari Baby Changing Room ni. Ye lah, nk cuci itu ini senang. Masa I sampai, tengok ada sorang amoi tgh beratur. I pon beratur belakang dia sambil ...

Pahit Manis 2016

Assalamualaikum Lagi beberapa hari, 2016 bakal menutup tirainya. 2017 bakal menyusul tiba. Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup di muka bumi Allah hingga ke hari ini. Jom I share antara kenangan manis-pahit,suka duka I sepanjang 2016. 1. Khalisa Ayra bt Khairul Faizal Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata yang comel dan sihat. Sesungguhnya inilah anugerah terbesar dan terindah yang Allah beri pada kami sekeluarga. Kelahirannya sebagai penawar, disambut dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Ya Allah indahnya saat bergelar ibu. Segala keperluan dan kemahuan Rara akan mama cuba penuhi selagi mama terdaya dan termampu. Aceceh ayat cam dalam drama Samarinda TV3. Semoga Rara sentiasa dibawah lindungan-Nya dan menjadi anak yg solehah. Amin. 2. Arwah Pak long Paklong telah menghembuskan nafas yang terakhir sekitar bulan Mei lalu. Al Fatihah buat waris Paklong sekeluarga. 3. Honeymoon Alhamdulillah rezeki sambut anniversary di Krabi, Thailand tahun ni. Puas dapat berjalan dan mak...

Melaka : Oceanarium, The Shore

Assalamualaikum Hari kedua kami di Melaka. Pagi tu kami breakfast di hotel sahaja. So settle check out, kami terus ke Oceanarium yang terletak di Level 2 dalam bangunan The Shore ini. Landmarknya adalah di hadapan Mr DIY. Dari jauh dah boleh nampak sebenarnya. Ini harga tiket masuk. Oh ya selepas bayar tiket, cashier akan beri soalan kuiz, spek mata 3D dan Fridge Magnet. Soalan kuiz kalau betul semua soalan, akan dapat hadiah. Boleh hantar ke kaunter tiket untuk redeem hadiah tersebut. Bagi pendapat I, Oceanarium ni ok la. Cuma tiket agak pricey kalau nak compare dengan Underwater World Langkawi. Part paling best is ada section yang kita boleh pegang binatang laut tu secara live. I sempat la pegang Tapak Sulaiman. Nak pegang ikan Pari dan Yu I is tak bran. Hahaha. Paling best sebab ada my fav fish iaitu Nemo. Comel nak mam! Bersambung... p/s: Kami sempat singgah ke kedai Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil yang viral tu. Next ok.

Melaka : Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung

Assalamualaikum Ok kita bersambung entry mengenai Dinner pulak. Kami decided untuk try test makan dekat Restoran yang tengah viral sekarang ni. Iaitu di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Sungguhkah benar bagai dikata? Lokasinya tak jauh dari bandar Melaka. Lebih kurang 15-20 minit camtu lah. kami keluar lepas magrib, lebih kurang jam 8pm. Sampai kat sana memang ramai orang. Ada yang walk in ada yang dah reserved tempat. Oh ya. Once korang dapat table, dorang akan serve nasi lemak tu. Kemudian ada waiter akan ambil pesanan utk air. lauk pula, korang kena beratur untuk pilih di bahagian lauk basah. Kat situ lah terdapat pelbagai jenis haiwan. Udang,kerang,ketam,sotong ikan dan macam-macam lagi lah. Ini lah menu kami malam tu. Sotong Goreng Tepung 2 ekor, Ketam Telor Masin 2 ekor, Ikan bakar 2 ekor, Nasi Lemak dan Nasi Putih, Air, dan total adalah RM50++ sahaja. Berbaloi. Tak ingat dah sebab Abam Jejai yang pergi bayar. Dan yang paling penting semuanya sedap-sedap. Puas hati sangat...

Melaka : Swiss Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Oh ya, percutian kami ke Melaka kali ini, I memilih untuk stay di Swiss Garden Hotel & Residences. I booking melalui Traveloka. Best! Puas hati! dan highly recommended! Korang boleh try usha kat website Traveloka ni. Banyak voucher dia banyak. Penjimatan berganda-ganda. Memang tak menyesal I booking guna Traveloka walaupun ni first time I guna Traveloka ni. Serius. Pasni memang I akan pakai Traveloka sahaja. Bagi yang dah biasa booking guna online tak kisahlah Ago**, Booking****, Triva**, apa entah lagi tu kan. Kadang-kadang part yang paling tak best ialah bila nk verify Kredit/Debit Kad. Bagi orang yang tiada kad tersebut amatlah kecewa sekali perasaannya itu. Malah ada sesetengah tu non refundable lagi. In case ada apa-apa emergency yang tak dapat dielakkan atau nak buat any changes pada booking selalunya tidak akan dilayan. Tapi berbeza dengan Traveloka ni. Staff dia memang friendly. Siap terasa macam ada connection gitu....

