Salam, OK hari ni ada masa terluang sikit. Seperti yang dijanjikan, hari ini aku nak share pengalaman berpantang. Yang mana aku ingat lah ye. Maklumlah kadang-kadang ingat-ingat lupa. Juga sebagai rujukan aku di masa akan datang. InsyaAllah. Untuk pengetahuan korang, Dua minggu pertama selepas bersalin aku berpantang di Pekan, Pahang rumah mak mertua aku (MIL). Selepas itu baru bersambung berpantang di Bentong. Sampailah habis cuti bersalin aku.So kat sini aku perhatikan banyak benda, yang mana belah MIL aku amalkan dan belah mak aku amalkan. Ada yang sama dan ada yang berbeza. Papepon, bes woo berpantang. Rasa mcm princess lak. Bagi can la, 1st time kan... Hehehe Sebelum subuh lagi MIL dah siapkan Batu tungku.Kat Pekan guna batu sungai yang dibalut dengan Daun Mengkudu (if I'm not mistaken) dan kain batik. Dah berapa kali bertukar kain pembalut sebab haba panas sangat kain pon kecut. Wangi je bau tungku tu. Kalau belah mak aku pulak guna tungku jenis besi tuh. Berat oo.. Kad...