Melaka : FreePort A'Famosa Outlet

Assalamualaikum Apa khabar semua? Harap semuanya sihat. Maklumlah cuaca tidak menentu sekarang ni. Sekejap hujan sekejap panas. Alhamdulillah Cu telah selamat berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Dan sekarang ni beliau ada di Mekah. Kemudian baru ke Madinah. Yang tu next entry I cerita. Omaigad banyak nye entry tertunggak. Nanti I clear satu-satu k. I is bz menyelamatkan dunia uols.. Ok, harini i nak cerita pasal short vacation kami ke Melaka. Yeeha! Lama tak ke Melaka. Kalau tak silap I, last I ke Melaka rasanya tahun 2014 masa bestie I kahwin. Fuhh 2 tahun jugak tu. Hahaha. patut ingat-ingat lupa jalan dia. Padahal dulu selalu gak ke Melaka ni masa zaman kegemilangan. Aceceh. Kami gerak ke Melaka dari Putrajaya lebih kurang jam 11 pagi hari Jumaat (9hb). Jalan ok, tak jammed. Smooth je perjalanan. Oh ya ini merupakan trip pertama untuk Rara Alana. Excited terlebih la kami ni,padahal baby lek lek je. Hehe. Rara sangat behave sepanjang perjalanan. Cuaca pun redup je ka...

Kisah Pengasuh

Assalamualaikum Apa khabar? Hope semuanya sihat dan baik baik ya. Hari ni nak cerita mengenai pengasuh Rara Alana. Nak mula dari mana ya. Ok mula dari baby la eh. (Rara my dear... if you read this,you're always my baby hokeh!) Since lepas cuti bersalin 3bulan tu, memang aku dah bawa Rara Alana balik ke Putrajaya stay dengan aku. Aku tumpang sementara dengan pengasuh merangkap wife ex boss aku yang dipanggil Mama Ina. Memang bagus dia jaga. Lagipun Rara kecik lagi so kerjanya tido aje tak meragam la kan. Anak boss aku tu pun dah sayang sgt dengan Rara. Sampaikan masa aku last day hantar, dia pagi-ptg-siang-malam wassap nk tengok gambar Rara. Tapi tak lama pun aku hantar Rara ke sini. Sebabnya aku dah dapat pengasuh baru di kawasan rumah aku. Lagipun kesian dekat wife bos aku tu, ada baby lain juga yang dia jaga. Beza 2 bulan dari Rara. Baby boy. Faham-faham lah kalau baby ni mesti nak perhatian kan. Dua-dua tengah nk bergolek meniarap. Kak Ina memang tak bagi aku ambil Rara ...

Khamis

Mabuk

Assalamualaikum Korang semua sihat ke? Aceceh. (Macam lah ada yg baca blog kau ni kan)Hari ni aku nk cerita pasal satu tabiat baru yang aku alami sejak akhir-akhir ini. Aku tak tahu lah orang lain macam mana, tapi ini yang aku alami. Sejak aku kemabukan kelautan hari itu, hahaha ianya terbawa-bawa hingga ke hari ini. Aku bukanlah spesis manusia yang suka menghadap atau membaca buku/majalah semasa dalam kereta yang bergerak. Sebab rasa pening je. Yang parahnya, menghadap henpon pun takleh ni. Berpusing-pusing rasa. Apakah?? Sedapkan hati, faktor usia barangkali. Adessss... So memang takde lah nk tgk GPS ke online FB ke Insta ke sebab hakak memang tak mampu. Hakak mabuk uols. Pening berpusing-pusing nanti. Kalau time traffic light or kereta tak bergerak boleh tahan lagi. Gitu Anyone yang ada cadangan camne nk hilangkan kejadian ni tak?

Khamis

Rabu

Tips dan Bajet ke Krabi

Assalamualaikum Hari ini I nak share perbelanjaan kami sepanjang 4H3M di Krabi. Insyaallah I akan bagi tips juga pada sesiapa yang ada plan nak ke Krabi lepas ni ya. Semoga perkongsian ni dapat jadi rujukan yang berguna ok. Ok kita mula dengan bajet ya. Pada masa kami ke Krabi sekitar Nov 2016 ini, rate matawang adalah RM100=850baht. Itu pun kami tanya kat Money Changer Putrajaya area Presint15, dia letak RM100=750baht. Rugi boh. So pepandailah korang ya cari Money Changer yang berbaloi. Tapi baru ni kawan I tukar di IOI City Mall RM100=850baht jugak. Kena pandai pilih ya.Maklumlah rate dah jatuh sikit ni, kena bijak merancang dan berbelanja. Barulah aman damai keluarga bahagia. Ok. Kami park kereta di Putrajaya Sentral. Kemudian naik ERL ke KLIA2. Ini contoh bajet kami untuk percutian baru-baru ini:- Summary perbelanjaan Day 1 ERL (dari Putrajaya Sentral ke KLIA2) = RM9.40/adult x 2 Bus Shuttle (dari Krabi Airport ke Krabi Town) = 90baht/adult x 2 Tut Tut ke hotel = 100baht ...

Day 4 : Good bye Krabi

Assalamualaikum Last day di Krabi. Bangun pagi terus bersiap untuk breakfast. Sekali lagi repeat ke area Street Food. Abam Jejai kemaruk Pad Thai. Bagi can la. Dah nak balik pun kan. I happy je, janji dapat upah Banana + Nutella Pancake dengan Mango Sticky Rice dah cukup dah. (urut perut)Hehehe.. Alhamdulillah rezeki.. Pagi tu kami keluar dalam pukul 9 lebih.(waktu Thailand)kalau ikut time Malaysia dah pukul 10 lebih tu.Patutla kriuk kriuk perut. Tak banyak gerai yang buka. So kami antara pelanggan terawal makcik tu. Kami order Pad Thai, Blackpepper beef dan Nasi Goreng. Sebab semalam tengok ada awek tu order macam sedap dan menyelerakan aje. Hari ni kami ke gerai lain. Bukan yang semalam. Pad Thai dia tak sesedap yang gerai semalam tu. Tapi still ok la. Masa tengah makan, makcik yang semalam tu sampai. Bukan rezeki kami nak makan Pad thai sedap macam semalam. Kenyang perut, kami beransur pulang ke hotel. Tapi....sebelum itu ,janji mestilah ditepati. Sempat tapau Mango Sticky Ri...

Day 3 : Nightlife

Assalamualaikum Selepas perut yang berkeroncong telah selamat diisi, kami meneruskan sesi menghabiskan mata wang thai baht di dalam wallet Abam Jejai. Sempat sambar souvenier untuk sanak saudara dan kenalan di Malaysia. Phuii... Cam pergi Paris New York je ayat tu kan.. Tapi seriously harga berbeza sangat berbanding dengan di Krabi Night Market. Tshirt ala-ala je pun dia letak 200 baht. Kat Krabi baru 100baht. Belum tawar menawar lagi tu. Nampak tak? So sesiapa yang ke Krabi, jgn lupa singgah di Krabi Night Market. Ada yang cakap depan masjid ada yang murah-murah jual atas meja. Tapi kami tak smepat ke sana. Tak dapat nak review. Setel beli barang semua, kami ke salah sebuah spa utk refleksologi. Harga asal dia letak 250baht/pax. Selepas tawar menawar dapatlah 200 baht/pax. Best tu, mana nak dapat harga tu kalau kat KL ni kan. Di sini lah kisah kelakar itu berlaku. Abam Jejai buat lawak. Ada ke patut masa nak bayar tu, zip seluar Abam Jejai tersangkut sampai tak boleh buka. 2,3 o...

Day 3 : Krabi Street Food

Assalamualaikum Pencarian makanan di petang hari diteruskan. Perut dah berkeroncong minta diisi. Kami pun keluar di sekitar hotel mencari port makanan yang sedap-sedap dan best di Krabi. Semestinya yang Halal lah ya. Kami berjalan kaki sahaja dari hotel. 5 minit camtu je. Landmarknya bersebelahan dengan Krabi Resort Hotel. Dari jauh dah boleh nampak gerai makcik-makcik meniaga atas motosikal. So situlah yang kita tuju ya kawan-kawan. Yaminla Pancake Kalau datang Krabi jangan pernah skip merasa pancake ni tau. Dulu kat Phuket pernah makan, so haruslah repeat. Mende sedap,kan? hahaha. I order Banana+Nutella. Sedap. Masa kami terjah ni dalam pukul 6 lebih. So ramai juga lah orang. tapi kalau dah rezeki tak ke mana ye dak? Harga pancake Banana+Nutella 50baht. Macam-macam perisa ada. Cheese pun ada. Boleh pilih ikut selera anda. I tgk macam senang je makcik ni buat pancake ni. Tepung ala-ala roti canai, dicanai dan diletakkan pisang sebelum dilipat ala-ala roti telur. Bila dah ma...